31 January 2009

cucu aku..anak sedara chem!


tadaaaa!
ini dia...ahli baru dalam family kami..
"Nur Hayfa Faqihah bt Fazrul Nizam"

ini lah dia..
cucu kepada sepupuku..
pangkat cucu aku le kan..
merangkap cicit abah aku..
merangkap juga anak sedara chem!

ini cucuku yang kedua.
belah abah aku..
cucu yang pertama, belah mamaku..
dalam umur lingkungan 50an, dua-dua dah dpt pangkat nyang!
aku pulak...nanny???
ohhh..
terasa sangat aku dah tua lah!
*
*
*
*
*
**psst! iklan jap**
pada yg bertanya psl nak besarkan ruang main wrapper..side bar belaka2 tu..
tggu ye..insyaAllah klu aku pree2 time..aku buat tutorialnya..
harap2 dapat membantu..

30 January 2009

kak chem????

lihatlah dunia! seorang anak berusia 2 tahun 10 bulan 2 minggu 4 hari kepingin benar nak tido dalam buai.
kejadian ni berlaku semalam le.

babah chem kan cuti-cuti mesia..
so 3 days ni dia la yang duk jaga chem tu..
whops! babah 'terpaksa' coti tu..siap tolak annual leave!
pasal company nak 'tutup kedai' sementara utk perayaan tu..
bengang je member!
cuti terpaksa namanya..

so semalam dia agak cam boring duk berdua dgn chem..
last, start enjin kereta, cabut ke rumah omak eh kat sg besi..
umah mentua den lah tu...
mentuaku itu memang jaga anak orang. ni buai budak tecik tu punye le.

tapi bila datang kakak chempaka, ha kesian..tuan punya buai tak dapat tido dalam buai.
kena 'konker' dek kakak chem tu!
sure terkebil-kebil budak tecik tu tengok aksi kakak nya ni.
babah kata chem siap buat gaya cam baby..
mata ala-ala kuyu ngantuk gitu..cheh!

siap 'kaber' dengan kusyen bagai..takut terbalik pulak kang buai tu..
ye lah..terlebih berat sudahhh!

macam-macam lah perangai anak dara sorang aku ni....
agak-agak kalau chem ada adik kecik baby ni..
adakah dia atau adik dia yang tido dalam buai???????

aku dah boleh agak dah jawapannya..........


28 January 2009

** gadis bunga yang lasak **

gambar agak blurrrr! grrrrrr!


ohh bukan senang nak 'tangkap' gambar budak ini tau..
asal muncung kamera ni tala kat dia..
dia akan tundukkkk..
dan tutup mata!
tak pun..berlari sana sini..
mana nak duk diam..
kena umpan dia dengan macam-macam..
nak amik mood dia..
gambar atas ni kan..ha betul-betul rasa lucky lah dapat shoot..
kalau tak jenuh tak bernapas den!

psst..
ada sesiapa yang berani amik cabaran
'tangkap' gambar chem yang lasak ini????
(tengok rambut je dah leh tau camner tahap lasak dia ni..)


26 January 2009

Taman Botani...

aktiviti cuti-cuti CNY..

Lokasi : Taman Botani, Putrajaya
Tukang jadi model : Chem, munga n pokok
Tukang ambil gambar : Babah n Ibu
Tukang kacau : Chem
Tukang 'ubahkan' keaslian gambar : Ibu
Gadget : using lens 50mm f/1.8 AF Nikkor..
(apa itu??? sila lihat ENTRY sebelum ni..)










tamat sudah...


ontah lah....

terbaca kat satu blog ni..

petikan berita dalam akhbar...

tentang seorang pensyarah yang bergaji RM4400 tak mampu nak menyara ibu dan ayahnya sendiri..dan kini, mereka nak beranak 'beradu nasib' dalam mahkamah...
sesama mereka sendiri!

***********************************

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.


Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak men cukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.

Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.


Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu’.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan

***************************************

ontah lah kan..ni berlaku kek area umah omak den ni...
kita pun tak layak nak men'judge' mereka..
pasal kita sendiri tak tau apa kisah sebenar mereka ni..
hanya mereka sendiri yang tahu...

"tapi tu lah...omak totap omak kito..
abah totap abah kito...
walau macam mano pun lah yo..."

25 January 2009

selamat bercuti!

sekarang ni kan musim perayaan 'limau'..
sana sini limau...
ni sampai dah sakit2 tekak ha duk pulun makan limau...limau...limau....
tadi terbaca kat satu blog dr. catlina ni..
dia cerita pasal isu sorok limau kat opis! haahaha!
teruk kan malaysian ni..pelik kan?
tapi mmg betul lah..
berlaku jugak kat ofis aku ni tau...



korang nampak vitagen wajah baru tu??
selama aku membesar dah 29 tahun ni kan..
ini lah kali pertama rasanya vitagen berwajah baru! Less sugar!


oh, mesti ramai yang sedang berholiday ni kan.
selamat bercuti semua...
semoga happy2 sentiasa..
oh, nak gi morib lah..nak tgk sunset!


21 January 2009

verangan dulu!

kawan-kawan semua..
sila izinkan aku verangan kejap ye..
ni aku tengah verangan ni..
hiasan dalam rumah yang aku suka sangat tengok..

opss! ni bukan ID rumah aku ye..
lum siap lagi..
aku ulang semula..
"ini bukan deco rumah ku..
ini hanyalah sesi verangan aku sahaja..

tak de kaitan dengan mana-mana pihak..."

***************************

ni bilik ayor nye..
baring2 pun buleh!



dapur..
ni silap haribulan, mau tak nak masak ni..
sayang dapur kotor!



bilik tido..
kaler merah gitu..
sexy!!! auwww!



dining room..
simple..
senang nak ngemas kan!



living hall..
juga suka yg simple..
no munga-munga..
no sulam-sulam deco..
no kerawang sana sini..
serabut mata itam aku ni!


kesimpulannya..aku suka yang simple!
suka yang ringkas!

pada sesiapa yang mahu turut sama verangan..
tak salah kita verangan2 ni..
kekadang dgn verangan ni juga boleh memotivasikan kita kan..
secara tak langsung lah..
mana tahu, ada rezeki lebih..yang diverangan kan tu menjadi kenyataan!
auwwww!

jom ke sini ----------> Home ID


20 January 2009

geng the movie!

movie Upin dan Ipin...
akan datang...
jom, kita tonton!
korang minat??
anak dara ku itu sangat minattttt!
betul..betul...betul..betul...!


19 January 2009

'kerja sekolah'

Kak Mimi telah nge'tag' aku!


The rules are simple. Use google image to search the answers to the questions below. Then you must choose the picture in the first page of the results,and post it as your answer. After that, tagged your 6 people..


i am :

seorang ibu..



I really want to :

pergi ke tempat cenggini..ada ke??



My favorite place :

teringin nak pergi Venice, Italy...



My favorite things :

kasut-kasut ku..tapi sepasang dua jugak yang aku gasak guna sampai lunyai..yang lain simpan dlm gobok!



My favorite drink :

air sirap bandung..even aku sebenarnya aku tak buleh telan air sirap! kalau bandung tak pe....



My favorite food :

tomyam! yang merah, bukan yang putih!



I live in :

Kajang...so, sinonim dengan satay kajang kan??? tu pasal aku pilih gambar ni..



I was born in :

Alor setar, Kedah..duk 3 bulan je..



My School/College :

Universiti Utara Malaysia nun di sempadan sana!



My favorite story :

Sangat suka tengok series ni..manalah aku boleh cari koleksi cd series ni ye?? any suggestion??


My hobby :

Memborong majalah & buku!



