28 February 2009

Cinta hanya berdua..


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.

Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya
(hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang
selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda
19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin …..


Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah punya beberapa anak….

Pada waktu itu situasi berkenaan tidak dapat diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari hinaan dan celaan dari masyarakat, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.

Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak punya apa-apa, tidak ada sebarang kemudahan atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akar yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahawa ia seolah telah menyusahkan Liu dan is berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu sentiasa menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.

Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terkejut apabila bertemu dengan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

(Xu dengan salah seorang anaknya)

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai akan meninggal, sekarang kau telah mendahului ku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?” Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk mengabadikan “anak tangga cinta” itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

{dipetik dari i-cinta.com}


...adakah cinta kita juga begitu...

27 February 2009

aku yang tak suka....

tiap tahun, bulan 3, bulan 4, bulan-bulan yang paling banyak aktivitinya. bulan 3 dengan sukannya. bulan 4 dengan konvo nya. sukan wilayah selangor kali ni @ kk sabak bernam. macam biasa..untuk staff..apa lagi, aku join bowling le! udah itu ajo yang aku minat. bola the jaring tu aku tak minat da..

dari zaman sekolah rendah sampai la tua ni..ya ampunnnn aku tak minat bola jaring. sekolah dulu aku suka acara padang, lari bagai esp. 200m. kalau tak pun main bola boling baling.

tapi jangan lah suruh aku main bola jaring. ramai paksa aku main, tapi hatiku ini memang tak terbuka untuk itu. ecehhh.. aku tak reti oiiiiii! lagi pulak, banyak nau peraturannya. kena kaku sokmo. haip!

so, ahad, rabu..ahad, rabu..kerjanya training gitu! nampak gayanya muka kami je le kat bowling metro point kajang tu. bila gamenya?? nun 21 mac ni.. utk game bowling buat @ alamanda. training ajo lebih, menang kalah gua tarak kisah!

ops! sila tolong sambung ayat tajuk di atas tu ------> aku yang tak suka..bola the jaring!

chow!

25 February 2009

siapakah ini?

siapakah dia si bam bam ini?

hehehehehehehe

" i'm Chempaka Batrisyia "



23 February 2009

apa ntah?


apesal ntah anak dara ku sorang ni. chem in action! ishh chem, kasi kaber sikit idung tu yeah. ni gambar lama. dah berminggu gak kami tak shoot gambar baru chem. malas lah tu namanya! nak buat apa sahaja mesti ada mood. kalau tak kena gaya, apa-apa tah hasilnya.

kecoh semula. students buat hal lagi! bikin blood pressure aku naik. another mc palsu lagi! hebat..hebat..hebat..! kelebihan Allah berikan..disia-siakan. kepintaran yang Allah kurniakan tu..tidak digunakan pada cara yang betul. esok-esok diambil semula kurniaan tu, ha baru tau, langit tu tinggi rendah!

buat students semua. tak serik-serik ye? ingat dia cerdik. tak tak tau ada lagi yang lebih cerdik darinya.

betul lah kan..sepandai-pandai tupai melompat, ishh lama tak tengok tupai lompat-lompat lah! dan akhirnya, tupai-tupai yang duk sakan melompat tu jatuh. dan jatuh tu, memang jatuh yang terjelupuk! aduh..sakit kan????? rasakan!

checkmate! muahahahaha




urus wang!

adik aku perkenalkan buku ni pada aku. buku ni untuk kita 'conteng=conteng' perihal hal kewangan keluarga kita dan perbelanjaan kita. diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia.



ada 4 bahagian..bahagian pertama; menentukan matlamat kewangan
bahagian kedua; catatan pendapatan, hutang, simpanan, pelaburan, dan insurans.
bahagian ketiga; berkaitan perbelanjaan
bahagian keempat; penilaian kedudukan kewangan kita

murah dan murah..hanya RM1.50 sahaja. boleh dapatkannya di mana-mana MPH..tempat lain aku tak pasti ada ke tidak.

psst..korang suka tak simpan resit-resit belanja korang?? aku sukeeeee!

21 February 2009

tag pegnen!

kerja rumah lagi. ni baru bayar 1 hutang. ado 2 lagi menunggu!
tag ni datangnya dari mama eda


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
** semestinya dirancang okehh. bukan eksiden!

