26 May 2010

habiskan

ini cerita malam tadi.

ibu terlupa! chem ada teachers day celebration kat sekolah esok. pot luck?? whoish! jam dah tunjuk pukul 9 malam. kedai bukak lagi ke? apa mau bikin ni. mata dah layu. ye, saya suka tido awal. hehehehe.

nah, bekal kosong dah siap! :)


..dan akhirnya, terciptalah agar-agar koktel atau kalau ikut sebutan chem "hagar-hagar"! si chem ni bila nak hilang pelatnya tu. mulutnya becok. hampir nak lelap pun masih nak bercerita. banyaknya cerita awak ni chemmmmm. tapi tak pe, ibu suka. lagi byk awak bercakap lagi ibu suka. shumelllll munyi nye!

macam tak berapa nak menjadi. ala, bila nak pandai masak ni. rupa tiada, tapi rasa macam ada. ada skit sedap! ok sgt dah tu. dari tak de rasa, baik ada sedikit rasa. chem,esok awak makan sama-sama dengan kawan-kawan ye. farieez,kaklong, yaya, ayik, dina dan sorang lagi siapa ek? ala, ibu lupa! makan bagi habis. sedap tak sedap, lain cerita. jgn komen *gelak besar-besar*



tinjau jap kat depan. tengok tuan punya badan, macam biasa lah, buat dek je. entah tahu atau tak tahu!


muah! muah! 8888 juta kali sayang utk awak chem...

pencil n eraser!


23 May 2010

ni no ni no ni no !!!


blog ini berada di dalam situasi..

sekian, terima kasih!

22 May 2010

** mengalir juga akhirnya **


hachiko : a dog's tale. (untuk full version punya sinopis, sila klik tajuk tu). dan klik SINI utk trailer nya.

ini cerita lama. 2009. baru sempat nak tonton. ini pun sebab ajakan babah chem. dia kata tengoklah, konpom nangis punya! wahh, babah tgk pun leh nangis??

oh, dalam hati ada taman ye... hakhakhakhak!

filem ini diadaptasi dari kisah benar di jepun. cerita hachi mengisahkan ttg seeokor anjing yg namanya hachi. sangat setia dan taat dgn tuannya. loyalty. mmg gile taat dan sayang! hachi ni setiap hari akan hantar dan teman tuannya ke station keretapi utk pegi kerja dan tunggu waktu tuannya balik. dia akan setia menunggu di pintu station tu. setiap hari! tepat jam 5 ptg! tapi...satu hari, hachi tunggu tuannya, tapi tuannya tak muncul2...kenapa? ha, kat sinilah klimaks ceritanya. kenapa dgn tuannya? mana perginya? dan apa terjadi pd hachi slps tu? waktu tu mmg mengalir2 dah aku. sedu2 sengau dah. hidung penuh. tak leh bernafas dah aku. hahaha dasat. tapi tetiba chem tegur:

"eh, ibu ni asyik nangissss jek"

eeeeee, potong jalan tul lah budak tecik ni tau! ;)

..dan hachi tetap setia menunggu tuannya di depan pintu station tu hingga train yg terakhir dan hingga ke akhir hayatnya...betapa setianya dan sayangnya dia pd tuannya!

p/s : pada yg rasa jenis tak kuat cembeng, terai2 le nengok. aku jamin korang melimpah punya! tapi pada yg jenis cepat nangis, nengok cite si "pasha" pun leh nengis..haip, tak yah tgk le. kang mau 3 hari, 3 mlm nangis tak henti2.

parah.... ;)


19 May 2010

D.I.Y project ;)




habis dinding rumah! hahaha. kalau tiba mood rajin datang, ini lah jadinya. tapi selalunya malas je yang lebih! wall stickers ni saya beli kat HomeIdeasShop. harga? murah je satu set rm26. yg kat wall ni, ai guna dua set.


Key product features:
- 100% Korea Made, easy to paste & peel off

- Certifiate of Environmental Friendly Material Used
- Water proof and Washable
- No damaging to the paint of wall.
- Proven manufactured by non toxic plastics/PVC


fuh! berpeluh gak le nak tampal ni.. ;) ditambah pulak dgn 'bantuan' si anak dara tecik ni.


15 May 2010

hai..hai..hai


cik chem dgn muka yang penuh bedak bak di tepung gomak!


ha tengok. aksi cik chempaka. study. study dan study. dasat! minggu ni nak exam katanya. hai, tak sangkanya anak ibu yg umur 4 thn ni nak peksa????? semoga kakak berjaya okeh. ibu dan babah doakan.


lama dah tak cerita pasal chem ni kan. dia dah 4 tahun. besarrrrr sudah. nak kena ada adik, tapi rezeki tak tiba-tiba lagi. kena sabar dan berusaha ni. dah masuk umur 4 thn ni, mcm2 lah pe'el nya. ye le, dah makin besar. keletah toksah kata lah. habis kata2 kita ni dipatahkan..hahaha.

alhamdulillah, dia sekarang..

* dah makin berdikari. memang dia sendiri selalu claim yg dia dah besar.
* sejak masuk sekolah, dia dah boleh membaca. seronok sgt bila dgr dia baca..
* sudah boleh menulis ABC, 123. tapi still bengkang bengkok. hahahaha
* sudah hafal Al Fatihah, doa makan, doa belajar, doa tidur..tapi masih ada bunyi pelatnya lagik.
* kalau berkata-kata, mak aih..susah nak stop. macam bertih. tapi ibu suka je layannnnnn
* dia jarang tgk akademi fantasia tapi mcm mana ntah dia leh kenal dan hafal nama semua peserta AF tu.. ermmm
* peminat lagu2 Hafiz dan Stacy budak AF tu..eh, perasan tak, budak2 mmg suka dgn artis AF kan??? apsal ek???
* suka bercerita. terutamanya time2 nak lelap mata. macam2 cerita lah keluar.
* kalau ibu sakit kepala, dia le tukang picit kepala. wahhhh heaven sgt tau!

01 May 2010

My Wish Giveaway Contest


~Stickymode Entry~

memang dah lama tak join contest @ blog. dulu waktu aktif, selalu juga join. kali ni nak cuba lah. mana tahu, boleh menang. contest kali ni. ala2 mcm verangan je. verangan kan apa hadiah yang saya mahu! ;)

giveaway ni datangnya dari Yantz mama Aqil & Dini. <---------- sila klik sini. wei wei yantz, aku cuba ni. mana lah tahu..hehehhe

caranya : Senaraikan 3 wishlist hadiah yang saya mahu. mula ingat mcm senang contest ni. tapi cam susah gak rupanya nak pikir apa yang kita mahu..

ok, here we go..


Hadiah RM50:
barangan brand Tupperware. tak kisah apa sahaja. (eh, kalau sama dgn peserta lain pun tak pe kan? hik hik)

Hadiah RM30:
Idamkan apa sahaja jenis tote bag!

Hadiah RM20:
apa sahaja buku untuk kanak-kanak yang sesuai di usia 4 tahun @ 5 tahun ;)


menurut kata yantz, ada hadiah terkejut2. hadiah kejutan! sponsored by Sinarprinting. sangat menarik kan contest ni.


kepada Yantz, harap-harap wishlist aku tu tak hover ye. ekekekeke.