I wish :

berdoa kepada Yang Maha Esa, agar aku diberikan kehidupan yang bahagia selamanya bersama keluarga yang paling aku sayangggggg!


dengan ini, aku ingin umukan..mereka-mereka yang amat bertuah dipilih menyelesaikan tag ni adalah :

1. Kak Aimi
2. Fliffy
3. Ayu @ Ibu Husna
4. Dilla
5. Dr. Catlina
6. MamaUltra


sekali sekala..

sekali sekala makan lauk cenggini..
memang sodap kan!
simple..tapi ngappp!

*
*
*
*
*
*
*
*
*


sonang!
mudah!
ringkas!
murah!

18 January 2009

ubah..

hohohoho
habis aku ubah 'karpet umah' aku ni..
background aku tukar..
header aku tukar..
coding html nya pun byk aku ubah...
ubah border lah..
ubah saiz sidebar lah..
ubah saiz main wrapper lah..
ubah kaler..
ini lah aku..
cepat nau boring dengan sesuatu..
sentiasa mahukan angin perubahan!
auwww!

*update*
to kengkawan, apa yang penting,
bila kita ubah apa2,
ubah template bagai,
usik coding nya bagai,
JANGAN terus 'save templates'..
'PREVIEW' dulu..
dah puas hati, baru save!
ha, baru lah selamat.......

17 January 2009

'baby' baru..

berjaya 'rembat' lens 50mm f/1.8D !
sebelum ni hanya ada lens 18-55mm ajo..
ni baru puas hati!
setelah ditawar-tawar, dapat lah RM380 @ Mines
[paling aku suka bab tawar menawar ni!]
tu pun kira tinggi gak tu..
tahun lepas punya rega..buleh dpt RM350 ajo!
chis!
lens ni bagus utk potraiture..
dan macam-macam lagi..
mem'BOKEH'kan gambar...

ni baru cubaan pertama..
beli beli ajo terus terai!
byk yg blur lagi..
tak pe..takpe..
practice banyak-banyak..
nanti okeh!


cubaan pertama....
tak berapa menjadi..




15 January 2009

tutup mata..dengar....

tak de idea nak cerita apa menda..
minda pun antara larat dan tak larat..
dan aku punya masa yang sangat 'sesak'!
maka, jom le dengor lagu ni aje ye...
sambil tutup mata..dan dengar...
selera oldies sikit ye...










sungguh sentimental..



kenangan..kenangan..

:)

14 January 2009

chem..



* chem dah 2 tahun 10 bulan
* nak kata dah pandai sangat bercakap tu tak la. ayat pun berterabur je lagi, terutamanya ayat yang panjang-panjang..tapi kesungguhan dia utk bercakap memang sentiasa meluap-luap..hehhehhe
* sangat manja yang amat..maklumle, anak sorang kan...apa-apa tertumpu pada dia..dah la sorang, cucu sulung pulak tu untuk kedua-dua belah pihak! korang bayangkanlah betapa manjanya dia!
* chem belum lagi ke tadika..taska pun tak. sekarang masih bawah jagaan pengasuh tu. bukan tak mau hantar dia ke tadika..cuma aku perlu tunggu sampai pindah nanti. tak perlu lah nanti nak tukar-tukar sekolah bagai. dia pun dah selalu sangat bising mintak nak ke sekolah...sabar ye kakak..
* budak-budak, memang daya ingatan mereka ni kan kuat kan..kita cakap sekali, atau tunjuk sekali je,pasti dia akan ingat. so, janganlah kita nak berjanji bagai nak beli macam-macam, atau nak bagi..kalau kita tak pasti dpt tunaikan..nanti dia akan tuntut..macam chem! hehehehhe
* masih lagi pakai pampers..nak sekolah camner ni?? aku dalam proses nak train dia ni...
* sangat suka dengan buku..walau kekadang tu bukan dia baca pun..tak pe la kan, at least dia ada tunjuk minat..
* sudah kenal banyak kaler..esp, kaler merah n purple..cumanya tu lah, bila kita kata 'red', dia akan kata, no! ini merah! hahahaha.
* aku tengok chem ni, more kepada otak kanan..seusia dia ni, dia buleh la draw gambar kucing..muka orang..even kekadang muka, mulut senget sebelahhh..hahahahaha.
* tapi kan,chem tak nak sangat makan sayur lah....
* sangat kuat minum susu! sangat kuat!
* sangat suka makan ikan goreng...dia amik kerusi ijau dia tu, panjat nak capai ikan gorenggg!
*chem sangat suka tengok benda-benda atau orang yang cantik-cantik!
* dah pandai berselawat..walau pelat!
* chem seorang yang kidal..atau kata lainnya, pengguna tangan kiri..
hehehe
*sangat aktif..silap haribulan, kul 12 t/malam pun dia still buleh melompat-lompat!

