29 November 2008

madagascar!


malam tadi gi tonton Madagascar - Escape 2 Africa @ Jusco Balakong.
betul lah! memang best giler film ni.
kelakor habis!
watak kartun yang sengal2 belaka!
berdekah-dekah aku gelak dlm panggung tu.
paling tak tahan,
dengan karakter Alex the Lion, Gloria The Hippo, dan penguin2 tu.
lawak giler!

Sepanjang nonton,
Chem, mcm layan tak layan je.
kat umah bila tgk iklan Madagascar sikit punya excited.
yang hover excited,
ni ibunya dgn babahnya!

memang sepanjang cerita, gamat panggung ni.
pada sesiapa yang belum gi tgk..
gi lah.
best!

28 November 2008

no idea :jom layan gambar!

aku nak hapdet, tapi no idea!
jom la layan gambor yang ada dlm flickr asben ku itu...

lokasi : Taman Tasik Permaisuri
jurugambor : me & asben. kami budak baru belajar, kalau salah..tlg tunjukkan!
model : munga,pokok2, taman menan & Chempaka
alat tembak : taken with dslr Nikon D60










sekian....


27 November 2008

Tag lagi : tak de tajuk punya tag...


adoiiiiii! tak habis lagi rupanya musim tag mengetag ni ye....... kali ni aku dapat kerja rumah dari cik Yantz kita tu ha..... terima kasihhhhh byk2 lah ye..kerna susah payah ngetag aku ni ha...{sila baca dalam nada jelinggggg! hihihihihi}


1. Do u think u are HOT?
aku hot? biar betul korangggg!!!! auwww! sshhhh...


2. upload a fav pic of u



3. why do u like this picture?
sebab apa aku suka? pasal yang pertamanya..time ni aku kurus woo! kira slim ar..jgn compare dgn sekarang okeh..dush! dan satu lagi, bila aku tgk gambor ni kan, aduhh rasa bahagianya kan bila kita dah ada anak ni!

4. when was the last time you ate pizza?
bulan lepas. tu pun sebab orang belanja! aku klu @ pizza hut tu aku prefer mkn garlic bread ajo + soup. yang lain tu kurenggggg! org syok kata shedapp aku tetap kata tak!!! sorry ar...

5. the last song u listen to
'You're My Everything' - Santa Esmeralda. ni la lagu kat blog aku ni. klau korang bukak blog aku ni, terpaksa lah korang dengor kan. kerja aku duk ngulang lagu tu je. bila aku dengar, aku giler punya tangkap jiwang! ha, mula dah.....mula dah... auww!

6. What are u doing right now besides this?

tengah ngadap dinner + nonton berita...

7. What name u prefer besides yours?

sah sah la nama anak dara ku itu. Chempaka Batrisyia. terutamanya "Batrisyia". pasal aku yang aku pilih!

8. People to tag....

1) kak mimi
2) sue mama maryam
3) zana
4) lieya
5) ciklinn


9. Who is no. 1?

seorang blogger yang semakin menjadi blogger tegar! tu pasal nak tag dia!

10. No. 3

zana kalau kat blog suka buat entry pjg2..sure dia rajin punya nak jwb tag ni!

11. say something about no. 5

dia seorang suri rumah tangga yg berjaya. hehehehe sah sah la dia mesti ada byk masa jwb tag mengetag ni kan!

12. how about no. 4?]

ha yang ni pun..pasal dia ni ada je ideanya..suka bercerita!

13. who is no. 2?
hehehehehe saja nak bagi kat org bz kerja buat tag! kehkehkehkeh sila jawab..jgn tak jawabb okehh!

kalau menangis...

Chem makin kuat nangis sekarang,
senang benor nangis,
hatinya sgt2 sensitif la sekarang,
dan yang paling ketara sekali perubahannya,
bila dia nangis mesti sengaja nganga mulut besar2,
pastu meneran2,
huhuhuhuhuhu
kesian anak tekak awak tu Chem...


nampak kelebarannya????

