19 December 2012
# petang-petang begini..
05 December 2012
# Pray for Gaza
23 October 2012
# ........
10 September 2012
# Blues bertukar...
dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji
kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah
jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan
mandikan jenazah kamu..
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then
ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz
tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah
suaminya..
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan
abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat
nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang
mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah
beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi
pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda
untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang keluar
mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2
untuk mencari sesuap nasi ,terima kasih abang...moga Allah beri kau
kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya
dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi
isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku
bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri
redha akan pemergianmu kerana kasih syg Allah pd mu."
Ya Allah..menitis airmata membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
gila tak sedih??? saja je kan..
01 August 2012
# ZzzzzZZzzz
mak jemah mengantuk di ofis. menguap juta-juta kali.
tidur bawah meja kejap lah. shhh, jgn ganggu mak jemah ye.
#sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dgn cerita mak jemah
17 July 2012
# balik kampung
di kampung memang aman sungguh rasanya kan. sunyi dari hiruk pikuk kenderaan yang bertali arus yang datang entah dari ceruk mana. dari sakit telinga dengar bunyi motor, kereta berderum-derum, baiklah dengar bunyi cengkerik, ayam itik. lagi merdu!
petang-petang sambil hirup2 dan sedut2 angin kampung..jangan sampai kembung udoh lah ye.
makcik kat kampung juga selalu buat asam keping dan jual. pokok asam gelugor memang keliling rumah dan dusun. senang teman dapat bekalan asam keping yang segar, yong!
dan ini telur itik masak gulai cili api. semua bahan-bahan boleh capai dari keliling rumah sahaja. telur itik, santan, cili api, kunyit hidup, serai daun kunyit.. kalau di bandar, tgh2 masak tiba- bahan tak cukup, mau aku gantung semula piuk tu, tak jadi masak!
seronok dan senang kan duduk di kampung? heee.
11 June 2012
# Masak bsama Kak Chem
kenyang ibu dengan anak makan kek cawan dan donut hujung minggu! nyummm. uolss nak tempah ke dengan kak Chem?? hahaha.
31 May 2012
# Lapar
ini antara koleksi gmbr menu2 yang bjaya dimasak semasa duk sebulan di Dubai dulu. baru hari ke 3 di sana, dah mula muak dgn menu mak arab ni. heeee
udang kari. perghhhhh
kat arab tak dak kicap best weh
gasak lah habis semua aku buat msk lomak cili api. mak kan tekak kampungggg. :p
22 May 2012
# Pastikan Kesahihan Hadith Tentang Rejab
Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Soalan:
Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?
Jawapan:
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu … iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.
Oleh kerana itu ia dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya…terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang memberitahukan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah “oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba ‘, kitab Kasful khafa ‘ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-’Ajluni…dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya. Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.
Wallahu a’lam
KEPALSUAN HADIS REJAB
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Seluruh pujian hanya kepada Allah semata. Salam sejahtera kepada Nabi dan ahli keluarga beliau.
Setiap amalan dalam Islam mesti berdasarkan kepada sumber yang sahih sahaja iaitu al-Quran dan sunnah Nabi yang asli. Umat tidak dibenarkan mengambil sebarang hadis palsu dalam urusan agama. Sebaiknya umat dapat mengenali hadis palsu mengenai amalan bulan Rejab. Bahawasanya bulan Rejab itu adalah bulan yang agung yang diberikan gandaan kebajikan-kebajikan padanya. Siapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka seakan-akan dia berpuasa setahun. Siapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab ditutup padanya tujuh buah pintu neraka jahanam. Siapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibuka padanya lapan buah pintu syurga.
Barang siapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab itu maka dia tidak meminta sesuatu pada Allah melainkan diberikan padanya. Siapa berpuasa bulan Rejab itu selama lima belas hari nescaya berseru suara daripada langit, sesungguhnya engkau telah pun memperoleh keampunan atas dosa yang telah lalu, maka memulakan amal kamu. Pada bulan Rejab Allah membawa Nuh dalam bahtera. Nuh berpuasa dan menyuruh orang-orang yang bersama-sama beliau dalam kapal supaya berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Bahtera belayar selama enam bulan lalu berlabuh atas bukit al-Judi pada hari ‘Ashura’ . Pada bulan Rejab itu Allah menerima taubat Adam dan juga taubat penduduk bandar Yunus. Padanya lautan terbelah untuk Musa dan padanya diperanakkan Ibrahim dan Isa . (Idris: 523)
Siapa menghayati satu malam dari bulan Rejab itu dan berpuasa sehari nescaya Allah memberi dia makan daripada buah-buahan syurga, memakaikan dia dengan pakaian-pakaian dari syurga serta memberi dia minum dari arak yang terpilih yang dilak tempatnya, kecuali orang yang melaksanakan tiga perkara, orang yang membunuh jiwa, atau dia mendengar orang yang meminta tolong pada waktu malam ataupun siang hari akan tetapi dia tidak menolong orang tersebut atau orang yang saudara dia mengadukan sesuatu kehendak padanya tetapi dia tidak melapangkan kehendak itu. (Idris: 524)
Rasul Allah telah berkhutbah kepada kami sekali Jumaat sebelum Rejab, dan beliau bersabda, wahai manusia, sesungguhnya kamu telah diberikan perlindungan oleh satu bulan yang agung, bulan Allah yang pekak, padanya diberikan gandaan kebajikan, padanya terkabul permohonan-permohonan dan padanya hilang segala kesusahan, dan juga tidak ditolak satu pun permohonan orang mukmin. Maka siapa yang berbuat kebajikan pada bulan tersebut akan diberikan gandaan padanya beberapa kali ganda dan Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang Dia menginginkan.
Oleh itu, hendak kamu mendirikan solat pada malam dan berpuasa pada siang. Maka siapa yang bersolat pada satu hari dari bulan Rejab lima puluh rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat apa yang mudah untuk dia dari al-Quran maka Allah mengurniakan dia kebajikan-kebajikan sebanyak bilangan genap dan bilangan ganjil, dan sebanyak bilangan rambut dan bulu. Siapa berpuasa sehari maka Allah akan menulis buat dia dengan puasa itu sebanyak pahala puasa setahun. Siapa yang menjaga lidah pada bulan Rejab pasti Allah mengajarkan hujah semasa pertanyaan Munkar dan Nakir. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah padanya maka itu menjadi pembebasan dia dari neraka. Sesiapa menghubungkan perhubungan pada bulan Rejab pasti Allah menghubungkan dia di dunia dan akhirat dan membantu dia ke atas musuh-musuh semasa dia hidup. Sesiapa melawat seseorang yang sakit pada bulan Rejab maka Allah akan memerintahkan pada malaikat Kiram supaya menziarahi dia dan memberi salam padanya. Siapa yang bersolat ke atas satu jenazah pada bulan Rejab seakan-akan dia menghidupkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditanamkan hidup-hidup.
Siapa memberi makan seorang mukmin dengan satu makanan pada bulan Rejab Allah meletakkan dia pada hari kiamat atas satu hidangan bersama Ibrahim dan Muhammad. Siapa memberikan satu minuman air pada bulan Rejab maka Allah memberi dia minum dari arak yang terpilih dan yang dilak tempatnya. Sesiapa memberikan satu pakaian kepada seorang mukmin maka Allah memakaikan dia dengan seribu pakaian dari pakaian-pakaian syurga. Siapa memuliakan seorang anak yatim dan mengangkat tangan atas kepala (mengusap rambutnya) maka Allah memberi dia keampunan sebanyak bilangan rambut yang disentuh oleh tangan dia. Sesiapa beristighfar kepada Allah sekali pada bulan Rejab nescaya Allah memberikan keampunan. Siapa melakukan tasbih sekali padanya ataupun dia bertahlil sekali tahlil nescaya dia dicatat di sisi Allah dari golongan orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah. Sesiapa yang mengkhatamkan sekali khatam al-Quran pada bulan Rejab, dia dan bapa dia masing-masing akan dipakaikan dengan sebuah mahkota yang bertatahkan mutiara dan al-marjan dan dia terselamat dari kejutan hari kiamat. (Idris: 536)
Semua hadis di atas adalah hadis palsu mengenai bulan Rejab yang dinyatakan oleh para ulama hadis. Jikalau dilihat pada hadis tersebut akan kelihatan betapa banyak maklumat yang bertentangan dengan fikiran manusia yang waras di mana ganjaran yang ditawarkan sangat berlebihan berbanding dengan amalan yang dibuat. Adapun perkara sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak mudah diterima oleh akal yang sihat. Sesungguhnya Islam mengharamkan merujuk kepada hadis palsu dalam apa jua bentuk ibadat kerana ia hanya mencemarkan kesucian Islam. Allah yang Maha Mengetahui. Dengan harapan penulisan ini bisa memberikan manfaat.