kehkehkehkeh




~BnW ~

13 January 2009

gathering lagik...

dapat email ni dari ct ruzaimah..
ada gathering lagik..
to all mommies..nak tak??

Assallammualaikum & Hi All,

Apa khabar mommies & daddies sekalian... Saya ada berita baik utk semua. Saya sebenarnya telah mendpt tawaran dpd sebuah pusat komuniti utk kita mengadakan gathering kita di sana. Memang special & khusus utk xtvt & perkembangan minda anak-anak. Lokasi tersebut akan dimaklumkan setelah kita dah confirm kan tarikh utk gathering kita itu nanti.

Seperti tahun lepas, pd 17th May 2008, kita telah dengan jayanya mengadakan gathering di Taman Tasik Titiwangsa. Jadi, diharapkan pada tahun ini, lebih ramai yang akan menyertai xtvt ini. Perancangan awal, lebih baaaaaaanyaaak xtvt riang gembira utk anak2 dan parents, memandangkan kemudahan yang ada memudahkan xtvt2 tersebut d adakan, cthnya, membina istana pasir..? menarik bukan... Jangan risau, lokasi adalah hampir keseluruhannya indoor dan tempat outdoor pun adalah teduh sesuai dgn kanak-kanak yang mudah berpeluh dan mungkin tidak akan rasa selesa.

Masih diperingkat awal perancangan, email ini boleh dikategorikan sebagai teaser utk kawan-kawan sahabat handai ku sekalian. Kalau boleh, kita ajak lebih raaaaaammmai kawan2, ibu bapa serta keluarga utk join sama kali ini ye.

Jika sesiapa ada cadangan membina utk memperbaiki xtvt sebelum ini ataupun nak mencadangkan xtvt2 baru utk sama2 kita share, silalah emailkan atau contact saya di 017 211 2517 ye.

Kay, take care all..

Wassallam,
Siti Ruzaimah

award & tag lagi????

hari ini pendaftaran pelajar baru..
minggu yang bizi..
aku kena duty di kaunter
harap2 semuanya akan berjalan lancar..

***********

menjadi-jadi pulak semenjak ni dapat award..

thanks kak aimi...


1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.
--> Kak Aimi

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya.

* aku suka tengok gambar-gambar yang chantek shot nya..
* aku suka sangat kumpul magazine..majalah peberet aku; Pa&Ma, ID dan yang terbaru, majalah Digital Camera..
* aku suka masuk kedai buku..berjam-jam buleh duk dalamnya..
* kalau layan cerita tv, kena baring..tak buleh duduk..nanti aku cepat bosan!
* aku suka kaler merah yang ala-ala ke'pink'an dan kaler cekelat....esp. baju kurung..baju aku mostly semua kaler cenggitu..
* tak buleh tgk orang nangis depan aku..tak pasal2 kang aku yang terlebih sentap menangis!
* pantang gak dengan cekelattt...tapi pantang jumpa lah! hehehehhe
*aku ni nampak cam ganas, tapi hati mak aih...rapuh! mudah 'terpeleot'..tapi aku takkan tunjukkan depan orang..
*tapi students aku kata, aku ni mulut laserrrrrr! ye..dengan mereka, aku terpaksa me'laser'!
*tak betah kalau duk dendiam kat umah..esp. hujung mggu..paling-paling pun ajak babah n chem gi lah mana-mana kedai ke..shoppin' complex ke..agaknya pasal kat tapak kaki aku ni ada taik lalat kan...kehkehkehkehkeh


maka dengan ini..aku nak umumkan...
award ni akan ku berikan kepada anda semua..
yang datang menjengah ke blog ni...
sila ambil ye..
jangan segan silu...

