28 August 2010

gelagat nak raya

dah nak raya ek? counting, counting dan terus counting! haha. sudah membeli dan membelah ke untuk eid ni? seperti tahun2 yg lalu, keutamaan adalah pada anak. ye. semuanya fikir anak. top to toe. ready!

tak sampai 2 minggu lagi kan. chem pula semakin tahun semakin dah mengerti kegembiraan beraya. excited sungguh dia. kasut raya, dari detik dan saat dibeli, hinggalah detik ibunya ini menaip cerita ini, dan mungkin di saat korang membaca entri ini, masih tak habis2 'dok try' kasut rayanya! keliling rumah berkasut. keluar masuk kasut tu dari kotaknya.

ishh, kena sorok kasut ni! ;)

samalah kan dengan ragam kita kecil-kecil dulu. baju raya, entah berapa kali cuba pakai. kasut raya pun entah berapa kali tenung. entah berapa kali cuba. haha. dah tua-tua ni, hilang pulak ragam tu ek? ;)

bila tanya pada chem, raya tu apa kakak? chem jawab..

"raya tu pakai kasut raya lah ibu!"

:p


11 comments:

  1. ha ha ha..boleh aku bygkan dia dok ralit cuba kasut raya dia tu yong....sure dia excited nak raya kan...

    betul kan..cam kita dulu2 gark..sampai mak aku marah asyik dok try baju raya tak sudah2....
    pastu pagi raya..giler bangga perasaan pakai baju raya..dlm hati nie dok berkata " baju raya aku paliang cantik" ...padahal.....sama jer ngan sepupu2 yang lain...

    ReplyDelete
  2. nice shoes..

    kt time kecik2 pon gitu..tak sabr nk pkai baju raya.. hehe

    ReplyDelete
  3. zanna: tak tahu lah bertahan sampai raya ke tdk kasut tu. smlm dah ada cubaan pakai kat luar rumah. nasib aku perasan..adehhhh ;)

    ReplyDelete
  4. farra: haah. kita semua ms tecik2 tu lah juga ragamnya kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. wawa: susah nak jumpa barang chem yg colornya selain pink..huhuhu ;)

    ReplyDelete
  6. haha..tapi serius memang cantik kasut yong tu..
    tu yg kak ina tak tunjuk pada jannah dulu..kalo tak selesai ler..bukan jadi kasut raya,,
    yong, isi tak dh 44 tu?

    ReplyDelete
  7. dah ...hari isnin hari tu.
    ntah..kak iena pun tak confident.tapi try jer ler..
    ader rezeki ader ler..
    kolej yong berapa org yg aplly??

    ReplyDelete
  8. hahhahahah dia tak sabar raya dah yerk... samalah bujang2 ni duk bertawap dlm uamh pakai kasut... hihiihi

    comellnyer kasut pink tu..

    ReplyDelete