29 December 2009

update sikit..

wa wa wa ...saya rindu dengan blog saya ni. tapi apa daya, masa dan peluang tak de la. alalalalala. kat rumah streamyx belum masuk lagi. saya kena tunggu dan tunggu. ahaaaa!

apa cerita ek? oh, minggu lepas saya join karnival SUPKOM. Sukan antara Kolej Komuniti dan Politeknik se Malaysia di Penang. eh saya main apa? saya main bowling lah. tapi result : ranking ke 5 dari 50. jadi lah kan???? ahahahahaha.

4 hb ni chem dah nak mula sekolah dah. ala, sekolah tadika. tapi si ibu nya ni punya lah sgt teruja nak tggu puteri kecilnya itu bersekolah. serius tak sabar! hantar dia ke sekolah pun bukan lah tujuan utk memaksa. tapi utk pendedahan awal. ermmm, tak sabarnya nal tggu reaksi si dia!

nanti-nanti saya update cerita chem di sekolah ye. gambar terbaru, cerita terbaru! adioss...


16 December 2009

@ zoo negara lagi???

hi, cuti-cuti ni tak tahu nak bawa ke mana lagi si puteri kecil saya ni, kami bawa dia ke zoo negara. sedikit sebanyak ada perkara2 yang boleh dia pelajari sambil jalan-jalan tu kan. gambar tak banyak mana pun. so model tecik ni sekarang makin susah utk bergambar. tak reti duduk diam pun. eksen lah dia sekarang...

kalau kita marah dia, nanti dia mulah kata.. "tak nak kawan ibu!"..

alahai, tersentap juga lah saya...




chem sekarang memang susah nak ajak dia bergambar. ala, siapa lagi yg nak jadi model 'penembak' babahnya tu, kalau bukan puteri kecil saya tu. ermm..


ni zoom dari dekat. kalau ikutkan raja rimba ni duk nun jauh..



ini zirafah yang suka bersin tu. habis semua visitors yg berhampiran, kena! termasuk lah babah chem!



oh, saya sangat bersyukur pada Allah, atas segala nikmat dan kesenangan yang diberikan buat kami. syukran ya Allah! erm, cuma ada satu perkara lagi yg kami masih nantikan. mungkin bukan rezeki kami lagi agaknya...

kredit kepada tukang ambil gambar : babah

tukang edit gambar dan layan karenah chem : ibu

tukang haru biru dan memeriahkan kan suasana : chem

07 December 2009

nak promo sket..


kepada semua lepasan SPM, atau sesiapa yang mempunyai anak @ saudara mara,
jika anda @ mereka ingin melanjutkan pelajaran peringkat sijil & diploma dan juga kepada sesiapa (tidak mengira umur) yang berminat dengan kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, segala maklumat boleh didapati di laman sesawang kolej:


jangan lepaskan peluang!
pembelajaran sepanjang hayat

29 November 2009

salam

wah, bahagianya. balik rumah omak. raya dengan omak abah. masak-masak. makan-makan. borak-borak. Salam aidiladha buat semua.

indahnya saat-saat ini. terima kasih ya Allah, kerna diberi peluang utk meraikannya bersama mereka yang tercinta.

raya qurban kali ini, biasa je. cuma kami tahun ini tiada ibadah qurban dibuat. tidak spt tahun2 yang sebelumnya. insyaAllah, tahun depan ada. tapi raya tetap raya. abah mcm biasa la, bersama ajk kariah masjid 'menumpaskan' lembu yg hendak dibuat qorban. meriah mmg meriah. cuma kali ini, ada peristiwa yang tak diduga. ada ajk merangkap jiran sebaris rumah yang pada mulanya sgt sibuk membantu, tetapi tiba-tiba jatuh pengsan! dan kemudiannya, menemui yang Ilahi..semoga rohnya ditempatkan bersama golongan org yang beriman..Al fatihah.

ah, tiba-tiba rasa sedih. entah la. sedih. bila tengok mama. tengok abah. tak pasti bagaimana keadaan kalau saya sendiri yang kehilangan mereka. hidup mati saya semuanya demi mereka. kegembiraan saya semuanya dari mereka.

gembira mereka, gembira saya. sedih mereka, sedih saya.

saya cuba untuk membalas segala susah payah mereka selama ini. saya cuba.tapi rasa masih ada byk 'hutang' yang masih belum saya bayar pada mereka. mampu ke saya tunaikan semua tu? saya mahukan mereka gembira. mahukan mereka rasa bangga dengan cahayamata mereka ini!