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
** masa pegnan kan chem..naluri hati aku ni mengatakan kuat yg baby dlm perut tu..boboy..siap ada nama dah..siap panggil lagi tau..Amirul Haziq! even doktor scan masa tu..gegirl! tapi rupanya..naluriku telah menipuku...!hahahahhaha

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
** seronok + vangga + takut = semua ado! masa dapat tau tu..aku jadi cam takut2 je. baring pun tegak semacam je! hahahaha

4. HOW OLD WERE YOU?
** masa tu umur ku 25 tahun.. sebulan pas kawin..terus jadi!

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
** memula memang tak perasan. sbb aku ni jenis yg irregular punya. tah nape datang penyakit senak + angin. berhari-hari. last2 dah makan ubat bagai..tak jugak elok2..akhirnya baru aku tergerak nak ngetest. rupanya pegnen! patutlah...time tu aku dah duk risau giler, pasal dah byk ubat angin aku telan da...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
** babah chem le...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
** excited beb!

8. DUE DATE?
** sepatut 7/3/2006. tapi overdue ...6 hari!

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
** kurang lah..segar bugar aku!

10. WHAT DID YOU CRAVE?
** kalau teringin tu..macam-macam lah..ikan kembung goreng + bawang pun aku teringin nak makan!

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
** gegirl @ princess gitu..


12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

** yg aku tau..almost 20kg gak..selera makan tak pernah putus beb! tu pasal lah..

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

** clean n clear! sihat + kuat..alhamdulillah

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

** hospital seremban..tompek omak den kojo dulu..


15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

** kena paksa masuk labor room kul 9.30pg..time tu tak sakit lagi. lebih kurang 10.45pg dah start sakit..kul 11.13pg gitu..dah selamat!


16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

** babah chem + omak den


17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
** ala, part ni sedih..yg duk tgk aku..hanya doktor-doktor aje...


18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
** normal

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

** aku tak amik epidural..tapi apa tah nama ubat yg dia masukkan tu..cucuk kat tangan aku.


20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
** 3.3 kg


21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

** 13 Mac 2006. Jam 11.13 pagi


22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

** Chempaka Batrisyia


23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

** 2 tahun 11 bulan


24. WOULD YOU DO IT AGAIN?

** sudah semestinya... yang dinanti..tunggggguuuuu!


ha..konpom korang akan tanya kan..'bila yang 2nd yong????????"


aduh, ponek acik! soklan panjang!
meh..aku nak tag:

kak aimi
kak mimi
lieya
sue
zana
lily

have fun!


20 February 2009

makan + panas + game !

tiba-tiba perut rasa lapar. nasi lemak daun pisang cik kiah! hahahahha cik kiah tu saja je aku letak. tak pasal-pasal cik kiah lak glamersss! kitorang prefer nasi lemak daun pisang cenggini. Rm1 ajo sebungkus. tapi biasanya..kitorang kalau beli tak pernah dua bungkusnya..mesti lebih! aip! babah yang makan banyak okeh!

bila tengok nasi lemak ni, teringat zaman-zaman sekolah dulu. dulu-dulu punya nasi lemak, jarang ada yg jual dalam bekas putih plus pulak dengan lauk ayam rendang, sotong bagai macam sekarang ni. cuma alas dengan daun pisang..tepek sepotong telur dadar..ikan bilis..kacang. tapi tu yang sodap kan?


sekarang cuaca panas kan. rasa kering sangat kulit-kulit ni. air bergelen gelen dah minum. chem pulak, diserang batuk. suara pun dah macam suara rockers gitu. ohh, sekarang tak buleh duk ngadap pc lama-lama. ni ada orang duk tunggu turn ni. cik puan chem kan dah pulang. harus diutamakan dia dulu le.

dia bz nak main game Dora The Explorer. terpaksa le den ngalahhhhh...disebabkan dek galak bonar dia main game kat pc ni, setakat ni dah macam-macam dah dia ketahuan. tutup window..maximize kan window la.. bukak folder.. kalau bab pegang2 mouse tu, makin laju dah ha.

dulu 1 pc = 2 orang, tapi sekarang ni 1pc = 3 orang! hehehehehe


guestbook

19 February 2009

malam ini...



yeah!

malam ni, kami nak balik seremban.
nak bawa pulang princess kami tu.
ohhh
hatiku dah kembali berbunga riang ni!

kakak,
nanti kita makan sama-sama ye..
kita tidur sama-sama ye..
kita nonton tv sama-sama ye..
kita tonton dvd Dora The Explorer sama-sama ye!

tak sabar nya ibu!
kakak nak balik tak?????

