31 December 2008

selamat datang 2009!

selamat datang 2009.
selamat tinggal 2008.
banyak kenangan manis pahit, masam masin, pedas, kelat semua ado!
kehkehkehkeh
yang pernah aku lalui sepanjang 2008 ni.
semua yang aku hadapi..semua yang aku terjahi itu,
tak kira best atau tak best..
mematangkan aku dalam
mengharungi perjalanan hidup..
dan setiap apa yg aku lalui itu akan tersimpan semat dlm memori hidup aku ni..
jadikannya sebagai pedoman dan panduan..
aku benar-benar bersyukur dan bahagia dengan segala yang Maha Esa telah kurniakan..
semoga ianya lebih 'mekar' dan lebih 'bercahaya' di hari-hari mendatang!
kalau ditanya azam aku..hehehehe nampak gayanya, azam yang dikumpul sejak pertengahan tahun 2007 tu..terpaksa aku frwrd kan ke 2009 ni lagi..hahahahhahahahha tak jugak-jugak kesampaian..nak buat cemaner....tak dok rejeki lagi.... apa dia???? syhhhhhhhhh!

30 December 2008

main pasir...

tempat : Teluk Batik, Perak

Chem agak takut-takut dengan laut...
tu yang main pasir je tu...
ish chem ni, sama perangai gak dengan ibunya tau!!
kehkehkehkehkehekeh
aku bukan apa weh...bukan sesaja nak takut dengan air ni...
zaman aku sekolah dulu, join program lepas PMR..
ada aktiviti redah sungai..
tah mcm mana...nasib agak malang...
aku hampir2 lemas!
tah baju sapa aku sempat berpaut...time tu aku dah tak rasa dah cecah tanah kaki aku..
serius time tu aku ingat yang bukan2 dah...
syukur, tak de apa2..cuma tertelan banyak ayor ajo..
tapi kan bila zaman kat U dulu ada gak aku join kelab sains sukan..join main rakit bagai..
tapi sekarang ni, fobia aku tu kembali semula...

tinjau dari jauh je air laut tu...

babah tengah umpan chem ni time ni...
nak suh dia mai dekat sikit dgn air..kehkehkehkeh


nak buat istana...tapi asyik roboh ajo...

29 December 2008

suka-suka tag!

aku kena tag lagi....

*Here are the rules*-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.

7even facts 'bout me:
1. anak sulung dari 3 orang beradik yang kesemuanya pompuan. dpt anak pun pompuan gak...
2. 'teman serumah' dengan Kapok, seorang int. designer.
3. aku adalah seorang ‘cikgu' kira mengira...
4. aku paling boros tang membeli baju dan menan Chem! Tak buleh tahan lah….aduhhhhhh!
5. aku merupakan menantu sulung….asben ku juga merupakan menantu sulung! Dan chem juga adalah merupakan cucu sulung kedua2 belah family!!!
6. peminat lagu-lagu oldies..
7. aku suka makan! Tapi tak suka masak! Buleh gitu??????

6ix unspectacular quirks about me
1. aku takut dengan kucing!
2. aku berani dengan lipas! Hahahahhahaa
3. aku suka mengubah keaslian gambar yang di shoot oleh babah!
4. aku suka cekelattttttt!
5. aku juga suka tido!!!
6. minat membeli buku..dan magazine…even kekadang aku tak baca pun! Hahahahahaa

7even people to be tagged
1. Sue
2. kak aimi
3. zana
4. ayu
5. acik dilla
6. eija
7. achu penna

{kalau korang dah pernah buat, sila lah mcm biasa ye..abaikan ajo!!!!}

Link the person who tagged you:

ini dia org yang bertanggungjawab mengetag aku -------> dok. Catlina

Laksa goreng!


ni laksa goreng..tapi bukan laksa yg biasa tu..
ni laksa kuala kangsar.
laksa kuala kangsar ni aku tak berapa suka kuahnya...masam!
tapi aku suka giler laksanya tu...lain rasanya..
kalau tak silap lah, laksa ni dicampur tpg gandum dgn tpg beras...
kalau tak silap aku lah..
tu yg rasa nya lain sket...
agak-agak kenyal bila digigit...

aku beli masa gi balik perak ari tu...
tak tau nak buat pe...nak buat laksa, aku malas!
last last aku goreng ajo..
buat mcm mee goreng!!!
sodappppp!

