30 May 2009

Toddler Super Model Contest !


yeah...kalau anda mahukan Cik Chem kita ni menang,
sila lah vote kan cik chem ni ye..
terima kasihhhhhhh!


Cik Chem kita ni : no. 22

Cara nak vote????

Taip TSMC (under Score)vote(under score)01 (utk code peserta)
&
hantar ke entry DI SINI ye. ( di entry Mama Aqish tu...)

Contoh : TSMC_vote_22

So undian start 28hb May 2009 jam 4.01petang sehingga 31hb May 2009 jam 11.59 malam....

*
*
*
*
*


chem masuk contest! heheheheh ibunya ni yang over excited. saja aku join contest ni. mana tau kut2 ada rezeki kan? jarang jugak aku dapat pree time gini nak join2 contest2 ni. tapi tah nape aku rasa contest kali ni agak menarik gak...contest ini adalah anjuran Mama Aqish. baru je nak berkenal-kenalan dengan mama aqish ni. untuk join contest ni kena jawab dua soalan :

1. Kenapa saya suka baca blog Mama Aqish?
oh, sebenarnya pun..ni baru nak berkenalan-kenalan dengan mama aqish ni dengan anaknya yang comel sangat tu! dan mama aqish ni juga suka buat contest kat blognya...

2. Kenapa anak saya mesti dipilih sebagai pemenang?
aduhh soklan ni yang terasa payah nak jawab ni. dah la rasa perasan nak jawab..hahahahah tambah lak gambar tu pun bukan tuan punya badannya..hehehehe. ok lah, bagi pihak tuan punya badan yang tak tau apa2 tu, rasanya kan, chem patut menang pasal dia ni kan amatlah susah nak bergaya sakan depan gambar kamera..jenuh nak suruh sebenarnya. kiranya ni antara gmbr2 yang aku rasa bertuah sangat dapat capture! hehehehee buleh bg jwpn cenggitu????

3. so, inilah 3 gambar yang aku rasa nak tepek kat contest ni...semuanya bukan gambar2 yang latest pun...
Nama : Chempaka Batrisyia bt Shahrul Aszuan
Nama paggilan : Kakak, Chem, Ticha, Dik Aka
Tarikh lahir : 13 Mac 2006




Terima Kasih semua !!!!


28 May 2009

PONEY warehouse sale


terjah PONEY warehouse sale @ South City Plaza Seri Kembangan (28/5 - 1/6). tak gi lama pun. kejap je.beli pun 3, 4 helai je. tu pun lik awal..mintak member tlg bayarkan..panjangnya beratur mak aihhhh! perghhh ramai tul orang! tak rembat byk mana pun, plan nak cari gaun utk raya, tapi tak jadi pun..pasal rega baju mcm gaun2 sama je cam rega kat butik atau parkson..less pun dalam 50% aje... choice pun tak banyak. ada gak la baju2, seluar2 rega dalam 10-15 hinggit...yg saiz 7 yrs ke atas byk gak choice nya..tapi susah tul nak cari saiz utk 3-4 yrs punya.. kena pandai korek dan korek..hehehehehehe. itu yang aku tak reti tu!


27 May 2009

sempat lagi tu...

*gambar dari mr. google*

yeah! satu lagi lens berjaya disambar! Sigma 18-200mm (Nikon).
duk usha barang-barang utk rumah...alih2 ter "rembat" ni pulok....


23 May 2009

emmmm.....


teratak kami yang baru (area Kajang), dah diserah kunci! suka memang lah suka.tapi tu le..sebelum masuk melangkah, kena buat tambahan sikit dulu.plan nak buat yang asas-asa je dulu... emmm, duit yang sememangnya ciput ni rasa macam air je mengalir nanti !


tapi kan yang paling best..dekat dengan tempat kerja!!! 2 - 3 minit buleh sampai! yahooooo..itu yang pentingggg!