26 November 2008

tag : workstation

ake kena tag lagi.
kena dgn kak wilda ,
lama dah tag ni.
sesaja buat lupa,
tapi tak buleh la,
hehehehehe

so, ini dia workstation aku yg korang nk tgk tu...
mmg ni gmbr dan situasi yang pure lah,
berselerak tak hengat punya!
aku ada satu lagi w/s,
kat bilik Kualiti yang aku jaga,
tapi tak leh tepek lah kat sini,
P&C ye..hahahahaha


macam biasa, buku-buku le yg penuh...dan meninggi! hehehehe. harap2 bila pindah building baru nanti, bagi w/s yg besar skit ye puan!


dan ni....tmpt aku letak segala apa yg aku nak letak!


sekian, terima kasih!
itu sahaja yang diluluskan ye!

ha?


kalau bercakap dgn Chem kan,
dia punya jawab 'ha' mesti 3 kali,
hehehehehe
cukup 3 kali baru dia leh jawab!

"ha?"
"ha?"
"ha?"

:)

dapat award!


dapat award dari catlina {a mother-to-be},
and juga seorang 'penembak' yang hebat,
suka dengan ur shots!
comel sungguh la award ni kan,
tenkiukkkkkk ye!

so, aku nak bagi pulak award ni pada korang semua.
ambil lah ye,
tepek kat blog!

25 November 2008

oh la la la la.... nak hadiah lagi????

siapa yg tak kenal dgn KRU kan.
semua orang kenal,
aku dulu membesar ketika zaman kegemilangan KRU.
dgn aku sekali die hard fan KRU tau!
teringat aku suatu ketika,
zaman sekolah,aku ni budak outsider,
tak kuasa nyah nak duk hostel,
outsider lah yg jadi tukang 'seludup' barang utk geng asrama,
ada sekali tu, member aku sibuk sgt nak pinjam kaset KRU,
masa tu pemes lagu Oh la la la,
tah cemana, alamak..
malang sgguh hari tu,
ada spot chek la pulak,
adoi...
aku mula tak perasan yg aku ada bwk kaset tu,
alih-alih, ustazah yg buat spot check tu,
masuk kelas aku,
sebelum start ngajar, dia tetiba...
nyanyi...dengan selamberrrrr ye...

"oh la la la la"

sambil sengih2 kat aku.
ohhhhhh, tahulah aku. bahawasanya kaset KRU aku tu telah dirampas!
aku redha! cheewahhh!
ustzah tu cakap, dia nak ambik kaset aku tu,
nak buat rakam orang ngaji Al Quran!

ya salammmmmm!

**************************************
iklannnnn!

sambung yang semalam :
anda mahukan hadiah lagi????
hari ni siapa dapat print screen hits 002222,
002525
email kita:
matahari1108@yahoo.com

************************************

24 November 2008

makan nasi orang kahwin..

dah tiba musim cuti sekolah.
bertalu-talu jemputan datang kan.
merata-rata tempat ada banner bergantungan sana sini.
simpang-simpang jalan pun penuh dengan 'signboard' kayu..nama pengantin!
tetiba terpikir..
ruginya tak amik gmbr 'signboard' kayu time aku kawin dulu..
bukan senang tu nama kita dgn nama kekasih hati kita tu
duk 'tersergam' kat kayu tu.
di tepi jalan. semua orang baca!
hehehehe
sekali seumur hidupkan...

ni anak sepupu mak yg kawin..kat dewan kastam, PJ. sabtu ari tu.


siapa lagi..ni le kaum kerabat ku..mama & adik2 aku. abah aku tak de. pasal dia kena penuhi jemputan yang kat seremban pulak.


Chem tu...mcm iye je makan! padahal..tah berapa butir nasi je yg terlepas masuk!


tag : sengal muka!

aku byk hutang tag dengan kak farah amoi ni.
gemar lak dia ngetag2 aku ni.
ni pun jenuh aku buat2 lupa tau.
tapi tak buleh la.
ai rasa bersalah gitu.
hahahahahahahaha

ha..ni dia.
muka yg terpaksa sengal sekejap.
dengan chempaka aku juga swing swing sekejap.
layankan ibunya yg datang hangen swing!


kira ok lah tu kan kak...
hahahahaha
jangan serik lak nak ngetag saya lagi!

ohhh, ada lagi tag!


pemenangnya adalah...

yeahhhh!
ini dia 3 orang pemenang utk cabaran meng'capture' hit yang diminta.
hehehehehehe
saja je kan nak fun dgn korang le...
hadiahnya tunggguuu ye...