28 December 2008

kakak pulak yang......

kakak pulak yang demam!
lepas aku up cerita pasal aku sakit tekak malam tu..
pagi ahad, chem muntah-muntah!
makan tak lalu..
yang dia nak air milo ajo...
aduh..susah hati ibu tau...


ni waktu sihat...aktif sungguh!




bila demam, gini le ghupe nye....


ibu cayangggggg kakak!!!!!


aduh..


ha...
dah start dah aku mengeluhhhh!!

kami baru pulang dari kampung..
balik perak jap..
tak lama pun balik perak..
pasal lepas ni kena balik seremban pulok..
semua duk pakat nak jumpa chem ha...

tapi,
badan sekarang rasa longlainya..
tekak dah mula tunjuk tanda2 perit..
sakit tekak dah nak mai dah...
aduhhhhhhhhh

rasa nak melepet ajo ni...

chow!

25 December 2008

kakak dah besar!


sekarangkan, chem paling minat dengan princess, tak kira lah barbies ke apa..
tak buleh nampak, mesti kecoh!
"princess! princess!"
dia sebut, prinches!
dah tak minat dah dengan mickey mouse bagai..
kakak dah besar!
kalau pakai baju gaun chantek sikit, mula lah,
dia kata dia princess!
kehkehkehkehekeh
nanti dia akan kata;

"emmm cantik kan?? emm cantik kan... macam prinches!"

perbualan hari-hari....

ibu : kakak, jom ikut ibu jalan-jalan
chem : nak pegi kedai?
ibu : haah. kakak nak beli apa?
chem : emmmm..kakak nak bili (beli).....prinches (princess)!


memanjangnya kalau pergi mana-mana sebut nak beli princess!
mak aih! tak larat la...
kosnya!
sendirik mau ingat lah!


antara koleksi buku kesukaan ala ala princess dia...


ni dah tanda-tanda nak menjadi anak dara sunti lah ni..
tapi, bila melalak menangis, tak de ghupe princess nya dah...
kehkehkehkehkehkeh


24 December 2008

** Lembaran baru **


lagi beberapa hari untuk kita menyambut ketibaan Awal Muharam

SALAM AWAL MUHARAM 1430 HIJRAH {29 dis 2008} BUAT SEMUA!!!

...lembaran baru dalam hidup aku...


23 December 2008

tentang dia


chem kuat nangis!
kuat sangat..
sensitif sungguh hatinya tu..
pantang 'terpeleot' sikit, dah cembeng!
tau cembeng???
kuat nangis la...
style dia sekarang, kalau nangis,
walau perkara kecik, tapi segema alam suara dia.
satu taman ni dengar gamaknye..
jiran sebelah menyebelah dah biasa dah kut..hiks!
tang segema alam tu satu hal,
yang part satu lagi ni..nak marah, rasa kelakor pun ado..
bila dia nangis, bukan setakat 'gemaan' tu je,
tambah pulak aksi merangkak dan menyusup...
kalau kena marah dengan ibu,
dia merangkak arah ke babah,
kalau kena marah dengan babah,
dia merangkak arah ke ibu!
sambil nangis-nangis...
aksi lebihhhh..
rasa lawak pun ado...

tahun depan = bulan depan,
apa pulak ragamnye ye?????
tunggggggu dan lihat je le....

cayangggggg kakak!!!

hohoho
mata dah ngantukkkk..
esok rabu, ada kursus bowling!
jaga stamina beb..stamina...
kehkehkehkeh
poyo!



22 December 2008

portfolio 1...wakakakakaka

Majlis Perkahwinan @ Desa Tasik, Sg. Besi
Tukang amik gambar : babah...
Tukang edit gambor : gue..
Tukang tengok : Chem...


meh sini, kutaburkan bunga rampai ini...


eh, eh nyorok pulok pengantin lelakinya...chak!


mana satu yg cantik, bunga atau pengantin????


paling best bila pergi kenduri..dapat makan..makan..makan...
ado ayam golekkkkk oiiiii!! acik suko!!!!

masih mengamalkan kerja gotong royong..walau di tengah kesesakan kuala lumpur...kat kampung sekarang pun banyak yang guna khidmat katering ajo....


tanganku hulur...

pengantin pompuan ni adalah member baik adik ipar ku, merangkap adik kpd member asben ku.. merangkap jiran mentua aku la...korang paham?????



semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

ishh, tak sah kalau tak do gambar 'princess' sorang ni...


