Kes 1:
salam semua. salam hari rabu ye.. :) baru 3 hari aku mula kerja..aku dah rasa spt seminggu! rasa tenggelam dalam kesibukan kerja yang tiada kesudahan tu! tak sabar nak menunggu hari minggu. bila cuti panjang..rasa bosan pulak tak pergi kerja..tapi bila bekerja, rasa tak sabar nak cuti.. normal ke aku? hehehe..alahai, korang pun mesti serupa jugak kan! :)
kadang-kadang ada juga terfikir utk tak bekerja..tapi aku tak rasa aku boleh tak bekerja! kita dah biasa kan, ke hulu ke hilir, gerak sana sini..pandang kiri kanan, pandang depan tapi awas, jangan pandang belakang!!..nampak awan langit bagai...nampak orang sana sini. Tiba-tiba kalau menyepi duk di rumah..mahu rasa pelik nanti. tapi tu lah,mungkin sebab anak pun baru sorang kan. Kalau anak dah berderet..dah bersekolah bagai..pasti meriah kalau seharian kita duduk di rumah! :)
walau apa pun, nak tak nak..aku masih terus bekerja!
[ koleksi kertas-kertas tugasan students yang harus ditanda..tugasan yang beserta koleksi jenis tulisan yang pelbagai..sangat majmuk! aku pening!]
Kes 2:
pssst..cuba korang tgk? 2 kereta ni. ni kereta sepupu2 hubby. kejadian ni berlaku masa hadir ke rumah terbuka diorang minggu yang lalu. betapa hebatnya abang Din (cousin hubby) mem'parking'kan keretanya! :) tabikkk spring aku! toing! aku siap pergi ukur lagi jarak antara 2 kereta tu. tak usah kata sejengkal, sejari kelingking pun tak sampai!! (kalau jari jemari aku lah)..macam mana agaknya dia budget ye???? kalau aku sah-sah selamat punya!!!! :)
Kes 3:
Ucapan Takziah buat keluarga, saudara dan sahabat handai kepada pelajar aku, Farah Izzati binti Abdul Rahman, pelajar semester 4 Sijil Teknologi Maklumat, atas pemergian Allahyarhamah menemui Yang Esa, akibat leukimia, pada hari Ahad, sekitar jam 4.30@5.00 petang. Semoga Rohnya di tempatkan bersama-sama para salihin dan siddiqin. Al-Fatihah...kepadaNya jua kita kembali..