21 May 2009

chem yang kini...

wahaaaaa...gambar terkini cik chem kita. lama dah tak interprem dalam kamera. sekali interprem..ha, macam-macam aksi keluar! paling yan cik chem suka..buat posing ala-ala princess yang gedik2 gitu.. mana dia belajar tah !

makin tembam kan? pasal sekarang dia kuat makan wo!


ni lah aksinya. kalau kita kata dia cantik..wah, macam princess...
layannnnnnn kan aje!



oh, ni kawan baru chem. fish kaler oren n fish kaler blue black.


tetiba semalam, masa amik chem kat rumah pengasuh....

chem : (sambil berbisik2..cakap perlahan2 gitu) bu...pak ngah beli keta baru!

ibu : aik..pandai gak menjoyah yek....



p/s : pak ngah tu jiran depan rumah pengasuh chem.

attention...!


Memandangkan tuan rumah agak bosan dengan
keadaan persekitaran blog nya ini,
maka suatu proses pengubahsuaian sedang dijalankan..
buat sementara waktu..
harap maklum..
sebarang kesulitan amat dikesali..

cheeeeeewah!


19 May 2009

pengalaman baru..

salam semua! ye ye ye mood berblog kembali. tapi tah lama tah tak tau lah. minggu ni exam dah mula. so, tunggu turn jaga exam lah. kepada students..good luck! buat baik-baik..especially yg final sem..kalau tak,kita jumpa lagi semester depan! ahaks! ada mau?????

oh ye..pagi semalam..isnin, aku ada short course. kelas Adobe Photoshop. kali ni kelas lain sikit lah. kelas untuk young prisoners @ Penjara Kajang! wah..memula giler punya takut nak masuk..last2..rasa interesting pulak beb! short course ni di bawah projek masyarakat prihatin. mereka ni diberi pelajaran..belajar seperti dalam sekolah..dibekalkan dengan sijil SPM , dan segala sijil2 kemahiran especially kemahiran komputer.. macam-macam perasaan aku tika tu. takut..blur..tapi excited pun ada gak.. nak tau macam mana kehidupan mereka dalam sana. pertama kali aku masuk class tu, dan bila aku tengok wajah2 mereka..terdetik rasa sayu..sedih..terkilan..dah macam2 dah perasaan aku masa mula-mula tu. jangan tak tahu, sebilangan besar dari mereka ni..cerdik2 dan kreatif orangnya...cepat tangkap apa yang kita ajar.

apa yang aku harapkan, semoga apa yang mereka pelajari sepanjang mereka menuntut di dalam sana..mereka berjaya mengunakan ilmu itu sebaiknya..dan ke jalan yang betul bila dah keluar nanti..

p/s : gambar tarak ada..dalam sana tarak buleh bawa masuk apa2 barang..kecuali keperluan untuk kelas..


14 May 2009

kali pertama punya..

salam kesegaran buat semua! ye..aku perlukan sgt kesegaran itu. rasa best klu ngeliat habis-habis. bulan mei ni mmg bulan yang sangat-sangat membizikan aku. semuanya bulan mei..bulan yang hanya ada 31 hari..tapi macam-macam nak diisi! aduhhhh..rasa tetiba verangan2 duk tepi pantai..terasa2 hangen sepoi-sepoi gitu meniup..perghhhh! bila tah nak rasa ni? ohhh aku perlu rehatttttt!

eh lupa nak cerita. ni gambar2 utk 'kerja' pertama kami. dunia fotografi yg baru kami gatal2 nak ceburi. Hari sukan tadika wawasan gemilang @ rawang. tadika ni milik boss babah..tu yang babah saja nak inteprem tu..ngeh ngeh ngeh.


eh, yg duk depan sekali tu..berbaju merah..rambut pjg tu anak Din Beramboi!





ermmm tarik nafas...umph! moh kita sambung kerja! kerja hakiki...

ye..kembali mengedit!





saya baru belajar ilmu baru ni..
menggunakan gabungan Photoshop + Photomatix Pro 3.0
kekonon nak tiru style Dave Hill..
cam jadi..cam tak je ni!

btw, tenkiukkkk babah..atas pelajaran yang diberi!


