Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

12 April 2012

# Bday Chem di Dubai

hai, lama dah tak update blog muchuk2 ni. hari2 bukak sebenarnya. dan hari2 juga log in. tapi setiap kali nak klik post new, mesti tak jadi. kejap rasa semangat, kejap nanti rasa malas. dan akhirnya, memang malas lah jadinya :p

kita cerita dulu ttg bday kak Chem. kebetulan juga kami ada di dubai masa tu. birthday nya 13 Mac. apa lagi, abah pun dekat, dan kawan2 abahnya pun pakat buat sambutan kecil2. seronok lah kak Chem tu. dgn besfren nya pula, Arissa.
malas nak cerita panjang lebar, kita tatap gambar je. dlm FB pun melimpah gambar2nya. nak tengok lebih, pergi FB.






pisang goreng harga AED20. convert duit kita lebih kurang RM18! :p








07 March 2012

# Kami di Dubai, UAE


salam. ibu dan Chem jalan-jalan jumpa babah di Dubai. alhamdulillah selamat sampai sabtu yg lepas. dan sekarang bercuti dari kerja selama 3 minggu utk luangkan masa di sini.

bagi peluang lah kan..lama tak jumpa babah ni. :p




ok. nanti-nanti kita cerita lagi.

17 January 2012

# jalan-jalan cari makan @Kuching

kali ini entri adalah berkisar tentang jalan-jalan cari makan sepanjang di Kuching. kalau jalan-jalan,makan mesti sedap. baru syok nak jalan-jalan. :p *makan je lah kerja kau ibu Chem.

nak buat mcm mana. dah memang pencinta makanan. teeheee

nasi ikan talapia bakar di kedai Kopi O'Corner. antara kedai makan yang selalu dicanang2 makan jika berkunjung ke sana. sedap sangat2 ikan bakar talapia nya tu. kedai ni dibuka dari pagi hingga petang sahaja. di belah pagi, menu-menu makan paginya sgt lah sedap. ada mee kolok, laksa sarawak, bubur ayam dan roti daging lapis mayonis. terbaik!


nasi goreng ikan terubuk masin. juga makan di Kopi O' Corner. fresh sungguh rasa ikan masinnya tu. tak masin sangat rasanya ikan tu. ada setengah ikan terubuk masin, terasa sgt kemasinannya.


itu dia, roti daging lapis mayonis. rotinya tu roti canai sebenarnya. diletak inti daging dan mayonis. sedap gile okeh! dua kali kami ke sini makan, setiap kali itu lah order dua pinggan! heeeeee





ini pula menu yang dicari-cari. Laksa Sarawak. aduhai, apa lagi nak ckp? juga sedap. teeheeee. cubalah.


yang ini pula Nasi Ayam Penyet Bakar di RJ Ayam Bakar. juga nantara kedai makan yang selalu dicanangkan pergi. sambalnya, walawehhhhhhh. mantap. pedas. tapi sedap! serius.


Nasi Goreng Daging Rendang juga di RJ Ayam Bakar. yang ini adik ipar yang makan. menurut dia, sedap! hahahaaa habis semua sedap kan? :p


oh, satu lagi nasi ayam penyet bakar yg kami cuba di Kopi O'Corner. ayam bakarnya not bad lah rasa. tapi talapia bakar ya lagi best la. teeheee. kalau nak bandingkan, nasi ayam penyet bakar di RJ lagi sedap!





ini Pisang Cheese. masa order tu teringat pisang cheese yang dimakan masa ke Bandung dulu. cuma ini bezanya pisang tu digoreng terlebih dahulu. hmmm, rasa? sedap!





yang ini nasi goreng Dabai. ops, bukan Dubai eh. ini adik ipar yag order. kami makan di Benteng Satok, area Pasar Satok. tp gerai ni buka di waktu malam sahaja. rasanya? adik kata, kureng sket lah rasanya. mungkin tak biasa kot makan buah Dabai. heeeee








aduhai. kenapa kecil pula gmbr nya ni? ini Mee Kolok. juga makan di Kopi O'Corner. utk menu spt mee kolok, laksa sarawak, hanya dijual di waktu pagi sahaja. klu pergi tgh hari atau petang, tak jual dah. aku suka kan mee yang digunakan dlm mee kolok ni. mcm mee maggi pun ada. hehehee. kuahnya? sedap!

habis semua aku kata sedap kan? tapi percayalah. memang sedap. tiada unsur propa pun. teheeheee.