Kak Mimi



Naemah



ain


tahniahhhh!
tq kerna meng'join'kan diri!

"pssst..esok ada lagi..."


nak hadiah??????


UPDATE: keputusan telah berada di tangan saya..chewwaaahh! hehehe. esok lah ye umumkan..pasal hari ni gue tersangat lah biziiii..tapi sompek lagi buat kuizz yo! hehehehe

so, tunggggguuu!



wah..wah...
memandangkan aku ada menang hadiah mcm2 kat sini, sana, dan kat sinun..
makanya, apa kata kali ni aku pulak nak bagi korang hadiah..
berkongsi rezeki dgn korang pulak...
korang nak takkkkk?????

kalau nak...
moh le join.
caranya sonang ajo.
korang nampak tak kat Hits tu????
bila mana hits tu mencecah ke angka 001666 dan 001777
apa kata korang print screen,
pastu antor kat matahari1108@yahoo.com
siapa cepat hantr, dia benang!eh silap, dia menang!

:)

ni utk cabaran yang pertama..
hahahahaha tak mencabar langsung kan!
hadiah2nya nanti aku beli ye...
time aku nak jenjalan sedut hangen kat utara nun nanti..


so...semua, enjoy!

konon-konon..


kononnya..
nak tiru style editing ala-ala Dave Hill..

adoi...
jadi apa ntah!

23 November 2008

chem @ taman menan BTP


hujung mggu yang lalu, bawak lah Chem gi memain @ playground
nun kat bdr tasik permaisuri.
lama dah tak jengah sana. jarang gak la bawak chem tmpt cenggini.
sekali dia diberi peluang..mak aih, jenuh nak layan!
sah la kan, taman menan ni mmg tak dpt nak dipisahkan dgn kanak-kanak.
itu lah dunia mereka kan...

menarik dah tempat ni sekarang...


Chem mamam 'atekerim'..hehehehehe tu versi dia ye...harap maklum!


memula konpius gak ni..ni nak 'yayak' ke apa ni kak oiii!


menung dah..habis atu kawasan tu dia redah!


penat...nampak rambutnya tu..dah mcm orang lepas basuh rambut!


ha, menarik kan...tak yah gi nun tmn negara. kat BTP ni pun ada gak jambatan gantung...



suatu hari borak dgn Chem.....

Ibu : kakak, mak ngah pergi mana?

Chem : anyah gi umah opah..

Ibu : Opah pulak pergi mana?

Chem : Opah gi umah atuk...

la....cenggitu ye....padahal umah yang sama je tu!!


22 November 2008

testing..testing..


testing....testing 123





best!

ni yang harus bunga-bunga kan semula fotopages ku itu!


21 November 2008

akhirnya...


ingat lagi entry ini ????
akhirnya..
tahun ini,
misi tercapai..

toys baru..

wah..
jom kita main tembak-tembak!!!


ada-ada je lah aku ni....


kebizian yang melampau terus menghimpit aku!!!
"hahahahahahaha"
ini adalah gelak orang yg sedang dlm
mood yang ting tong semula!
final semakin tiba..
ohh,bukan aku yg nak peksa,
tapi "adik-adikku" ni ha..

ting tong..ting tong..

"mana markah PB??"
"mana semakan kehadiran ?"
"mana soklan exam?"
"mana itu..mana ini???"

:)

opps, lupa!
"Saya yang menurut perintah"
tau tak pe...



19 November 2008

buah apol...

*sumber gambar : internet*


suatu malam...

Chem : bu..bu...

Ibu : ye...kakak

Chem : kakak nak buah apol...

Ibu : apol??????? bukan apol la..epal..

Chem : emmmm..


:)


tag : bagaimana rupa anda semasa mengandung!


kena tag lagi! oleh lieya. kali ni punya tag mmg lain macam! ... kene tag ttg pregnant....ohhh ni yang rasa membuak-buak nak pregnant semula ni.. auww! alhamdulillah..sepanjang pregnant aku tak alami apa2 masalah pun. puasa pun boleh penuh je... cuma,manja dgn ngades-ngades sikit je le...standard lah tu...

utk tag ni kene letak :

1. Berat sebelum mengandung
ni yang sensitip kalau cerita pasal berat ni..heheheheh sebelum pregnant 50-53 kg tau! zaman dulu aku selim melim tau..sekarang ni je ha, mbam mbam mbam!