Ya Allah, pada Mu aku mohon. agar diberi peluang seluas-luasnya untuk menggembirakan hati dan perasaan orang tua ku. walau mereka sering mengatakan yang mereka benar2 bahagia, tapi aku masih belum puas untuk mencurahkan segalanya pada mereka!

doaku agar Allah memberi kesihatan yang baik buat orang tua ku, panjangkan umur mereka agar lebih byk amal ibadat dapat dilakukan dan dimurahkan rezeki buat mereka..amin!

saya sayang abah saya. saya sayang mama saya.


23 November 2009

lalalalalalaaa...jatuh chenta!

gambar tanpa cerita.
saya tak de rasa utk bercerita.
broadband kat rumah pun sedang buat perangai.

lagi-lagi..black n white!
ohh, saya telah jatuh chentaaaaa dengannya!



18 November 2009

dah besar lah..

eh, sedar tak sedar, anak dah makin membesar kan? cepat je masa berlalu. pejam jelik, pejam jelik..tak sedar pun. yg sedarnya, tgk bermacam2 perubahan pada anak. kejap pandai tu..kejap nanti pandai ini pula.

chempaka pun dah nak masuk 4 tahun bulan 3 tahun depan. dalam kepala ibunya ini mulalah, plan nak masukkan dia ke sekolah. sekarang dia baru ke taska. kat taska, ada juga dlm jadual waktunya utk belajar. dua jam dalam sehari. jadilah kan. umur baru 3 tahun. dulu klu duduk rumah pengasuh, dia dijaga mcm anak sendiri. dia syg umi, umi sayang dia. umi nya tu pun dah anggap dia mcm anak sendiri.

bila di taska ni, macam-macam. di taska dia boleh belajar utk bergaul. belajar berkawan. dan paling tak seronok, taska juga lah tmpt macam2 penyakit boleh merebak!

itulah yg paling tak boleh nak terima. tapi wat to do...itulah hakikatnya. nak tak nak, kena tempuh. yang penting sekarang ni kena pastikan anak dara ku itu kuat antibodinya!

InsyaAllah, tahun depan chem akan ke tadika. have to lah kan. kalau nak harapkan ibu babah nya ni, mmg susah nak carik time.

ishhh, alasan! alahai, baru anak sorang. teruk lah ibunya ni kan?

ye lah, cuba kira, berapa jam je kita bersama dgn anak dalam sehari??? almost masa dia kat taska je kan????

takpe, at least dia ada pendedahan awal. tak la nanti bila tiba umur 5 yrs, masuk tadika, ternganga2 tak tahu apa2!


16 November 2009

syukran..syukran..

saya penat..

minda saya letih..

jiwa saya tak larat..

mana ruang nak lari ni????

tapi bila dapat ngadap ini budak..




hati saya kembali berbunga-bunga!

syukran ya Allah!

09 November 2009

@ Port Dickson


minggu lepas, berkursus @ PD. Fri - Sun. pergi, naik bus kolej. balik, babah dtg dgn kakak. alang2 tu terus picnic, mandi, mancing bagai. selesai semua, balik kejap rumah mama abah. lepak2 jap. tidur2 dulu..dan makan2 dulu. rutin kebiasaan. hehehe. lepas maghrib bertolak balik kajang..ikut highway LEKAS.

highway yang kadang2 lekas..sometimes tak lekas! ;)

** ibu suka dgn jelingan matamu itu...auww!**

** hi, lihatlah inai dijariku.... auww!**

** kita nak main buai lah. tapi tak sampai**


** ini budak, pantang jumpa pasir + laut**


** korek2..campak, korek2, campak...**


**eh, love mum saja ka??? babah,sila jgn menjelesss!**


**kes tak sabar nak terjun laut**

saya yang fobia sikit dgn air. hari tu pun cuba utk beranikan diri. bukan apa, ada kes dgn air masa zaman kecik2 dulu..hahaha. ala, malas nak cerita. nanti rasa seram sejuk lah.

tapi saya bersyukur, alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga kini!