18 February 2009

apa cita-cita awak???

selalu dulu kalau zaman sekolah dulu, esp. waktu sekolah rendah, selalu kan cikgu kita tanya..

"apa cita-cita awak?"
"dah besar nanti nak jadi apa?"

dan jawapan yang paling glamersss...dan paling stereotaip....

"saya nak jadi cikgu!"
"saya nak jadi doktor!"
"nak jadi polis!"


kak chem..cita-cita awak apa ye????


17 February 2009

ting tong!

siapa punya ni?????
kakak punya lah....
glamersss gitu....
[ ni ayat kes rindukan kakak lah ni ]


eh, nak cerita sikit pasal movie geng: upin ipin. dah gi tgk. ohh, bagi aku hebat jugaklah cerita tu. aku suka lak tengok watak 'hantu durian' tu ! agak susah tul nak dapatkan tiket tau.

dan pada yang ingin pergi menonton, pastikan anda tunggu sehingga ke akhir cerita ye. sampai betul-betul habis. bukan apa, time aku tgk tu, pada penghujung cerita, penontons ada yang sampai 3 kali bangun, duk semula. pasal ingat dah habis betul, rupanya masih ada dua, tiga scenes cinonit lagi!

tapi kan, meh sini aku nak cerita. cuma satu je masalah aku ni. sehebat mana pun cerita, sesedih atau seseram mana pun cerita..kalau gi tengok wayang, mesti ada saat dan tikanya aku akan terlelap!!!! serius! tak terkecuali lah ari tu..masa tgk upin ipin tu. memang ada part yang aku terlelap! hahahahahahahaha ting tong betul aku kan!

ingat lagi dulu, masa teman ikut asben tgk cerita The Rock. buleh aku terlelap sampai sudah. hahahahaha tensi betul cik abg aku time tu!

i'm sorrryyy!

tapi dun wori lah. walau aku terlelap barang seseken dua, bagi aku movie upin ipin tu tetap best!

15 February 2009

|| ibu rindukan princess ibu ||

di saat entry ini dibuat, aku rasa sunyi lah pulak..

tak dengar suara hiruk pikuk dia..
tak dengar bunyi kartun dia..
tak dengar jeritan dia berebut pc dgn ibu babahnya..
tak dengar dialog fav. "bu, nak susu"
dan tak lihat menan-menan nya bersepah terabur..

semuanya kerana, chem tak de di sisi aku tika ni. sabtu baru-baru ni, kami balik seremban. saja la, nak tengok upin ipin sama family, di samping nak melawat pak ngah kat KPJ. [sebut pasal Upin Ipin, ohh, sangat susah la weh nak dapatkan tiket! all the time asyik fullybooked! tensi acik! nasib achu terer usha..dpt gak tengok. rombongan dua keta pegi].

eh, sambung cerita. alih-alih, time nak balik petang ahad nya, chem dah mula merengek-rengek tak mahu ikut kami balik. aksi tarik menarik jugak berlaku! nak tinggal dengan opah katanya. sudahnya, kami tinggalkannya.

tau apa reaksi chem? siap ucap bye-bye lagi !
dah kesannya..aku merana menanggung kerinduan yang terlampau!

buat kakak yang ibu rindu, tinggal dengan opah baik-baik tau. jangan nakal-nakal. paling-paling pun mintak nak beli aiskerim je tau! suruh anyah n achu beli!

muahahahahaha!

|| ibu rindukan princess ibu ni ||

13 February 2009

Tutorial!

wah..bila aku malas, satu apa pun tak nak buat. tapi bila aku rajin, ha..rajin yang amatttttt! hiks! atas permintaan ramai..ramai nau yg tanya..cemaner nak besarkan saiz ruang main wrapper (ruang yg kita buat entry ni) + side bar (ruang sebelah entry) gitu.. aku tak pasti lah sama ada tutorial ni dapat membantu atau tidak. template asal aku adalah dari pyzam.com. jadinya, tutorial yg aku buat ni based kepada coding html pada template aku le ye.. harap2 dapat membantu.. dan lagi satu amaran! pada sesiapa yang mencuba..bila dah siap, jgn terus SAVE TEMPLATE! hanya PREVIEW dulu tau! dah puas hati, baru lah SAVE! takut nanti kalau tak jadi....