**********************
iklan penaja :
yahoooo! esok dah start cuti sem..tapi....yang tak syoknya, inilah kali terakhir aku menikmati cuti semester, kerna mulai tahun depan, tak de dah cuti-cuti semester ni..semuanya menggunapakai cuti tahunan 30 hari tu....hohohohohoho gua tak biasa la....


Online Print Promotion!


mari..mari...jom...!

mahu print segala gambor2 digital anda????
leh le bila dah print tu..nak tatap tiap2 malam sebelum tido..kehkehkehkeh

jom ke SINI. ada rega promosi utk' cucian' gambar2 anda!
jangan lepaskan peluang..selagi perkhidmatan masih ada!!!!!!!!!!
sungguh jimat masa dan tenaga! wahhh...dan anda juga buleh utk menyertai Online Blogger's Review! dapat print gmbr2 secara pree!


Special print promotions:
  • Print 4R photo at RM0.30 each
  • Print 5R photo at RM0.50 each
  • No additional charges
  • Free deliver for orders RM35.00 and above
At eoe online we offer you great prices for great quality prints!

Prints Minimum Resolution (pixels x pixels) Weight (grams) Price(RM) - each
3R (3.5"x5") 420 x 600 3 0.40
4R (4"x6") 525 x 700 4 0.30
5R (5"x7") 575 x 805 6 0.50
6R (6"x8") 600 x 800 7 4.50
8R (8"x10") 720 x 900 12 6.00
10R (10"x12") 768 x 1024 17 13.00
11R (11"x14") 1320 x 1680 20 23.00
12R (12"x16") 1440 x 1920 25 30.00
*Note: We use glossy paper for all prints, except for 11R and 12R prints in which we use matte paper.

21 December 2008

Laksa Shack!

saja nak tepek gambor makanan..
bagi perut ni kenyang sikit..kehkehkehekeh
kegemaran aku sekarang ni..
Laksa shack tomyam!



ni apa tah nama menunya...aku tak hengat!


korang lapar??????


19 December 2008

siapa terer menaip???????


ni result aku..lambat sungguh aku ni.. :) ni kalau kak mimi ni, mesti terer!!


157 points, so you achieved position 508936 of 879489 on the ranking list You type 199 characters per minute You have 37 correct words and you have 0 wrong words


demam result exam!



sekarang kan penghujung semester. musim exam hampir nak berlalu. bila tiba musimnya ni, maka macam biasa lah, sms dan email bertalu-talu diterima.


"Salam puan, cemaner dgn paper saya? ok tak?"

"Agak-agak, dapat gred apa puan? cukup-cukup makan ke? Saya target A puan. nak jaga pointer!"

"cemaner result saya puan? Saya sanggup tambah dan buat assignment lagi, janji saya score.."


gitu lah gamaknya weh...pesanan yang aku biasa terima bila tiba hujung-hujung semester. especially untuk student final semester. panas vontot lah ye korang....kehkehkehkehkehkehkeh
jangan risau lah weh..saya bukannya seorang yang 'killer'!!!!


*update: korang kata aku baik hati???? kahkahkahkahakahakahakahakah!!!




18 December 2008

sana sini langkawi...

layan gambar je la ye..
tak de ide nak cerita..
aku tengah mood tanda paper exam je ni....
{kejor due..kejor due}

chow!












{tukang ambik gambar : babah}

aku penat...

tetiba rasa penat yang amat...
gua tetiba rasa malas nak hapdet blog..
kasi rest kejap ye....
chow!

