10 September 2009

nak raya dah..


~Sticky Post~


salam semua. tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa cepat sangat masa berlalu..Tiba-tiba rasa sedihkan. Semoga amal ibadat puasa atau apa jua amalan yg kita lakukan diterima Allah S.W.T. dan lagi beberapa hari utk kita meraikan kemenangan kita..dengan berhari raya.

di kesempatan ini, ingin aku sekeluarga mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat korang semua. mohon maaf zahir batin. andai ada catatan-catatan aku selama ni buat korang terasa hati ke, termenyampah ke atau ter sebagainya. hehehe. aku kan manusia biasa.... mcm mana dgn persiapan? macam biasalah kan, pada yg ada anak ni, anak-anaklah yg didahulukan dan diutamakan. dapat pulak anak sorang mcm den ni ha. semua tertumpu pada dia. tapi, baju omak ngan abah eh totap ado yo! :) InsyaAllah, tahun ini, kami beraya di rumah maktok chem di sg besi. org lain balik kampung, kitorang balik kolumpo weh! dan kemudian..berkampung pulak di seremban.

ok lah,selamat menyambut Aidilfitri ye. maaf zahir batin. pada yang memandu, ini pesanan buat semua termasuk diri aku sendiri..mari kita membaca ikrar..memandu secara berhemah dan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang yg sedang menanti kepulangan kita...

Selamat berghayo yo!!! jemput datang ke rumah..



8 comments:

  1. amboi yong..dah buat kad raya..akak je yg tak terbuat lagi...selamat hari raya utk yong & family...

    ReplyDelete
  2. cepat nyer buat kad raya yong... Selamat Hari Raya buat yong & family

    ReplyDelete
  3. Cantik kad raya awak Yong..Selamat Hari Raya untuk Yong & family juge

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya yong. akak pun blom buat lagi ni.. akak kutip kad raya ni yerk..

    btw, sungguh cantik kada raya mu itu.. akak tak de idea lagi ni.. nak buat sesimple yang boleh jer..

    ReplyDelete
  5. me tak sempat buat virtual card lagik..
    nak post kad raya pun tak..
    tahun ni cepat je ramadhan kan..
    neway, selamat menyambut syawal kepada yong sefamili ya..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya yong, kapok n chem!!!raya balik mana? perak ke? pesan le kat kapok kalo balik bota, leh r pi kenduri kawen kak kay...hehehehe

    ReplyDelete
  7. salam menyambut syawal YONG
    mohon maaf kalau tersilap kata dan bla bla bla!
    Raya mana mike tahun ni
    jangan lupa sedia banyak bonjut aaaa

    ReplyDelete