16 January 2012

# @Kuching (Waterfront & Kg Gersik)


Alhamdulillah. terlaksana hajat untuk bawa mak abah jalan-jalan. tahun lepas aku sempat beli tiket murah AA. jenuh fikir, nak bawa ke mana lah mak abah. akhirnya, ke Kuching lah kita. jalan-jalan cari makan yang utamanya.

biasalah, aku klu jalan2, yg utama mesti makan-makannya. makan sodap, hati riang. baru syok jalan-jalan. :p
trip kali ini habis semua satu keluarga dibawa. kecuali abah Chem lah. 7 orang termasuk si kecik Chempaka tu. untuk duit tiket bagi 7 orang, RM300 lebih shj. pergi dan balik. ok lah tu kan?

di sana kami stay di Harbour View Hotel. not bad juga hotelnya. ambil dua bilik. satu bilik Family Room. ada dua katil Queen. puas hati juga, sbb bilik sgt2 besar. dan view juga best. berhampiran waterfront. mengadap sungai Sarawak. RM202/nite incl. breakfast. opss, yg ni guna gomen rate lah ye. heeee :p dan satu lagi bilik; superior room. Rm137/nite. ok lah.


jalan-jalan sekitar waterfront dan pergi ke seberang sungai. kawasan Kg Gersik. kalau nak ke seberang, boleh naik sampan. 50sen shj. tapi aku tak berani. hahahaa takut ada buaya wooo. tapi sebenarnya, menurut org2 di situ, sungai tu ada pagarnya. bila waktu siang, pagar tu dibuka. maka tak kan ada ada unsur2 buaya yg terlepas masuk ke situ (area sungai tmpt orang ramai menyeberang guna sampan). *tapi aku tak pasti sejauh mana kebenarannya cerita ini
sbb tu kalu tgk airnya, tenang je. tak menggalir deras pun. seolah mcm kolam. tapi, bila pagar tu dibuka, seriau weh tgk deras air sungai tu. laju! *seram
makanya, bagi yang penakut mcm aku ni, jgn bimbang, ada jalan darat untuk ke seberang. tapi ada tol lah yek. heeee. tp rugi lah pd yang tak ke seberang tu, sbb di situlah tmpt berkumpulnya keiad-kedai kek lapis sarawak. terutamanya Kek Lapis Dayang Salhah. nyummm!
*dua org makcik Chem tgh sibuk betul membuat tempahan. test rasa, order. test rasa, order. bankrup! hahaha*
ada mcm-mcm nama kedai kek lapis di sini. tapi yang kami tuju hanya Kek Lapis Dayang Salhah. nak mencari kek lapis india nya. phewww! cekelat berlapis2 weh. masa pergi tu kami hanya buat tempahan dulu. bila dah nak balik, baru collect kek. tapi sebenarnya tak pergi collect pun, nanti org kedai tu akan hantar ke hotel. dah siap balut cantik-cantik punya.

mama abah yang kami semua sayang.
aloooo, Chempaka. suka buat mimik muka mcm tu bila bergambar sekarang. geram ibu.

*bersambung lagi*


6 comments:

  1. sue: insyaAllah, ada rezeki ko sampai pulak. syok2. mkn syokkk hehe

    ReplyDelete
  2. bila ler kty nak sampai ke kuching nie

    ReplyDelete
  3. kek lapis sarawak mmg mcm2..sedap2..

    ReplyDelete
  4. maya: lapis india pilihan utama :)

    ReplyDelete
  5. kak atty: insyaallah, suatu masa nnti pasti akak sampai sana..

    ReplyDelete