17 December 2008

kerusi ini,kerusi kakak!

kerusi ini, kerusi kakak katanya.
banyak jasanya kerusi ni pada cik puan kecik nya itu.

dengan kerusi ni lah cik puan kecik panjat meja makan,
nak capai lauk ikan goreng kegemarannya!

dengan kerusi ini lah, cik puan keciknya tu panjat sisi meja desktop
ibunya untuk insert apa-apa cd. {kira orait lah tu kalau cd, kadang-kadang dimasukkan duit syilling!}

dengan kerusi ini lah juga cik puan kecik guna untuk 'study'! ayoooo!

dengan kerusi ini juga lah cik puan kecik
panjat meja solek ibunya, nak pakai gincu!

dengan kerusi ini juga cik puan kecik
guna untuk 'melakar lukisan yang penuh abstrak' ke dinding!

dengan kerusi ini jugalah, cik puan kecik
bukak pintu peti sejuk bahagian atas!

dengan kerusi ini jugalah, cik puan kecik
panjat nak ambil coco crunch nya atas almari kabinet!

nampak je buruk kan, tapi
oh, banyak kan jasa kerusi kecil ni pada tuan keciknya itu!


16 December 2008

politik pejabat!

kelmarin, aku disapa dalam YahooMessenger..seorang member aku ni, aku tengok le kat status YM dia..tertulis 'no mood..unhappy!". aku pun sibuk2 lah menjoyah tanya..kenapa. dia kata..dia sedih. dia terkilan. dia rasa kurang senang dengan opismates dia sekarang. pasal apa? pasal politik pejabat lah!

benda yang biasa kena dengar..dan perkara yang biasa kita alami. benda ni semua memang lumrah dalam hidup kita sebagai manusia..manusia yang bekerja..mencari rezeki. kawan aku rasa kurang selesa, kerna ada orang-orang yang cuba bawa cerita tentangnya. semestinya cerita yang tak elok lah kan! dia tahu pun, pasal boss dia sendiri yang cerita..dan minta dia berjaga-jaga. oh, kalau aku di tempat dia pun aku akan rasa down! tapi bila kita sedikit sebanyak boss cover kita,aduh lega gak rasanya kan??

tapi tu lah, macam yg aku cakap tadi, ni semua lumrah. adakala orang suka dengan kita..dan adakalanya orang akan ngeji kita. payahlah weh nak semua orang suka dengan kita. kita lebih mudah nampak kelemahan orang berbanding kebaikannya. tak yah pandang jauh lah, tengok pada diri kita sendiri. aku tak nafikan, kadangkala diri aku sendiri ada perasaan cemburu sesama orang sekeliling..tul tak?? korang pun mesti cenggitu jugak kan? ia normal lah. kalau takde, tak normal lah tu. nama pun manusia. bukan perfecto! cumanya, kita kena pandai kawal..jangan sampai rasa cemburu kita tu membuatkan hidup orang lain tu merana dan sedih...tu je.

buat member aku tu, pada aku, kita buat tak tahu. jangan terlalu amik pusing. takut nanti kita pulak yang lagi merana. orang tu bersorak suka tengok kita merana! memang susah untuk menjadi seorang yang 'popular' di kalangan rakan sekerja. dapat pulak kalau kita ada mengetuai mana-mana unit. silap arah, dituduh bossy! dapat lebih, jadi bahan mulut pulak..ermmm,lumrah kan?

aku masih ingat kata-kata abah aku dulu, masa aku mula-mula kerja dulu,

"kau akan tahu apa itu politik pejabat!"
(dan kini, aku benar-benar tahu!)



BENGANG!

tadi aku dpt beberapa email, kata tak leh masuk blog aku. private!
AIK, GUA MUSYKILLLLL WOI!!!
TENSIONNNNNNNNNNNNNNN!!
KENAPA BLOG AKU TADI TETIBA JADI PRIVATE BLOG TANPA AKU EJASSSS APA-APA PUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BENGANNGGGGG!!

