26 January 2011

smart mental arithmetic


Chempaka sudah mula belajar mental arithmetic di sekolahnya. apa dia smart mental arithmetic ini? saya juga kurang arif. tapi ada sedikit fact tentangnya yg dipetik dari SINI seperti ini:

Secara asasnya smart mental arithmetic adalah subjek yang membantu pelajar untuk lebih mahir dalam nombor dan pengiraan. Kepentingan dan faedah pembelajaran melalui smart mental arithmetic adalah:
  1. meningkatkan daya tumpuan dan kreativiti;
  2. percepatkan kelajuan membaca dan refleks;
  3. mendidik dan melatih anak-anak untuk sabar, berhati-hati serta bersedia mengikut arahan;
  4. melatih kemahiran motor halus; dan
  5. untuk menarik minat anak-anak terhadap nombor dan matematik.
Pada masa yang sama smart mental arithmetic juga turut mengajar pelajar cara dan kaedah menggunakan abacus atau sempua iaitu alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik.

utk details, boleh singgah ke SINI atau SANA

chempaka dgn comel2 abacus @ sempuanya.

oh, ibu pun harus refresh semula sempua ni. sudah ingat-ingat lupa. sekarang semua sibuk menggunakan kalkulator. semua sudah disediakan. mungkin kerana itu mind kita mcm agak perlahan berjalan.

2 + 2 pun mahu juga guna kalkulator ;)


itu dia. hari-hari tergolek bersama dgn botol susunya ;)
ibu sayang awak!


8 comments:

  1. ok ke chem ngan smart mental arimetik ni yong? adoiii aqil nih mls sket la...jenuh nak ngajo nya..time rajin, rajin bebenor time mls tu eeeee sabor je la..alooo dah x reti la gne kira2 biji2 tu...blurrr

    ReplyDelete
  2. dulu mmg wajib preschool gune ni sbb thn 1 dah guna.skrg nampak dah dimansuhkan balik tataw nape.

    ReplyDelete
  3. kalau tak silap aku yong..
    benda tu bagus....
    anak2 cepat belajar..and matematik tu jadi mudah pada diaorg.....main congak2 jer....

    aku nie kira ok lagi ler bab nak mencongak....bab2 no...tp bab nak mengingat ayat..mmg dah kedaung dah..cam tepu jer....

    ReplyDelete
  4. yantz: so far. ok. minat ada. hari2 duk mengira. aku suka math, harap2 chem pun sama nanti hehehe

    ReplyDelete
  5. bibu: tgk kat sekolah2 skng, budak2 thn 1 ada sukatan yg memerlukan diorang menggunakan sempua ni.

    ReplyDelete
  6. zana: yups. tapi tu lah. dulu aku penah belajar. la ni dah ingat2 lupa hehe apa da..

    ReplyDelete
  7. menarik, tp link yang maklumat lanjut pasal abakus mental ni dah xdela. sy nk buat preview jugak. yg terbaru EZCount China. Universiti Malaya yang anjurkan program ini. sama ke?

    ReplyDelete
  8. As salam. Modul yg cempaka guna tu modul syarikat akk...IQMA Training S/B. Alhamdulillah..kami ( ex uitm) sdh 17 thn mengajar anak2 jg org dewasa kmahiran mental arithmetic ni...

    ReplyDelete