19 December 2012

# petang-petang begini..

lama nampaknya belog ni terbiar. nak tutup terus, sayang. biarkan aje. rasa-rasa nak bercerita, kita update lah. heeee.

tiada yang kebabom. semua berlalu seperti biasa. hidup semakin menarik. kerana makin lama, macam-macam perkara kita boleh jumpa. itu yang jadikan hidup ni menarik. tertarik. dan mee tarik! haha. 

dah nak berlalu pun 2012. menginjak pula usia. apa yang dah aku capai? gila cliche. tak pernah pun ada azam yangn serius. semua main-main. hehe. susah kalau hidup nak terlalu serius. bukan tak ada matlamat, tapi..cool lah. jangan kalut. jangan obses. usaha tetap usaha. ada rezeki, ada. kalau tak ada, sila cool lagi. heeee. 

Chempaka dah nak masuk sekolah tahun 1; 2013. kena bersedia. anak dah mula sekolah. cabaran mendatang kita tak tahu. ibu kerja, anak sekolah. apa jua, semoga Chempaka anak ibu ini, sentiasa di bawah rahmatNya. berjaya di dunia juga di akhirat.

mari kita tengok akak Chem ni berbaju sekolah. :)


3 comments:

  1. Replies
    1. comel klu senyum. klu mengamuk..hilanggg :)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete