30 April 2009

Ulangtahun yang ke 4 !

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-4.
Alhamdulillah.. dengan segala kurniaan dan nikmat yang telah diberikan buat kami..
Harapan dan doa kami....

"ikatan sayang + cinta yang kukuh hingga akhir hayat"


cheeeewah!


*ni adalah entry aut0 publish...saya masih di kelantan...huhuhu tak dapat nak celebrate bersama...maaf babah...*

28 April 2009

aloooo..

lamanyeeeee!



27 April 2009

welcome...

selamat datang ke dunia dinachor! opps..dinasour la..tu versi chem! dalam pada badan letih letuk tu, sempat lagi. ye lah..dah promised kan dengan chem nak gi tengok dinachor @ MidValley. hari sabtu seharian dengan majlis konvonya..ini pun sudah ku gagal nak join bash besday Maryam. wat to do... missed lagi!

jom cerita pasal rombongan kami tengok geng-geng dinachor ni. sebelum pergi beria-ia..excited sungguh! alih-alih bila sampai sana..tak de maknanya.....memanjang kata 'kakak takut bu..kakak takut...' ! nampak gayanya..model kali ni dinachor aje le ye. jenuh nak 'gandingkan' chem dengan geng-geng dinachor tu. tak dapek....



"saya sangat takut lah !"



ini je le..yang cik kak kita ni berani...



** minggu ni....aku saya berada di kelantan..chow! **


24 April 2009

anak siapa?

**siapakah dia dalam ini gambar?**

di suatu pagi..dialog di antara cucu dgn opah..tika cucu manjanya tu baru bangun dari tido :


opah : ish...ishh..anak siapa lah kuat nangis ni.... anak shahrul kuat nangis ye....
chem : bukan!! ni anak yong lah...


* to babah... jangan menjelesss ha... :)

23 April 2009

dah?


kawan-kawan..sudah mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan ????

klik sini ----> JOM!

22 April 2009

hakikatnya kah?

imej ni dipetik dari blog pak nil.


kalau korang tgk betul-betul soalan dan jawapan number 2 tu kan..apa korang fikirkan ye??? menurut paknil, ni merupakan soalan latihan @ exam sekolah @ indonesia rasanya. tp yg menjadi persoalan nya bukan itu. yg buat naluri ibu dlm diri aku ni, macam terasa hati....bila tgk jawapan yang dipilih.. pelajar tu memilih jawapan 'pembantu'?????
bukan ibu..bukan ayah...

20 April 2009

sebelum..selepas..

syukur..chem beransur sembuh. dah 3 hari demam tanpa kebah2 pun. ubat demam dah hambir habis sebotol. dah naik risau dah. takut demam yang itu. pergi hospital lagi..check darah. alhamdulillah...doktor kata, bukan demam yang itu. cuma tekak chem agak kemerahan. tu yang sampai demam tu. masa kat spital, aku tak berani nak tgk anak sayang aku tu kena cucuk! aku nyorok balik tirai..pandang ke luar. aku tak sampai hati lah..tgk anak sayang aku tu dicucuk2. memang dari baby lagi, kalau tiba kena cucuk2 tu, aku tak boleh tgk! aku tak sampai hati..tu pun tadi..aku dengar chem jerit2..'nak ibu..nak ibu...'. aku dah longlai dah. Ya Allah, runtun hati aku ni dengarnya! time tu dah mencurah2 dah mata air air mata aku. org dah duk tgk2 dah. tak pedulik! selesai kena cucuk, aku lari terus dakap chem....

ni selepas dah kena cucuk..



tapi sekarang, alhamdulillah...chem dah semakin sihat. dah tak demam dah. tapi ubat antibiotik tu kena dihabiskan..ikut masa yang ditetapkan. dan sekarang..chem dah ceria2 dah seperti sebelumnya!


sila abaikan rambut saya ye auntie-auntie. mood nak sikat rambut masih belum dapat!


dan hari ni, saya dah kembali berselera makan! habis nasi lemak lauk ayam babah saya pow tadi!


chem bersama dengan teman baiknya.. cik dora! ke hulu ke hilir tadi ngendong g spital. tapi bukan dia..ibunya ni le yang ngendong hulu hilir. dah jadi mcm 2nd doter ai pulak!


alhamdulillah...rumah ini kembali meriah !

19 April 2009

culeh ubat!

**sekadar gambar hiasan**


ibu: kakak makan ubat ye..
chem : tak nak! kakak nak air..
ibu : okeh, nah air. ok, dah minum, makan ubat pulak ye..
chem : kakak nak air "bina" (ribena) dulu!
ibu : pulak.. (gi buat air ribena pulak). nah..ok, dah buleh mkn ubat?
chem : uwa..uwa..uwa (sambil nagis kuat2 mcm kena pukul!) tak nak...kakak ngantuk!!!
ibu : ok, lepas makan ubat, kakak buleh tido.
chem : tak nak!!!! (sambil nangis lagi..klu korang duk area rumah aku ni, korang akan dengar ada budak nangis cam kena dera!) kakak nak tgk Dora!
ibu : grrrrrrrr !

..dan sesi 'peperangan' pun bermula...

p/s : rasa-rasa korang, gua berjaya tak nak bagi chem ni makan ubat??? oh lupa nak bagi tau..chem demam semula. kali ni demam sebab flu...


18 April 2009

aku dan hari minggu...

nyum nyum nyum..sambil mengunyah dan seterusnya menelan makaroni berkeju bersama dengan kopi o panas! sangat lapar yang membuak2..

dan sangat kepenatan juga. minggu ni, tiada rehat bagi aku. sabtu ahad aku kelije kerja. ya..aku sangat produktif kan?? hahahaha. kesian dengan chem. nasib mak ngah transit sini jap..esok dia ada class. wohooooo..ada bibik! legaaaaaa!

hari ni handle short course kelas jahitan. secara tak langsung aku join le sekali class ni. oh, setelah 15 tahun beb tingkatan 3 aku meninggalkan kelas jahit menjahit..dan kini aku terpaksa memerah otak dan tenaga jemari2, kaki aku ni utk menjahit. objektif aku tak tau le objektif jangka pendek atau jangka pjg..at least pandai jahit baju sendiri pun jadi le...

oh ye..ada pembetulan nak bg tau ni. kursus2 ni atau apa shj kursus yg pernah aku acik cerita kan dulu tu..bukan sesaja rajin join. tapi disebabkan acik handle kursus2 tu, maka acik tumpang le join sekaki dua kaki... ni le sebahagian dari kojo den kek kolej ni..nak details ttg apa2 sahaja kursus pendek, sila layari laman sesawang ini ----> KKHL

dan ahad....ada short course lagi..... dan aku menjangkakan yg aku akan ter'pengsan' esok ptg!

bak kata chem..'help...help...' !

15 April 2009

gitu lah gayanya..

suatu transformasi sedang berlaku!!!!!!!

" saya dah besar lah bu...."

"oh ye..ibu redha!"


nak cerita pasal chem ni kan..dia kan dah 3 thn. mmg dah latih nak free kan dia dari guna pampers. tapi jenuh gak la nak ajor dia ni. ada masanya mmg clean n clear lah. nak shishishi dia ckp. tapi ada gak masanya dia terlepas. tapi lately, byk kali lak dah dia terlepas. tu tadi pagi, borak dgn dia..

ibu : kakak, nak shishi ckp tau. kalau tak nanti babah marah.
(hehehehe ibu tak marah..tp babah yang marah!)

kakak: okeh...eh, babah tak de..babah keje!


oh, dia ingat hari ni babah takde..babah keje..so dia tak kena marah la??????
pandaiiiiii!

sengallllllll tahap gaban!

weh...pada sesiapa yg tengah tensen2 tu..moh baca menda ni! hahahahahahahah sengal tak sengalnya...aku jumpa ni kat blog mana tah..lupo!

Karektor Manusia Berdasarkan Kentutnya :

ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

14 April 2009

hapdet laju2 punya!


ditag oleh Jaja.. bakal photographer!


