10 September 2012

# Blues bertukar...

boleh tgh hari bluesss si Isnin ni dpt email (frwrd) dari babah..

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapa mertua
dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji
kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah
jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan
mandikan jenazah kamu..

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then
ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz
tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah
suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan
abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat
nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang
mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah
beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi
pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda
untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang keluar
mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2
untuk mencari sesuap nasi ,terima kasih abang...moga Allah beri kau
kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya
dan berkata "terima ksih abang kerana aku bahagia sepanjang mnjadi
isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerna meninggalkan aku
bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang isteri
redha akan pemergianmu kerana kasih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

*dari perut rasa lapar, terus rasa kenyang yang amat-amat.
gila tak sedih??? saja je kan..


3 comments:

  1. I dh bc kt FB... sedih kan?

    Mampu tak kite seorang wife nk wat gitu gaks???

    Slaam belated Aidilfitri Yong & Chem. Muaahhhss

    ReplyDelete
  2. salam Nur. la..lamanya tak dgr cite. :)

    slm aidilfitri juga ;)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete