17 January 2012

# jalan-jalan cari makan @Kuching

kali ini entri adalah berkisar tentang jalan-jalan cari makan sepanjang di Kuching. kalau jalan-jalan,makan mesti sedap. baru syok nak jalan-jalan. :p *makan je lah kerja kau ibu Chem.

nak buat mcm mana. dah memang pencinta makanan. teeheee

nasi ikan talapia bakar di kedai Kopi O'Corner. antara kedai makan yang selalu dicanang2 makan jika berkunjung ke sana. sedap sangat2 ikan bakar talapia nya tu. kedai ni dibuka dari pagi hingga petang sahaja. di belah pagi, menu-menu makan paginya sgt lah sedap. ada mee kolok, laksa sarawak, bubur ayam dan roti daging lapis mayonis. terbaik!


nasi goreng ikan terubuk masin. juga makan di Kopi O' Corner. fresh sungguh rasa ikan masinnya tu. tak masin sangat rasanya ikan tu. ada setengah ikan terubuk masin, terasa sgt kemasinannya.


itu dia, roti daging lapis mayonis. rotinya tu roti canai sebenarnya. diletak inti daging dan mayonis. sedap gile okeh! dua kali kami ke sini makan, setiap kali itu lah order dua pinggan! heeeeee





ini pula menu yang dicari-cari. Laksa Sarawak. aduhai, apa lagi nak ckp? juga sedap. teeheeee. cubalah.


yang ini pula Nasi Ayam Penyet Bakar di RJ Ayam Bakar. juga nantara kedai makan yang selalu dicanangkan pergi. sambalnya, walawehhhhhhh. mantap. pedas. tapi sedap! serius.


Nasi Goreng Daging Rendang juga di RJ Ayam Bakar. yang ini adik ipar yang makan. menurut dia, sedap! hahahaaa habis semua sedap kan? :p


oh, satu lagi nasi ayam penyet bakar yg kami cuba di Kopi O'Corner. ayam bakarnya not bad lah rasa. tapi talapia bakar ya lagi best la. teeheee. kalau nak bandingkan, nasi ayam penyet bakar di RJ lagi sedap!





ini Pisang Cheese. masa order tu teringat pisang cheese yang dimakan masa ke Bandung dulu. cuma ini bezanya pisang tu digoreng terlebih dahulu. hmmm, rasa? sedap!





yang ini nasi goreng Dabai. ops, bukan Dubai eh. ini adik ipar yag order. kami makan di Benteng Satok, area Pasar Satok. tp gerai ni buka di waktu malam sahaja. rasanya? adik kata, kureng sket lah rasanya. mungkin tak biasa kot makan buah Dabai. heeeee








aduhai. kenapa kecil pula gmbr nya ni? ini Mee Kolok. juga makan di Kopi O'Corner. utk menu spt mee kolok, laksa sarawak, hanya dijual di waktu pagi sahaja. klu pergi tgh hari atau petang, tak jual dah. aku suka kan mee yang digunakan dlm mee kolok ni. mcm mee maggi pun ada. hehehee. kuahnya? sedap!

habis semua aku kata sedap kan? tapi percayalah. memang sedap. tiada unsur propa pun. teheeheee.





6 comments:

  1. syok betul tgk entry mkn ko ni yong.. terasa cam nk pg lak..walhal duluaku duduk sarawak 4 tahun.. mee kolok n laksa sarawak faberet akewww.. citer lagi.. stay kt mana?? full entry..hehe

    ReplyDelete
  2. maya: klu berjalan2, aku mmg pentingkan makan2. mesti nak kena mkn yg sedap@ teeheee. aku stay di Harbour View. ada cerita sket di entri sblm ni.

    ReplyDelete
  3. yes! aku mmg suka tgk tempat2 makan ni...hahaha map ada x? ke ko redah aje weh?

    ReplyDelete
  4. su: mcm2 kaedah kami guna. guna GPS lah, berhenti tepi jln tanya org lah. guna peta lah. tp mmg mencabar juga sbb @ Kuching, signboard mmg tersangat2 kurang. redah kasi pecah jekk hehehee

    ReplyDelete
  5. Heheeh,,cuba lha grill home made burger jalan astana, TERBAIK,,,

    ReplyDelete