05 January 2012

# Tempoyak goreng

nyummeehhhhh. tempoyak goreng yuuuuuuu. makan dengan nasi panas, ada ikan goreng sket. walaweh, memang tak nampak lah i dengan u. :p

tp ramai je orang yg suka makan durian, tapi tak makan tempoyak. dan yg lagi pelik, suka makan tempoyak, tapi tak makan durian!



mari nak kongsi resepi dari opah Chem ni. dari kecil dah biasa dihidangkan dengan tempoyak goreng ni. kalau rasa malas nak menumis, boleh aje tumbuk cilip api kemudiannya gaulkan dengan tempoyak.

*woit, tetiba rasa melelehh air liur :p

Untuk menu ini, hanya perlukan: tempoyak sebagai pelakon utama, cili api ikut tahap terer pedas yang macam mana, bawang merah, petai, serai yang ditumbuk2 manje, ikan bilis yang digoreng garing terlebih dahulu, serbuk kunyit sikit dan daun limau purut yang dihiris halus.
Tumbuk lah dulu bawang + cili api. tumis bersama serai atas kuali sampai garing2, masukkan petai. masukkan tempoyak. buh la sket air dan masak hingga tempoyak kelihatan kekuningan sket. masukkan sket serbuk kunyit. dan akhir sekali masukkan ikan bilis yg dah digoreng td dan hirisan daun limau purut. garam pun buh la sket.

oh sebelum terlupa. untuk mendapatkan hasil yang mantap, gunalah tempoyak yang agak ada sket rasa masam dan manis tu. klu guna tempoyak masam..hmmm tak jalan sket kat tekak aku ni. tempoyak masam ni lebih sesuai buat gulai tempoyak. :)

ni yang rasa tetiba nak balik rumah ni. lunch mkn tempoyak! heeeee :p

7 comments:

  1. huwaaaaaaaaaaaa nak gak sambal tempoyak! aku pun msk gini cuma pahang x guna serai..nanti nak cuba la buh serai...hiks

    ReplyDelete
  2. entry ni buat kty lapar tau yong :)

    ReplyDelete
  3. sue: hihihi sedap kan. lagi pedas, lagi sedap :P

    kak atty: yong pun dah lapar ni kak hehe

    ReplyDelete
  4. terliur umie tgk. isnin ri tu umie ada buat gak tp campur ikan bilis jer sb petai x reti makan..hehhe...

    ReplyDelete
  5. nampak cam sedap..tak pernah mkn tempoyak gorng nih.. terliur sey!!!

    ReplyDelete
  6. umie: buh petai lagi jadi sedap sgt, cuba lah :)

    ReplyDelete
  7. maya: sekali ko try, sure nak lagi ekekeee

    ReplyDelete