Step 1 : pergi CUSTOMIZE -----> EDIT HTML


Step 2: Klik kat EXPAND WIDGET TEMPLATES ----> cam dalam gambar yang aku prt Screen ni..)


Step 3: perasan tak yg aku highlight tu?? kat situ lah kalau nak ubah saiz nya..ketebalan border ke..padding nya ke... ikut sesedap rasa korang lah.. kalau nak ubah ruang nya, ubah pada WIDTH nya tu..tapi, harus diingat, bila kita ubah saiz main wrapper tu..sekaligus akan ubah kedudukan side bar sebelah tu..


STEP 4 : ni utk ubah ruang SIDE BAR pula.. so, korang kena main2 dgn dua saiz ni..pasal ianya saling berkait..hehehehehe harap2 korang paham dgn ayat2 aku ni..hancur!

STEP 5 : last sekali..ingat pesan den tadi ye..PREVIEW dulu..dah pueh hati, baru korang SAVE!

itu je la..setakat ini..
harap2 dapat menjawab segala soklan korang..
kalau tak menjadi, jangan pula marah aku ye..
hehehehehehe

Tutorial : Tricks!


Tricks ka?? Short course lagi. ini tutorial untuk add background color kat sidebar titles.
macam yang den punyo ni...yang berkaler pink gitu...
Pada sesiapa yang berminat, meh le try buat.

pesanan : untuk gambaran yang lebih jelas dah jitu..sila klik pada gambar ye!


Step 1 :
Customize ----> Edit HTML




Step 2:
Korang nampak tak yang den highlight tu? cari coding tu dulu yo..


Step 3 :

Bila dah jumpo, sila tambah coding berikut :
( rujuk pada tulisan kaler merah, tu coding untuk kaler yang kita pilih.)
kebiasaan templates, macam ini :

h2 {
background:#ee68b1;

Cth : #ee68b1 adalah kaler pink spt yang tertera kat blog den tu.
ikut korang la nak kaler apa.
nak tau coding kaler, sila rujuk kat Fonts and Colors tu.





ok, kalau kita nak bagi tulisan tu duk center, tambah selepas tu 'arahan' ni :

text-align:center;

kalau nak bagi duk kiri; tukar le Left
kalau nak bagi duk kanan, tukar Right



Step 4 :
OK dah. Siap! Preview dulu the template. Jangan save lagi.
Kena confirm dulu yang sidebar header styles blog korang tu betul2 situated.
Dah pueh hati, baru save.





nanti-nanti kito belajar lak cam mano nak
add background image kat sidebar titles pulak yo!

Selamat mencuba!


Chop!
jom, kita pergi nonton Geng : Upin & Ipin!


buat signature!

ada yang bertanya dengan aku,
gi mana seh nak buh signature kat each entry yang kita buat???
contoh yang aku punya..tu
"ibu chempaka"
ada di setiap entry ku itu..
nak tahu caranya..
pergi ke....

SINI

ada tutorial kat situ..
ikut ajo arahanya itu..
kalau ngak jadi jugak, let me know lah ye...
kita tolong!
{kami bukan along,kami cuma nak tolong!!!}
dun wori..
anda takkan kehilangan segala isi perut blog anda itu..
hanya mengubah sikit html code blog anda!

tapi......! semalam!
aku dapat satu link ni ------->SANA
tgk kat blog Zana@ mamabatrice..
la, lagi senang kalau nak buat signature!
tak yah bukak2 photoshop bagai!
ikut ajo arahannya tu..next! next! next! finish!
cuma agak limited sikit la kan..


selamat mencuba!
pilih lah kaedah mana yang korang nak buat ye...

Tutorial : 'background'

kalau korang berminat nak buh gambar sendiri as a background utk blog korang,ni ada 'sekelumit' tutorial yg aku sediakan.

harap korang faham lah ye... :)


Step 1 : 'right click' kat gambar yg korang minat tu. pilih 'properties'


Step 2
: ha, nampak tak..ada url (link) gambar tu????


Step 3
: 'Copy' url (link) gambar tersebut.