4 names that friends call U:
~yong ( sampai kekadang student panggil Pn. Yong jugak. even dlm meeting pun Pengarah panggil yong gak! adehhh)
~Suhaida (ni kalau dulu masa zaman kecik2, bila nak kena marah dgn abah, panggilan nama penuh ni lah yg keluar! gigil den!)
~Su (ada gak yang panggil 'su'.. adehhhh goli den oi!!!)
~ Bai ( ni panggilan masa zaman sekolah dulu! aku pun tak tau apa mulanya )

4 most important dates in your life:
~ 30 April = my anniversary
~ 11 Ogos = my bday
~ 26 Julai= babah's bday
~ 13 Mac= my only one princess punya bday


4 things you've done in the last 30 minutes:
~ tido ( aku bangun kul 6 am..pepagi ni je la aku sempat bukak tenet)
~ buka komputer..
~ tengok gambar2 kawan2 lama kat facebook. ohh dah lain semuanya diorang!
~ baca blog korang lah.tp tak sempat gak nak drop komen!

4 ways to be happy:
~ mengadap anak..dari sedih buleh happy giler!
~ shopping..terapi beb..terapi!
~ makan! esp cekelat!
~ tido! (kehkehkehkehkeh..dah korang tanya kat org kuat tido wat pe..)

4 gifts you would like to receive:
~ anak !
~ rumah yg bakal nak duduk bulan 5 ni, telah dipenuhi dgn perabot yang best2! hehehehehe siapa nak hadiahkan aku ni oii?????????? fully furnished gitu..
~ apa sahaja jenis buku!
~ cekelat banyak2!

4 of your favourite hobbies:
~ photography/editing
~ tido
~ masuk kedai buku..duk berjam-jam pun bulehhhhh!
~ shopping

4 places you want to go for vacation:
~ kalau ada rezeki, nak tunaikan haji... insyaAllah
~ apa lagi ek?? byk sgt ni tempat aku nak pergi...

4 things always found in your bag:
~ handphone
~ purse
~ pendrive
~ make up ( bukan apa pun,bedak muka + lipstick je)
~ perfume

(beg aku besar..sah sah la kan, penuh dgn barang..ni pun aku tak habis cerita ni tau! tu tak termasuk lagi notes, resit2 lah..gula-gula..kehkehkehkeh)

4 u love so much:
~ Babah
~ My princess
~ Mama Abah
~ Mak Abah


4 things 'special' for you:
~ bangga menjadi anak ayah dan emak..dan diorang pun bangga dapat anak cam aku! achu, ko jgn jelessss!
~ aku redha, ikhlas, suka hati dan riang menjadi isteri pd suamiku
~ aku bangga menjadi seorg ibu pd anak ku..
~ aku bangga dengan diri aku sendiri la....


nota kaki : aku nak tag ------> kak aimi, tun teja, mama ultra, achu, dan kak farah

11 April 2009

korang rasa betul tak?

EMPAT gambar yang dirakam Zamri Zain di ruang udara Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini menunjukkan objek bercahaya (dalam bulatan) yang didakwa UFO baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO).
Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

“Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru.Radar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini.

“Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita,” katanya.



nota kaki : emmm, wallahualam. hanya Allah yang Maha Mengetahui. tapi ia tak mustahilkan??


10 April 2009

"kegilaan" lama....

emmm...pada member2 fotopages dulu tu..mesti korang dah pernah tgk gmbr2 ni. sambil aku tgk lik kan, terpikir aku zaman-zaman kerajinan kita edit2 gambar kan? perghhhhh! masa tu memang tengah kemaruk scrapping la..download freebies tak hengat punya! kemaruk buat tutorial photoshop lah..selagi ada tutorial, selagi tu ar nak cuba! hohohohoho


tapi...sekarang...malas suda bah! erm...faktor usia kot..... oh, aku muda lagi lah !








Barisan Kabinet 2009


Perdana Menteri
YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

Timb Perdana Menteri
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Mejar Gen Datuk Jamil Khir Baharum

Timb-timb Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk SK Devamany
Encik T Murugiah (Senator)

KEM KEWANGAN
Menteri : Dato' Sri Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEM PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timb : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timb : Datuk Dr Puad Zakarashi

KEM PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timb : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timb : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEM PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timb : Datuk Hamzah Zainuddin

KEM DALAM NEGERI
Menteri : Dato Seri Hishamudiin Tun Hussein
Timb : Dato' Wira Abu Seman Yusop
Timb : Encik Jelaing Anak Mersat

KEM PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim
Timb : Datuk Joseph Salang Gandum
Timb : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEM TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timb : Puan Noriah Kasnon

KEM KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Dato' Seri Shafie Apdal
Timb : Datuk Hassan Malek
Timb : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEM PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timb : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timb : Datuk Saifuddin Abdullah

