20 March 2013

#Apa aku buat?



tarik nafas. hembus.

dah lebih kurang sebulan bertapak di tanah pasir dua butir ni. dah sebulan juga lah pegang title suri rumah tangga tapi rumah takde tangga. ambil masa lah juga nak tune aktiviti aku. ni pun masih dalam percubaan lagi.

apa aku buat dalam tempoh sebulan ni?

banyak masa aku mengadap internet. huh! ok meh list kan apa kebenda aktiviti seharian yg aku buat di sini. siangnya abah kerja. maka tinggal berdua dengan Chem.

1. bangun pagi. buat sarapan. itu  klu rajin. hahahaaa. abah bukan jenis makan pagi.

2. Chem belum bangun lagi. maka hadap lah internet. banyak  perkara yg sebelum ni aku cuma tinjau, tapi bila byk masa skrang macam2 dalam internet tu yg aku join. mengomen kat fb org antaranya. hahaha

3.  siap2kan barang nak masak utk lunch. chem masa ni dah mula dah ngadap ipadnya. sambil tu aku mulakan kelas dengan Chem. Chem belum start sekolah lagi. tak boleh dibiarkan dia tanpa apa2 sesi ilmu. sebelum lunch, ambil masa lebih kurang 2 jam utk belajar. hebat ko, sesambil masak, sesambil ajar anak. hahahaaa

4. selesai masak, makan lah. hahahaa. selesai makan. usai solat semua, ngadap internet lagi. kan dah kata, mmg byk ngadap internet je aku. sambil tu sambung semula class dengan Chem. sehari dua subjek aku peruntukkan utk belajar. Buku buku memang dah siap bawak dari Malaya. buku teks sekolah, buku latihan dll. biasanya sampai petang lah class nya.

5. kekadang kalau rajin petang2 tu pusing2 dgn Chem jalan jalan keliling rumah. tapi tgk keadaan. klu ada sand storm takde gilanya nak keluar. hehehee. ribut pasir.

6. bila mlm abah balik. dinner sama-sama. pastu borak2, tgk movie, main game bla bla bla. pastu tido.

ha. gitu lah aktivitinya klu hari bekerja. bila hujung mggu je la boleh jalan-jalan pun. macam agak bosan. tapi bila difikirkan semula, aku rasa bertuah jugak sbb boleh membesarkan anak dgn cara sendiri, tgk anak besar depan mata, ajar dia, masak kan utk keluarga. kalau sebelum ni anak byk masa kat taska. jumpa abah pun beberapa kali setahun. tu semua yang buat kan aku perlu bersyukur dan perlu menerimanya dengan hati yg sgt2 terbuka!


p/s: doakan supaya Chem cepat2 dpt adk ye. ibunya tak sabor nak mengandung lagi ni. :p