19 September 2009

ada juga cerita...

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

ya, raya dah tiba!

dan tika ini, saya sedang bersiaran dari rumah mentuaku. sempat menyempatkan diri mengimarahkan blog saya ni, sambil mengadap kacang, kerepek2 yang mcm2 rupa, sampai ada ketikanya seperti rasa tak pernah lihat sebelum ini!

bila dengar takbir, oh..hati tiba2 menjadi sayu yang amat2. ye, antara satu perkaranya adalah kerana ibu ayah yg nun jauh di mata. saya tahu, saya memang anak emak! tak patut saya rasa sedih pun, walhal saya juga bersama beraya dengan keluarga suami. tapi pasti rasa tak sama kan?? betul tak? jangan tipu... :)

pastinya, esok seharian, dari pagi hingga ke lewat malam pasti kita dihidangkan dengan lemang, segala jenis rendang, ketupat, kuih raya..oh terutamanya tart nenas kesukaan dan pujaan hatiku ini. dan kini, anak dara saya juga turut mengikut jejak meminati kuih pujaan ramai itu! buktinya..hampir separuh balang sudah dihabiskan oleh ibu dan anak ini sebelum tibanya hari raya!

Selamat hari Raya!

3 comments: