21 June 2008

Filem Sepi...


Filem SEPI

agak2nya best tak filem ni?
aku mcm rasa best lah..
sambil aku menaip blog nih..sambil aku mendengar muzik instrumentalnya....
syahdunya aku rasa....
sambil aku pejamkan mata...aku mendengar iramanya..
emmmmmmmmmmmmmm............
aku rasa seperti di awang-awangan....serius tak tipu...
dasat gilerss aku!

kalau nak dengar, sila klik link di atas tu...


Sinopsis ni aku petik dari blog TipahVogue...

Kisah ADAM
Adam, seorang pembuat kek yang berjaya, sering mendapat tempahan kek untuk majlis perkahwinan. Semua orang asek jemput dia gi kenduri, tapi kenduri dia takde pon lagi. Hidup dia agak sepi. Sepi dengan cinta. Suzie cinta padanya, tapi otaknya ada skek 'weng'. Satu hari, Adam telah terpikat pada seorang gadis yang memakai bunga kamelia di rambutnya. Siapakah gadis tersebut? Berjayakah Adam menawan gadis pilihannya itu? Bagaimana dengan Suzie yang amat menyayangi beliau?

Kisah Sufi
Sufi, pemilik kilang kasut Road Runner - memiliki segalanya dalam kehidupan. Punya isteri yang cantik dan anak yang comel. Namun, satu tragedi telah berlaku dan merenggut segala kebahagiaan yang dimiliki. Sufi hilang arah. Sehingga dia bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya mengubati kesepian yang melanda. Apakah tragedi yang menimpa beliau? Siapakah gadis yang berjaya merawat luka di hati Sufi?

Kisah Imaan
Imaan, pelajar kolej yang gemar dengan dunia sastera. Telah menulis skrip dan mengarah sebuah teater yang bertajuk Sepi. Ean memegang watak utama teater tersebut. Imaan tidak berpuas-hati dengan sikap sambil lewa Ean. Ean telah berusaha sedaya upaya untuk belajar teknik yang betul dari Imaan - sehingga menimbulkan bibit cinta. Namun hati Imaan telah dimiliki Khalif. Antara Ean dan Khalif, siapa yang berhak bertakhta di hati Imaan. Dimanakah letaknya kesepian yang dialami oleh Imaan?



*babah..kita gi nonton nanti ya....plz...

4 comments:

  1. member aku kata best..dia dah g tgk preview.. jom pakat g tgk jom! psssttt..ubah le link kat nama ku tuh...ko pun tau kan..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Bonda Humaira : ha dah set dah..hari khamis tu gak aku nak gi tgk... muahahaha. Sila sediakan tisu yek..

    ReplyDelete
  3. tengok jangan tak tengok! jgn lupo bawak ticu skalik ek?!?! :p

    ReplyDelete
  4. tipah : hehehe dah mmg standby ajek ticu nye...kalau tak nangis gak tak tau le.. :p

    ReplyDelete