15 December 2008

GahooYoogle

korang pernah dengar GahooYoogle? sekarang dikenali sebagai Ploycola.com lah {dulu formerly known as gahooyoogle}. menggabungkan mesin pencarian Yahoo dan Google dalam satu window. dan mempercepatkan kerja pencarian kita. macam ni...




nak lagi details sila ke SINI. dah lama benda ni. since 2005! mungkin korang pun dah tahu. cuma aku je ni ha yang baru tahu! kehkehkehkehkeh tak up to date sungguh lah aih! [sila jangan gelakkan aku wokeh! biar gua sorang yang gelak. ye, gua tahu gua lambat! ni lah akibatnya terlalu lama tinggalkan sekolah! :)]


14 December 2008

cekelat datang lagi...


eh, bukan dendang datang lagi. {korang ingat "dendang"??}. tapi cekelat datang lagi! ya, ya, gua tahu, gua peminat setia cekelat. tapi cekelat susu sahaja ye. itu cekelat black ke, semi sweet ke, cekelat putih ke, soriiiii! tidak dilayan! {eh, kira peminat juga ke ni?}

celebration! {harga @ langkawi separuh kalau compared beli @ airport!} iye..memang raya la aku! ni antara cekelat yang agak-agak berjaya dirembat masa ke langkawi tu. ini pun setelah jenuh berlembut bahasa dengan asben, mintak nak beli. ye lah, dia heran, kejap-kejap nak beli cekelat..kejap kejap nak beli cekelat! siapa yang nak makan?? atas alasan sebagai 'cenderamata' nanti, maka aku berjaya! eh, eh, memang betul ye..untuk souvenir ye... :p


toblerone plastik putih ni me dun like lah. prefer yang gold tu.

siapa yang tak kenal Ferrero Rocher.. satu dunia tahu! dari kecil sampai sekarang, cekelat ni masih ada. dulu masa kecil, aku ingat lagi, amatlah payah untuk dapat merasa cekelat 'ferrero' ni. kecur-kecur mulut bila tengok kat iklan tv...oh, tak mampu masa tu!

Hersye's! mantap! Crisped rice tu lagi lah...krak kruk krak kruk..

dan sejak balik dari LGK, pintu peti ais ku itu kejap-kejap buka, tutup, kejap-kejap buka, tutup!

:p


13 December 2008

layout...

lama rasanya tak buat LO. dulu duk menggila kejap buat LO, scrapping bagai. sedut freebies merata. tu dulu. sekarang lain pulak cerita. faktor umur lah kut kan. kehkehkehkeh. makin dah tua ni, makin lain pulak peelnya. tak gitu?

oh, mula-mula aku malas nak buat kredit lah. pasal aku amik elements dari byk owner. tapi kalau tak kreditkan tak patut lah kan.dah la free...tau tak pe..ish! okeh..okeh..aku kredit kan ye..

credit to : Carrie Stephens freebies, jasmin_lencula_elements

thanks!


{pssst! aku nak tanya ni. bagi member sekitar kl, kajang, putrajaya @ lembah klang, kalau aku anjurkan class deco cupcakes, korang nak join tak? aku anjurkan bawah program kursus pendek kolej aku, penceramah orang lain. kalau ada permintaan, aku nak buat. sekarang tengah buat takwim untuk tahun depan. so, kalau ada permintaan, aku nak listkan dalam takwim...maksudnya, kalau ada permintaan baru aku akan buat...tu yang nak usha-usha dulu ni..harap maklum ye...}



12 December 2008

bila ibunya meeting..anaknya???


ni lah rupanya, masa bawak chem ke langkawi ari tu. ke langkawi bekerja merangkap bercuti sekali. untuk 2 hari yang pertamakan, babah tak sampai lagi. maknanya, terpaksa angkut chem dalam bilik meeting. {oh, boss besar dah bagi kebenaran pun! lagipun, dia yg suh bawak anak-anak}. nasib diorang tak memekak bagai. aku dah siap sediakan chem dgn stationery set dia. sonang!

orang kata chem dah macam ketua darjah. kehkehekehekeh. otai lah tu konon!

chem ni cuma satu je la. kalau barang, harta benda dia..oh, jangan sekali korang usik atau ambik. tedetut la! jangan kata orang lain, mak pak dia ni pun tak buleh. silap-silap kang, kena jerit dengan dia. orang tak beradik cenggini lah kut ek?

shhh! bila orang lain bising, dia sound suh diam. walhal, kalau dia bising tak pe pulak!
kehkehkehekeh

ni lah antara geng-geng chem ! ketua darjah sedang minum susu botol da...