25 June 2008

Langkah Menjimatkan Penggunaan Petrol

Harga minyak yang naik mendadak memang memberi kesan kepada masyarakat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Jika anda mempunyai kereta, amalkan langkah-langkah berikut untuk penjimatan petrol.

Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, spark plug dll)
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan “roof carrier”
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit

Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 – 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan “roof carrier” apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit

Sumber ini dicilok dari : waghih.blogspot.com

4 comments:

  1. ye betul..sy sokong..sy pun mmg dah mula lama gak dah bw kurang pd 100km/sj ..mmg bkesan la..pastu buh minyak pg2 atau mlm nak2 lepas ujan....hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam,

    akak lagi jimat. dah tak drive sekarang. car pool :)

    selamat menonton filem sepi :)

    ReplyDelete
  3. good info yong thanks..
    nmpknya ptg kan kena isi angin..angin kurang..hehehehhe

    ReplyDelete
  4. sue : hehehe tapi kekadang geram gak nak bawak bwh 100km/j hehehe

    ummi : selamat nonton buat akak juga...happynya...

    atty : isi atty..isi..jgn tak isi...hehehehe

    ReplyDelete