26 January 2009

ontah lah....

terbaca kat satu blog ni..

petikan berita dalam akhbar...

tentang seorang pensyarah yang bergaji RM4400 tak mampu nak menyara ibu dan ayahnya sendiri..dan kini, mereka nak beranak 'beradu nasib' dalam mahkamah...
sesama mereka sendiri!

***********************************

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.


Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak men cukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.

Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.


Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu’.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan

***************************************

ontah lah kan..ni berlaku kek area umah omak den ni...
kita pun tak layak nak men'judge' mereka..
pasal kita sendiri tak tau apa kisah sebenar mereka ni..
hanya mereka sendiri yang tahu...

"tapi tu lah...omak totap omak kito..
abah totap abah kito...
walau macam mano pun lah yo..."

6 comments:

  1. jiran ko ghupernyer... aku pun baca citer tu dr blog org len.

    harap2 kita masih mampu menyara kedua org tua walaupun kita susah

    ReplyDelete
  2. parents mampu jaga anak2 yang ramai.. tapi anak2 yg ramai tak mampu nak jaga parents yang 2 orang itu.

    harap2 kita menghargai parents kita, forever.

    ReplyDelete
  3. mak aiii..gaji tinggi cam tu pun masih tak mampu nak tanggung ke... hmmm.... akak yg ciput ni pun blh bagi w/pun tak byk... jauhkanla kita dari kealpaan dlm menunaikan tanggungjawab sbg anak..

    ReplyDelete
  4. kak yong...polik gak...gaji 4400K ckp x mampu nk sara omak ngan abah...pdhal kete ado 3 biji...den ni gaji x sampai 1K pon lh survive ngan omak den...cukup2 la mano yo kan kak...omak abah 2 dh bg tanah..leh laie wat cam2....dihalau lg..tp xtahu la kisah mane yg bonar...tunggu je lar...
    sodih ngan anak2 skang

    ReplyDelete
  5. nauzubillah.. memaacam ceriter..

    ada baca gak sebab ada dpt fwd email aritu..

    hmm tak sangka anak beranak pun berkira ye?
    ni kes takleh settle belakang2 ke ahh..
    *kalau ikut gaji, byk mana pun x cukup kan.. kdg2 terpaksa la korban sket.. i think insurance tu leh cut off, kete leh jual.. pakai la ikut kemampuan..

    ReplyDelete