KEM PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timb : Dato Mukhriz Tun Mahathir
Timb : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEM SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Dato Dr Maximus Ongkili
Timb : Encik Fadillah Yusof

KEM SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timb : Tan Sri Joseph Kurup

KEM PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timb : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEM PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timb : Datuk Johari Baharum
Timb : Datuk Rohani Abdul Karim

KEM PERTAHANAN
Menteri : Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timb : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEM KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman bin Abu Mansor
Timb : Datuk Yong Khoon Seng

KEM KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timb : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEM BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timb : Datuk Razali Ibrahim
Timb : Encik Wee Jeck Seng

KEM SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timb : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEM PERDAGANGAN DLM NEGERI DAN HAL ELWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timb : Datuk Tan Lian Hoe

KEM PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timb : Datuk Lajim Ukin

KEM PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASY
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timb : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEM LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
timb : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timb : Datuk Lee Chee Leong

KEM WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Tim : Datuk M Saravanan


08 April 2009

aku suka lagu ni..

heloooo. haip! tajuk entry ni saja je ah! aku suka dgn lagu kat playlist aku tu. tu sahaja. alhamdulillah, chem dah sihat dah. terima kasih atas doa korang semua. walau chem hanya demam, tapi ia cukup buat aku susah hati..hati seorang ibu kan...

isnin lepas, aku join class @ Papier, The Curve..card making. mula ingat nak scrapping dulu, tapi disebabkan antara kami ada yang mahu buat kad bagi pelajar pada konvo nanti, maka ia didahulukan. next time, scrapbooking!

nak cerita byk pun tak reti. bukan aku hengat pun apa term-termnya! class selama 2 jam tu, langsung tak terasa lama bagi aku. duk ralit habis ngadapnya. alih2 terus terlebih masa. nasib tak dicaj lebih! soli ar teacher

ni lah teacher nya..apa tah nama..tak hengat!


sorry la, gmbr agak sungguh tidak memuaskan. grrr! aku la ni...oh sebut psl kamera,ni nak habaq, huhuhuhuhu kamera gedabak kami tu 'masuk ward' dah..ada problemo la....


tadaa, ni antara kad yang dibuat... nasib ar kan, buruk-buruk pun aku nak tunjuk gak kat korang. mostly kita guna kaedah stamping..ishh mcm2 alat gak la yg digunakan. aku tengah duk bayangkan, kalau lah buat kerja-kerja ni kat rumah, hai..boleh bayangkan si Chem tengah duduk tengah-tengah meja tu! tak dapek lah acikkkkkk oi!


kad yg kat atas ni, sebenarnya cikgu tu ajar nak buat design pokok. tapi aku tersilap stamping! terbalik. teacher tu gelakkan aku. dia ckp, aku buat pokok bakau! aku jawab.."ni abstrak cikgu." kehkehkehkehkeh


rama-rama dgn ayam comel tu pun guna stamping gak...


camner?? cantik ka???? ha, baik korang kata cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
muahahahahaha pocoyo poyo lah lu yong!


07 April 2009

chem demam..

chem demam lah. pagi tadi subuh, rasa badan dia panas sangat. dah susah hati dah. flu tak de. batuk pun tak. tiba-tiba demam! malam tadi nya, elok je dia main-main gurau-gurau. aku cuti hari ni. nak jaga chem. aku risaulah. pasal dia tak flu batuk pun. risaulah aku. tiba-tiba lak demam. ni chem tengah tido. tgk tarikan nafas nya pun cam tercungap-cungap. chem klu demam kuat, memang mcm tu. makan pun dia tak mau. minum susu pun sikit je.

tapi kan, mood tengok kartun tetap maintain beb! harap anak ibu cepat sihat ye! kakak kuat kan..

