20 April 2010

dah hantar ke belum????

Pelepasan baru iaitu pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan. Faedah yang macam mana yang layak dituntut sebagai pelepasan cukai? Ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi semua sekali untuk melayakkan faedah pinjaman perumahan dituntut sebagai pelepasan cukai.

Pelepasan cukai adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3tahun taksiran berturut-turutiaitu 2009, 2010 dan 2011 bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(i) pemilik adalah pemastautin warganegara Malaysia. Jika pada tahun tersebut dia tidak layak dicukai sebagai pemastautin makan pelepasan ini automatik tidak layak walaupun dia warganegara Malaysia;

(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja. Jika beli lebih 1 unit. Yang layak hanya 1 unit sahaja;

(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009sehingga 31 Disember 2010; dan

(iv) rumah kediaman tersebut tidak boleh disewakan.Kalau disewakan secara automatik tidak layak ya. Di mana:

(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman;

(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individuberkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu,setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahunmengikut formula berikut:

Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalamtahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu dalam tahun berkenaan. Begitulah cerita mengenai pelepasan baru ni.

Sukacita diingatkan,jika tarikh perjanjian jual beli dalam tempoh seperti di atas pun. Jika kita mula membayar pinjaman mulai 2012 maka kita juga tidak layak menuntut pelepasan ini.

sumber : mari belajar cukai

dah submit E-Filling? jom cepat. sblm 30 april ni.

3 comments:

  1. kak atty: cepat!!! ;)

    lily: byk ilmu aku tak hapdet le..tu yg rajin mencari ni..heheheh

    ReplyDelete