27 April 2010
tadaaaaa
26 April 2010
cubalah menjadi..
21 April 2010
istimewa dan hebat kan?
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pergi ke dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak periuk dalam sink..rendam lepas makan tadi.. basuh lak periuk tu... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....isi la gula dalam bekas tu... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....
pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh... tik...bunyi air dah masak...curah air dalam flusk...ok settle... Baru teringat tak semayang lagi...on the way nak gi bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg taska anak...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk lap hidung...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. telupa pulak masukkan botol... basuh botol jap... ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 ke dalam beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli beg baru ni... rasenya 25 hb ni Sogo sale kot... mana flyers tadi ek.... gi belek sana belek sini...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...
kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?... SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...well, women understand women better... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
dipetik dari FB & email.
p/s: itulah bezanya lelaki dan perempuan! seorang wanita itu, esp yg bergelar isteri n ibu sememangnya sgt istimewa..
20 April 2010
dah hantar ke belum????
Pelepasan baru iaitu pelepasan Faedah Pinjaman Perumahan. Faedah yang macam mana yang layak dituntut sebagai pelepasan cukai? Ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi semua sekali untuk melayakkan faedah pinjaman perumahan dituntut sebagai pelepasan cukai.
Pelepasan cukai adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3tahun taksiran berturut-turutiaitu 2009, 2010 dan 2011 bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(i) pemilik adalah pemastautin warganegara Malaysia. Jika pada tahun tersebut dia tidak layak dicukai sebagai pemastautin makan pelepasan ini automatik tidak layak walaupun dia warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja. Jika beli lebih 1 unit. Yang layak hanya 1 unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak boleh disewakan.Kalau disewakan secara automatik tidak layak ya. Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman;
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individuberkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu,setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahunmengikut formula berikut:
Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalamtahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu dalam tahun berkenaan. Begitulah cerita mengenai pelepasan baru ni.
Sukacita diingatkan,jika tarikh perjanjian jual beli dalam tempoh seperti di atas pun. Jika kita mula membayar pinjaman mulai 2012 maka kita juga tidak layak menuntut pelepasan ini.
sumber : mari belajar cukai
dah submit E-Filling? jom cepat. sblm 30 april ni.
11 April 2010
Saya juga prihatin!
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu,
jantungkuIrama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Ini bukan mana-mana lagu jiwang. no! ini lagu Kempen Kami Prihatin.
ye. saya juga prihatin!
dunno why ha. manusia sekarang macam tiada 'taman' di hati mereka. hati dan jiwa kalau dah gelap, iman entah ke mana, perikemanusiaan juga langsung tak melekat di jiwa. anak beb, anak! anak tu tak berdosa apa pun. yg berdosa, engkau! ibu ayahnya. pandai buat, tapi penakut nak tanggung.
malang sungguh.
maaf. saya sangat emo tentang perihal ini. anak saya umurnya baru 4 tahun, sering tanya " ibu, kenapa org jahat tu buang baby? dia buang mcm mana?". sambil kerut2 muka. "tak baik. nanti Allah marah". anak kecil pun memahami.
apa mahu jawab? anak. orang lain berhabis duit untuk dapatkan anak. berkorban nyawa utk dptkan penyambung zuriat!
sedar lah oi!
sorry, saya tak boleh terima.