Wallahu a’lam.
Sumber: Idris, Abdul Ghani Azmi, Himpunan Hadis Dha’if Dan Maudhu’, jilid 1, (Kuala Lumpur, al-Hidayah: 2006).
*dipetik dari smartsufi.com
18 May 2012
# Apa cerita pun tak tahu
salam sejahtera kpd kawan-kawan semua. ececeh formal habiskan. sudah lah. keluarkan diri dari beban kerja sebentar. mari kita enjoy.
enjoy lah sangat. :p
takde idea lah nak update belog. ini pun saja sebab kesian tengok belog sendiri. kesian lagi pada tuan tanah belog ni. ada belog, tapi takde idea nak bercerita. baik tutup je lah belog ni wahai tuan tanah.
dalam kepala ni ada macam-macam yang difikirkan sebenarnya. nak juga cuba luahkan dalam blog picisan ni. tapi apa kan daya, tak mampu pula. lebih enak kalau disimpan rapi dalam kotak fikiran ni. kot dikeluarkan, lain pula terjemahannya. adoi tuan tanah, sudah lah dengan karut mengarut tu. kalau karoot komedia lawak lah juga! :p
sebagai penutup, mari lah tuan tanah nak tunjuk gambar-gambar aktiviti cik Chem. selain aktiviti standard dia makan, tido, main, tgk kartun, main tab, main henpon, cium2 ibu, mintak susu berbotol-botol sehari.
ini cubaan Chem buat fridge magnet sendiri.
setelah adunannya dibancuh dan dikeringkan, maka ini lah hasilnya. kura-kura tu agak cacat lah sedikit. haha
menonggeng2 cik Chem warnakan. ikut suka dia je tu.
tu dia. dah siap. tu pun di 'touch up' semula oleh makcik2nya. baru ada rupa. haha. bagus. lepas ni, buat sendiri FM utk negara2 di serata dunia. ha kan senang, tak perlu pergi utk dpt kan FM dah. hahaha
sekian, terima kasih.
27 April 2012
# Love You A Thousand Times
Love You Thousand Times. best ceritanya. sejak bila lah kan terpikat dgn drama Korea ni. makin lama makin suka. yang aku perasan, klu drama Korea ni susah untuk jumpa scene yang ganas2 melampau. org2 nya juga nampak tertib dan sopan. lemah lembut kata. itu juga antara sebab mengapa aku terpikat dgn cerita2 mereka. terasa2 dibawa2 deru angin berlalu. acecehhh.
untuk lebih lanjut tentang cerita ni, boleh klik sini. nak ulas lebih2, cerita tak habis lagi. lagi pun, mahu 100 hari 100 malam tak habis cerita.
apa pun, cerita ni mmg best. lama dah cerita ni sejak 2009 lagi. alo, baru sekarang aku tahu. hehe. kita cari vcd, jom. tak pun, kita pergi jalan-jalan ke Korea, nun! hahahahaaa.
24 April 2012
# Upin Ipin the Musical
16 April 2012
# Iklan3
iklan.
takde niat nak update blog pun. tapi disebabkan line internet yg sangat mengecewakan, nak upload file, nak download file, nak itu nak ini. semua nak kena ber email2 sekarang ni. nak canggih sangat kan? akhirnya melambatkan kerja aku.
tp nak buka YM, nak buka blog ni laju pulak. ohohohooo aku memang buta IT lah!
dah. sambung kerja semula. okbai.
12 April 2012
# Bday Chem di Dubai
kita cerita dulu ttg bday kak Chem. kebetulan juga kami ada di dubai masa tu. birthday nya 13 Mac. apa lagi, abah pun dekat, dan kawan2 abahnya pun pakat buat sambutan kecil2. seronok lah kak Chem tu. dgn besfren nya pula, Arissa.
malas nak cerita panjang lebar, kita tatap gambar je. dlm FB pun melimpah gambar2nya. nak tengok lebih, pergi FB.