Step 4
: Pergi ke 'Customize' (kat belah atas kanan blog anda)

Step 5 : Pergi ke 'Edit HTML'


Step 6
: Korang 'Paste' kan link url tadi tu kat sini (sila lihat gambar di bawah!)


Step 7
: Kemudian jangan lupa 'save' ye.. :)


okeh!
dah..
siap!!!!!


tutorial ----> border

ni ada tutorial mcm mana nak ubah border kat blog tu. aku baru je ubah. border tu ala-ala dotted style gitu. setakat yang aku tahu, border ni ada beberapa style:

border-style: dotted;
border-style: dashed;
border-style: double;
border-style: solid;

mungkin ada lagi kut. tapi yang ini aje lah yang aku tau. mahap ler. ni bukan bidang aku IT ni semua. saja tiba-tiba nak minat pulak dengan menda alah ni bagai. bidang aku ni bidang kira-kira, main dengan figure. macam mana dah tua-tua ni buleh terminat dengan bahasa2 IT ni ha?????? dush!

haip! alih cerita. bebel la. so, macam mana nak buat??? macam biasa..buka dulu html code tu..pastu cari coding

#sidebar-wrapper {


then, korang tambah la bawah nya tu..

border-style: dotted;

ni kalau nak borders tu dotted la..kalau nak dashed..tukar dashed..

dah siap! sonang kan?

Tutorial - nak kecilkan gambar

okeh,ni sambungan dari tutorial hari tu. Zana ada bertanya, mcm mana nak kecikkan gambar yang telah di paste kan tu. sbb mmg normally bila gambar yg kita paste kan tu saiznya akan jadi lebih besar. so, ini caranya..kita ubah scale nya..

Step 1: aktifkan dulu layer gambar yg berkenaan.

Step 2: pergi ke Edit -------> Transform -------> Scale



Step 3 : so, bila dah klik Scale tu, nanti kat gambar korang tu akan keluar garis halus kekotak besar. dan pada garis halus kekotak besar tu pulak akan ada kekotak kecil. ha....korang bawak cursor ke kekotak kecil tu...pastu 'tarik' kekotak tu..dan dalam masa yang sama tekan butang Shift pada keyboard korang.

Fungsinya butang Shift tu, supaya gambar korang tu nanti tak menjadi 'lonjong'! hehehehehe aku tak reti nak guna word apa da...tapi korang paham kan???kan??kan?? kalau tak caya..cuba korang try buat..kalau tanpa tekan butang Shift...dan dengan tekan Shift button... nanti korang akan nampak bezanya.... :)


okeh?? harap2 korang paham lah ye..bahasa glerrr hancurrrr. sehabis tak formal ayat yang aku cuba buat tu..harap korang paham.. :) hehehehehehe

so, kalau ada apa2 nak tanya lagik..aku akan cuba jawab...


Tutorial..

meh..meh aku ter'rajin' sikit...aku ter'buat' tutorial khas utk tampal2 gmbr. ni je yg mampu aku buat..moga korang paham lah ye...kalau tak paham gak..sila2 buzz2 aku... :) mungkin ada cara yg lagi canggih dari ni..tapi ini hanya a simple step je lah..main ikut suka aku je..almaklumlah,aku bukan ada dpt pendidikan formal gitu... :) kalau sesiapa ada ilmu lagi, marilah kita share2... :)


**Arahan : Sila klik pada gmbr utk dapatkan saiz yg lebih besar**

Step 1: "Open" gambar-gambar yang korang nak tampal-tampal


Step 2: "gambar bendang" ni adalah gmbr 'tapak' nya. maksudnya, nanti gmbr2 Chem tu aku kerat dan tampal atas gmbr bendang ni..


Step 3: utk select gmbr tu -----> "sila klik pada gmbr di bawah"




Step 4 : lepas tu, kita tambah "Feather" pada keliling gmbr tu...




Step 5 : Pastu kita "Copy" gmbr tu



Step 6 : then, kita "paste" gmbr tu kat tempat yg kita nak..




Tadaaaa.....dah siap! tapi ni simple je lah..




ni contoh yg pernah aku buat..tapi yg ni aku plus guna 'brushes'...lagi berkesan kalau kita guna background yg sama bagi setiap gambar..

[klik sini, ada tutorial PS, in malay.. ok gak laman ni] -------> jomphotoshop