16 January 2012

# @Kuching (Waterfront & Kg Gersik)


Alhamdulillah. terlaksana hajat untuk bawa mak abah jalan-jalan. tahun lepas aku sempat beli tiket murah AA. jenuh fikir, nak bawa ke mana lah mak abah. akhirnya, ke Kuching lah kita. jalan-jalan cari makan yang utamanya.

biasalah, aku klu jalan2, yg utama mesti makan-makannya. makan sodap, hati riang. baru syok jalan-jalan. :p
trip kali ini habis semua satu keluarga dibawa. kecuali abah Chem lah. 7 orang termasuk si kecik Chempaka tu. untuk duit tiket bagi 7 orang, RM300 lebih shj. pergi dan balik. ok lah tu kan?

di sana kami stay di Harbour View Hotel. not bad juga hotelnya. ambil dua bilik. satu bilik Family Room. ada dua katil Queen. puas hati juga, sbb bilik sgt2 besar. dan view juga best. berhampiran waterfront. mengadap sungai Sarawak. RM202/nite incl. breakfast. opss, yg ni guna gomen rate lah ye. heeee :p dan satu lagi bilik; superior room. Rm137/nite. ok lah.


jalan-jalan sekitar waterfront dan pergi ke seberang sungai. kawasan Kg Gersik. kalau nak ke seberang, boleh naik sampan. 50sen shj. tapi aku tak berani. hahahaa takut ada buaya wooo. tapi sebenarnya, menurut org2 di situ, sungai tu ada pagarnya. bila waktu siang, pagar tu dibuka. maka tak kan ada ada unsur2 buaya yg terlepas masuk ke situ (area sungai tmpt orang ramai menyeberang guna sampan). *tapi aku tak pasti sejauh mana kebenarannya cerita ini
sbb tu kalu tgk airnya, tenang je. tak menggalir deras pun. seolah mcm kolam. tapi, bila pagar tu dibuka, seriau weh tgk deras air sungai tu. laju! *seram
makanya, bagi yang penakut mcm aku ni, jgn bimbang, ada jalan darat untuk ke seberang. tapi ada tol lah yek. heeee. tp rugi lah pd yang tak ke seberang tu, sbb di situlah tmpt berkumpulnya keiad-kedai kek lapis sarawak. terutamanya Kek Lapis Dayang Salhah. nyummm!
*dua org makcik Chem tgh sibuk betul membuat tempahan. test rasa, order. test rasa, order. bankrup! hahaha*
ada mcm-mcm nama kedai kek lapis di sini. tapi yang kami tuju hanya Kek Lapis Dayang Salhah. nak mencari kek lapis india nya. phewww! cekelat berlapis2 weh. masa pergi tu kami hanya buat tempahan dulu. bila dah nak balik, baru collect kek. tapi sebenarnya tak pergi collect pun, nanti org kedai tu akan hantar ke hotel. dah siap balut cantik-cantik punya.

mama abah yang kami semua sayang.
aloooo, Chempaka. suka buat mimik muka mcm tu bila bergambar sekarang. geram ibu.

*bersambung lagi*


14 December 2011

# Splash @ A'Famosa Resort, Melaka

cuti yang baru ni, tak rancang pun nak ke mana2. kesian pulak Chempaka. cuti2 tapi tak pergi ke mana pun. malas betul ibu nya ni ek? untung2 makchunya nak bawa dia belanja main air. maka, terjadilah jalan-jalan ke A'Famosa Resort ni.

Budak Chempaka ni, kalau dapat main air, sampai malam pun boleh berendam. heeee





duk berendam dalam tu sampai 'kucut-kucut' (tu Chem lah yg sebut). Kecut. jadi kucut. haih, macam comel je bunyinya kan. kot bukan anak je yang tak nak balik, mak nya juga pun. kalau boleh lagi lama nak duk berndam lagi suka. tapi tak boleh lama-lama. malam tu Chem ada kelas tuisyen. kelas Mental Arithmetik dan English. sejak belajar mengira guna kaedah tu, alhamdulillah laju juga dia mengira. rasa nak join sekali tuisyen pun ada.


balik tu, malam sebelum tidur. Chem sebut2 lagi..

"bu, nanti kita pergi lagi nak main air. seronoklah ada Ombak Rindu.."


haih, tiba-tiba boleh ada ombak rindu kat situ?? :p