2.Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
sekali, bila ngandung, nah! berat sampai 70 kg oiiiiiiiii!!!!ambik kau! mmg mbam-mbam habis!!

3.Berat selepas abis pantang
lepas habis pantang, berat aku kembali turun lah..tapi tak hengat lah berapa. pasal tak masuk dlm buku merah klinik ni kan..hehehehehehe. tapiiiiiii sekarang ni, berat aku toksah cerita lah...mbam-mbam semula lah... :)

4.Apa yang korang suke makan mase mengandung
masa mengandung, aku mmg tak de mslh ttg makan..atau pun ttg selera makan! memanjang berselera..seingat aku semuanya aku bedal! utk pengetahuan korang, 7 bulan yang pertama, aku pregnant berjauhan dgn asben..hohohoho. kami hanya jumpa hujung2 mggu je..apalagi, bila hujung mgu je asben aku akan manjekan dgn makan itu ini...hahahahahah nikmatnyeeee! aku tak boleh masak..pasal aku sepanjang ngandung aku benci sangattttt nak tgk bawang kecik merahhh tu!

5.Hospital mana anda bersalin
aku overdue. hampir nak kena induce. tapi syukur..tak sempat pun. mmg plan bersalin kat hospital seremban. pasal omak den masa tu nurse kat sana. siap boleh pilih doktor..tapi bila time kena seluk2 bagai,alamak! malu lak aih dengan omak den..hahahahahahahaha

6.tunjukkan gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping
aku tak de byk gambar masa pregnant da...tggu lah nanti,aku pregnant utk 2nd ni, akan aku "kechek kechek "gmbr byk2!! :)
setelah korek punya korek..ni antara gmbr yang dijumpai...

sepanjang ngandung, mmg kerja aku makan..makan..makan..makan....!


ni masa ni, kandungan aku dlm 5 bln...org byk ckp peyut aku kecik je...tapi berat menimbun! camno tu?? time ni boleh lagi tu mendaki cable car kat langkawi nun! hahahahaha


ni dah hampir 7 bulan gitu...aku ingat lagi time ni, sblm dpt naik flite tu, kena isi borang bagai, pasal ngandung dah hampir 7 bln..alih2 aku org paling last dapat naik! cheh!!!



ohhhh teringinnya nak pakai uniform tu semula..... :)


ha..mbam mbam kan?? sarat sgt dah time ni. aku tetiba seriau lak tgk gmbr aku ni! ;)


sekian, terima kasih...habis sudah....

kali ni aku nak tag org lain pulak....

aku nak tag :

1) kak farah amoi
2) maria
3)yantz
4) ciklinn
5) lily

wakakakakakaka sila pamerkan gmbr2 & cerita2 anda pula ye...


18 November 2008

swing..swing...


tengok ekspresi atas tu..
bayangkan aku..
semua ada!
tengah dilanda hangen kus kus..
kus kus..semangat!
tak de mood..
mana tah..
swing..swing..

petik kata:
wajah tanpa ekspresi pada mulanya cool,
tapi bila terus begitu ya boring-lah.

tak larat nak cerita apa pun.
kita cerita lain kali ye!
da..
nak baring!


17 November 2008

alhamdulillah...


Chem sedang menggunakan crayon
yg baru atuk nya belikan.
haru atuk nya bawak dia ke kedai buku..
itu nak..ini nak...
cian atuk..

:)

tengah kami ralit duk tgk tv, tetiba Chem panggil.
dia tunjukkan 'mata' yang dilukisnya!
cam terkezut gak aku.
kakak pandai melukis?
dia lukis 'mata'



bagi close up lagi...
siap ada anak mata lagi..


dia tunjuk pulak yang ini..
dia kata tu 'cat' !
ha!
aku mcm tak percaya lagi!
serius mmg tak percaya!
kakak lukis 'cat'???????

ni dia 'cat' tu...
nampak misai, mata 'cat'..


alhamdulillah
dengan perkembangan
minda & kemahiran Chem...
dengan usianya yang menginjak 2 tahun 8 bulan...
syukur!