** ceria seperti ini **


06 April 2009

"kelas chicken chop"

meh nak hapdet cerita ceriti short course yang aku handle sabtu lepas. kursus main masak-masak "chicken chop". yuran : hanya rm20 hinggi saja ma... siap ada makan makan pagi disediakan. manyak murahkan?? kelas, hands-on..dah siap boleh bawak balik rumah.

kali ni punya class ada kumbang-kumbang tau. jaranglah kalau kursus main masak-masak ni spesies bapa-bapa, pakcik-pakcik nak datang. tapi kan,kalau kita tengok kat kedai-kedai makan pun, pi lah korang intai-intai kat dapur tu, tgk tukang masaknya..mesti dari golongan spesies lelaki ni kan? yang tukang amik order nya je la..gegirl2. rasa-rasa, kenapa jadi situasi gini ek? adakah orang lelaki lebih sedap masak??? eeee..jgn perasan lah!


ni geng2 bapak-bapak..ni pun dah duk pakat nak join kursus buat roti pulak minggu depan. tapi kalau tgk gaya en.hassan tu..macam org pro je masak tau!


time untuk menapau.. bungkus masing-masing punya bahagian, bawak balik rumah..

so, inilah antara kerja-kerja aku selain mengajar...Mon - Fri. weken-weken kena korban masa lah sikit..wat to do.. saya yang menurut perintah kan??

psst..kalau ada yang berminat nak sertai apa sahaja kursus yang dianjurkan..sila hubungi 03-87370037..


02 April 2009

strategi namanya bu...



anda kenal siapa budak berbaju belang merah ini???
ye..itu anak dara saya...

" eeeeee.. ibu ni!!! "

itu ayat dia sekarang. mana je dia dapat. kekadang kalau dia marah, dia guna ayat tu! errrrrr! oh, dah pandai marah ye.

korang tau kan, setiap hari kami 3 beranak rebut pc. hahahahahha. tak habis2 cerita ceriti rebut pc ek. especially aku dgn chem la.

nak tau, kami terutamanya aku la selalu kena cak-cak dgn chem tau. kalau time ibu nya ni duk ngadap pc tu, nanti dia akan mai perlahan-lahan kat kita, mintak suruh buatkan susu. pastu, bila kita bangun la nak buatkan susu..nak tau chem buat apa? nanti dia slow2 gi duk kat pc tu! ha, bila susu dah siap, tak mana mau nya dia minum. nanti dia kata, sambil sengih2...

"kakak tak nak..."

ada sekali tu aku ngintai le dia. nak tgk akalnya. aku pun pura-pura gi dapur nak buatkan susu, sambil tu aku jeling2 kat chem. tengok dia perlahan2 punya motion..sambil sengih-sengih dia tu..gi kat pc tu. ishhh..nak golak pun ado aku tgk..nak marah, terus tak jadi!

ha, cerdik tak cerdiknya dia...

adoi! ting tong aku! eeee, nanti ibu cubit..kiss kiss pipi dia! geram ibu tau...

01 April 2009

Tangan yang indah..

{dari keratan email yang aku dapat...}

Tangan Yang Indah

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...



" oh, hari ini aku agak emo sikit, akibat penangan flu ni agaknya ye ! haip, logik ka? "


aku terjaga...arghhh!

arghhhh! aku terjaga lagi.. lately tido2 diganggu selsema. di saat aku hapdet entry ni, jam menunjukkan pukul 3 pagi! asal pukul 3 je aku terjaga. rasa penuh giler dalam hidung aku ni tau! bila dah terjaga, apa lagi, mata tak leh nak lolap lah. on pc..ngadap tenet. aduh, tak best lah kalau hari2 cenggini. terganggu waktu2 emas tido ku..arghhhhhhhh! wat to do...

tadi tgh hari, teman members gi The Curve..nak gi kedai The Papier. diorang nak beli barang-barang nak buat kad untuk konvo students nanti. alang-alang ada kat sana tu..aku menggila jap tgk kad-kad yang chantek tu..stok kad lah..macam2 emblishment yg ada..yang cute2. last2, baik punya usha, aku tangkap satu kit album. oh, gambar tarak ada ye. aku tak sompek amik. tak plan pun nak hapdet blog kan. nanti2 dah siap..aku tepek lah siniiii! tah bila lah siapnya tu! kut iye siapnya. hiks! harap-harap aku ni konsisten lah ye. hahahahahaha

pastu kitorang register utk attend course kat kedai scrapping (Papier) tu. sehari kelas RM65. provided sekali dgn materials nya. oh, bikin ku tak sabar nak attend monday ni nanti...!

agak-agak best ke tak best ye....biasa kita men'scrap' guna digital je kan. ni nak try guna paper pulak. mampu ke aku ni? bkn kreatif pun!

ok la, nak kena paksa tido ni. kang tak pasal-pasal esok, cerita lain lak kuar.

chow!