12 January 2009

doa untuk mereka....



"Ya Allah!
sebagaimana Kau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah,
hancurkanlah musuh Islam itu..dan turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam
di Palestin, Amin..."

buku 'princhess' kakak..

dulu kan aku pernah cerita, peberet karakter chem sekarang adalah
kartun princess.tak kira lah princess mana pun..
janji lawa + chantek!
:)
ni antara koleksi buku 'prinches' chem..
kalau pergi mana-mana, tak buleh nampak kedai buku..
mesti kena redah punya...

"nak book princhess! nak book prinches!"





chantek2 lak kan nengok 'princhess-princhess' ni ye...



08 January 2009

walau pun pelat....

video


korang dapat tangkap apa yang chem ucap tu????

ni versi 'volume' tinggi punya...

video



korang ingat tak???

gambar-gambar ni dapat dari email..
kalau lah kita recall..zaman kita kecik-kecik dulu..
zaman kita membesar dulu..
benda-benda ni lah yg ada sekeliling kita kan...
those yang born in 70's and early 80's
akan benar faham le how much we miss these..
tul tak?????



benda-benda yang biasa kita makan dulu..biskut gula tu still ada lagi sekarang ni..
cuma chew gum tu ajo aku tak pernah jumpa lagi sekarang...
kalau ada, konpom aku beli!


ha...game ni! terkejut aku tau. terbayang-bayang la moment masa main menda alah ni..game tembak-tembak kat bar....
kehkehkehkehkeh. ada ke kat jual kat kedai sekarang ni????


ha..menan yang lipat kertas tu..hahahahahaa..yoyo...guli...ohhhhh betul lah...


ha..ni lagi satu..aku main menda alah ni tau. walau adik2 pompuan belaka..tapi kami ada ramai cousin lelaki. menan ni..susun-susun askar ikut strategi kita.....pastu lempar, dengan apa tah..aku tak hengat lah...bagi askar2 pihak lawan tu jatuh..


yang penguin ni..aku tak biasa main..tapi biasa tengok...

rindu kan??????


07 January 2009

saya yang kuat!

lihat lah diri saya yang kuat ini....
buleh angkat ball besar woooo!
hehehehehehe
ini lah akibat penangan minum susu...
biasanya selang tak sampai sejam dah mintak!
sekali minum 8 oz..
korang bayangkan..sehari berapa botol?????
tapi bila mood nya tak mau minum susu..
tak nak langsung!



*update*

chem mmg kuat minum susu!
dia minum susu Dutch Lady 123 honey tu..
tapi tu lah..kalau tiba tak mau minum...mmg dia tak nak langsung!
tapi jaranglah dia tak nak..
pendek kata..jgn sampai dia nampak botol..nampak aje botol..konpom dia mintak.
tu yang kekadang dia takmau makan sangat..pasal dia kenyang dgn susu.
tapi kalau dia bizi memain ke hape..kekadang dia lupa gak dgn susunya tu...
before nak tido..nak lelapkan mata tu, silap-silap 2 botol dia mesti pekena dulu...
utk pengetahuan korang..kalau buat susu,hanya aku ni aje yg dia bagi buat.
menangis tak hengat la kalau babahnya buat.
pelikkan?
bila aku tanya...nape takmau babah buat??
nanti dia jawab.."babah buat panashhh!"
grrrrrrrrrr!