12 May 2009

jom jalan..


chem : bu..nak jalan-jalan!

ibu : kakak nak pergi jalan mana?

chem : emmm..jalan kaki!

ibu : ?????????

(tak sangka betul dia boleh bagi jawapan cenggitu... adehhhh)


11 May 2009

yeyeyeyeye

baru terima cek nuffnang..kali pertama..lama dah nak cash out kan. walau amaunnya tak banyak..bukan riban2 pun mcm org lain. tapi kira dah excited tu. rasa jakun pun ado. yo lah..hapdet cerita syok sendiri kat blog, pastu tetiba dapat duit..ngeh ngeh ngeh..

sapo nak bagi?

punya lah excited, akhirnya cek tu tertinggal kat umah omak den @ seremban. btw, thanks lah nuffnang ye..lain kali kasi byk lagi!

iklan jap..

kalau nak dengar..sila PAUSE dulu saya punya gadget music tu ye..
to kak aimi...dah tonton lum? :)

eh, nak tanya..ada sesiapa tahu kalau blogspot ni, leh tak buat entry yang leh ada password protected??

10 May 2009

selamat hari ibu + mama..


budak yang duk tengah tu, declare tu kek besday dia! :)





sempena hari ibu + mama...
dan ulangtahun perkahwinan mama dan abah yang ke 30..


semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik buat keluarga kita!
dan mama...mama mmg yang terbaik buat kami..

07 May 2009

kesayangan mereka..

ini opah..makngah n achu chem...


diorang ni lah 'rakan' karib chem...



paling chem rapat..tu dgn makngah nye..


kegembiraan opah bila jumpa cucu!


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini!



06 May 2009

sila baca..

dipetik dari blog kak Red

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Whoever this person was, took the little girl, brought her into the bathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it’s easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn’t take any chances.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

BE SURE TO FORWARD THIS TO EVERYONE, SO THEY REMEMBER JUST HOW SICK PEOPLE ARE OUT THERE !

- forwarded email

05 May 2009

jom cuci mata sat...

lokasi : pinggiran kawasan genting highland
gambar-gmbar ni saya ada publish di chem's art.





tapi kan lagi mencabar klu amik gmbr kanak-kanak kan..
depa ni tak pegun..asyik gerak sana sini..
aku mmg respek la mereka2 yang terer shoot moments kanak2 ni..!

kami budak baru belajar....

04 May 2009

lalalalalala

Salam ceria! ye..aku harus ceria. walau dalam kepala ni berputar-putar 1001 apa benda tah. final exam dah makin hampir. silibus kena dihabiskan segera. segala assessment melambak nak ditanda! ohh relax yong..relax...tarik nafassssss! ummphh..puh! kasi buang jauh-jauh aura tensi tu! shoh..shoh..

lately aku sangat-sangat teruja dengan chem. banyak betul karenah dia yang bikin aku sangat-sangat teruja. oh syok sangat bila borak dengan dia.. punya excited nak berborak..sampai tersembur-sembur..!


ibu : kakak dah besar kan...kakak pergi school ye..

chem : emm ok.

ibu : kakak pergi school naik bus tau..

chem : emmm..ok

ibu : kakak nak naik bus dengan siapa?

chem : dengan kawan..cikgu

ibu : kakak bawa beg kan gi school?

chem : yes

ibu : apa ada dalam beg?

chem : menan!!!!!!!!!!

ibu : ha???? menan buat apa????

chem : (sambil sengih-sengih je..)


02 May 2009

untuk awak..untuk saya!


(sambil mengenangkan zaman-zaman dulu-dulu kala)
saya sedang senyum tersipu-sipu ni!

:)



terima kasih di atas ucapan korang semua. semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya..




cupcakes yang sungguh kiut miut ini, saya order dari kak Pnut.. nyummy lah !

"munga buat ibu dan babah"


gembira bila hadirnya orang-orang yang kita senangi di sisi..
kadang-kadang kita tak sedar yang kita ini di kelilingi oleh mereka yang begitu istimewa sekali..