28 January 2010

Sukanyeeeeee saya!

inilah antara lagu kegemaran dan kegilaan saya. saya kan peminat setia Search! :) eh tak la setia sgt pun..

Suralaya Dalam D'major

Getar senandung Suralaya menggamit
Diruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasihku melirik senyum tangis

sukar untukku tangkis..ooahhh
Getar senandung Suralaya menggamit
Disudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasihku gemersik makin jelasmakin rasa sebegitu ikhlas
Kata-katamu bagaikan sinaryang diterang kabut
Yang sempat kudengar
Hanya madah
Hanya kata

Selamat tinggal…
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang..ooo
Dari pandangan
Getar senandung
Suralaya menggamit
Disudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasihku gemersik makin rangsang

makin rasa sebegitu terang
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang..yeahhh
Bukan beralah
Kecewa kerana cinta
Tapi berduka kecewa kerana rindu
Perjuanganku hanya satu
Bekalan hidup dan matiku
Inginku rasa bersama
Yeah… Yeah… Yeahhhh..
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang
Yeah.. yeahh
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menambat hati yang kian rawan
Terbayang seribu
Kemungkinan
Tergerakku mendakap kau pun hilang…ooo
Dari bayangan…


kalau nak dengar sila klik SINI atau cari je kat mr. google tu..

eh, kalau saya dengar di waktu saya keseorangan, saya boleh nangis tau.. :)


18 January 2010

@ Broga Hill

entri kali ini, saya tak berapa bersemangat untuk bercerita. boleh gitu? kuliah bagi semester baru ini dah pun bermula. rutin mengajar kembali seperti biasa. dan cabaran juga menanti depan mata! semangat bila cerita tentang sekolah puteri kecil saya tu je. ;) Ini cerita 'kerja-kerja' babah hari minggu yang lepas. mendaki Broga Hill..

atau nama lainnya.. Bukit Broga. ;) sama kan?

oh, saya malas bercerita, pasal saya tak terlibat dalam ini cerita. cuma saya terlibat dalam mengubah sedikit keaslian gambar. ye..ye..babah tak bagi saya 'ubah' sangat-sangat shots nya itu. hahahahahaha.

jom kita tengok dan renung gambar-gambarnya ini.





eh, eh, tiba-tiba saya rasa nak join je naik atas sana...jom, jom. siapa nak ikut????


12 January 2010

syukran..syukran..

hi, saja nak meriangkan hati seorang ibu ni. seronok dan teruja bila anak dah mula bersekolah. eh, pra sekolah.

alalalalala, saya tak habis lagi bercerita pasal sekolah ye??? *sigh*

ada lagi yang sangat meriangkan hati saya ni. puteri kecil saya yg berusia 4 thn ini, dah mula boleh membaca dan mengenal perkataan yang mempunyai 6 suku kata. teruja sangat saya.

ye lah, siapa lagi nak banggakan..kalau bukan ibunya n babahnya ni.. :) anak sorang je pulak tu..over kan?????

*ini buku bacaan pertamannya di sekolah*


**yeah! she can read it! tapi ada masanya dia agak keliru dgn huruf d dan huruf b**


walau bagi orang lain, ia bukan perkara besar, tapi bagi saya..inilah hadiah paling bermakna sebagai pembuka tirai 2010 ini!

syukran ya Allah!


11 January 2010

ehehehehe

sila buat perbandingan dua gambar ini ya. ya..anak ini adalah puteri kecil saya. anda tidak salah orang. ekekeke.


saya nak gelak sungguh tgk puteri kecil saya ni. 'iron' princess tau. apa yang lain? ala, takkan tak perasan. sangat terang dan jelas. part rambutnya tu lah. sekawan dan se gang dgn Dora! alalalalalalala. tapi puteri kecil saya ni kata..

"kakak macam princess lah bu!"

ermmm wat everrrrr lah kakak.. :) ini rambut sehari sebelum bermulanya sekolah. makngah lah punya hasil 'pemikiran' yang kreatif.

"ohh, macam-macam ekau buat dengan anak sedara ekau ni ye...".

tapi tak sempat apa pun. bangun pagi, proses 'ngerbang' dah bermula...dan rambut puteri kecil saya kembali seperti asal. ala, tak pe la. buat pun untuk suka-suka je. saja nak lihat mcm mana lah rupanya kalau puteri kecil saya ni rambut lurus.

oh..begini rupanya...

minggu ni pendaftaran dan minggu orientasi pelajar baru kolej. selamat datang semua. ermm, maknanya juga, minggu depan kelas akan bermula...dan rutin saya kembali menjadi biasa!

peace!


07 January 2010

mari kita ke sekolah kawan-kawan...

hahahaha! mood pagi yang agak2 mcm samar-samar je gitu!
eh, betul ke saya nak sekolah ni????

sampai-sampai je, terus terjah menan!


hari pertama, teacher beri goodies bag dan buku kaler2.. ;p



alahai, puteri kecil saya yang baru berusia 4 tahun ni dah mula bersekolah. pre-school lah. semangat juga dia nak bersekolah. tapi, part bangun pagi, mandi..yang masih berat lagi. tapi bila dia nampak uniform nya tu, ahahahaaa, terus semangat! bagus!

eh, kita sambung lagi ye. saya nak sambung kerja semula. shhhhh, waktu kerja ni!

ekekekekekeke

nanti-nanti saya upload lagi gambar puteri kecil saya ni. oh, anak dah mula bersekolah, dan saya mulai merasa saya semakin tua! :)