03 November 2009

den anak noghori yo!

eh, korang ingat dgn kartun ni? Aku budak Minang. alahai, zaman kocik2 dulu laie dah ado dah ni. Penulih eh Ujang. ha ingek tak??? abihlah den dah mulo an dah ngan bahso ibunda den yo..harap maklum!

pada anda yg kurang arif, dinasihatkan jgn meneruskan pembacaan entri ini ye.. :)


masa kocik2 dulu, gomar amek la den boli majalah ni. den gomar an watak ujang tu. dapek lak ngan loghat e sekali. sekarang cito ni dah didrama an. bersiri ditayangkan di TV 2 tiap haghi selaso, jam 8.30 malam. sotongah jam yo cito ni. tak pueh lak aih den nengok. kojap bona. tak buleh ko tayang sojam ko. baghu pueh. lopeh tu, haghi selaso yo lak tu. sekali sominggu. tapi takpolah, janji ado tayang kan..hahaha.


**sumber gambar = mr. google**

pelakon e ok gak la. pandai gak berloghatkan n9. bilo nengok cito ni, teringek2 lah den kek kampung, Kg Terachi, Kuala Pilah. terbayang an arwah atuk den, maklong, arwah paklong, pakngah..semuo2 eh la..hehehehe. bukan apo, jaghang gak la den balik pilah, somonjak arwah atuk tak do..arwah pak long tak do..balik pun, waktu haghi ghayo yo.

umah kampung pun habih tinggal dah. yg ado pun pakngah ngan makngah. ghindu bona gahso eh, suasano kek kampung. waktu ghayo2 dulu. waktu kenduri kendaro. tapi semua tu dah berlalu dah..kesian lak kek anak den, tak meghaso la kan. opah n atuk eh duk bandar ha..hehehe.

kehkehkeh, camno la agak eh korang baco entry den kali ni yo..paham tak agak eh tu??? mahap la, den tongah dalam mood anak waghih ni..hahahahaha.

hidup anak noghori!!!!

31 October 2009

yihaaaaa!

haiyooooo. salam semua. kala tengah malam ni sibuk-sibuk pula nak update blog. eh, waktu siang, saya sgt tidak de 'semangat' kan. ye, semangat saya sentiasa turun naik! cerita pasal semangat, budak2 di kolej ni 'dilanda' histeria. ye, ini betul..bukan main-main. lepas sorang-sorang yang kena. berjangkit. eh, dah mcm penyakit kena kuarantin lah ye?. dah dibawa berubat ke Darul Syifa', Bangi. dah 'dicekik' bagai oleh ustaz. tah la ye. susah nak ditafsirkan benda-benda ni. tapi, ye lah, pekara2 di alam ghaib kan sememangnya wujud.

gulp! tetiba rasa meremang pulak bulu romaaaa! apakah itu??? emmm. faktor stress pun mungkin menjadi satu penyebab. tammbah pula, lagi sebulan final exam. mengejar 'due date' segala mak nenek tugasan. teringat zaman belajar dulu. asal tiba waktu nak exam, mmg byk lah kes mcm ni berlaku....wallahualam..kepada Allah kita memohon perlindungan..

eh, 'mekdi' dah buka dah. area taman ni juga. alahai, apa lah ibu chempaka ni kan. tu pun nak kecoh? ala, bukan sebab saya excited nak mkn mekdi sokmo2. ikutkan tak la minat sgt pun dgn mekdi mekda ni bagai..tapi tiba-tiba terfikir. kawasan ni semakin maju lah nampak gayanya. dengan existence tmpt makan2 segera ni, termasuk hypermarkets yg ada, plus institusi pendidikan pulak lagi, akan memberi kesan peningkatan property value, especially, nilai rumah disekitar ini. eh, betul tak? alhamdulillah..eh, nanti boleh nampak cik chem kita naik beskal utk drive tru..eh silap, cycle tru! hahahahahahaha mengong dah ibu chempaka ni..

nak cerita pasal FB lah. muka buku! ye, kini saya banyak berkecimpung dan 'membuang masa' di FB. hahaha. lately, terasa syok pula dengan muka buku ni. ada juga manfaatnye fb ni. kita boleh trace semula dan jumpa ramai sangat geng2 sekolah dulu. dari geng darjah 1 sampai la geng masa kat U. bila tgk semula gambar2 dulu-dulu kala..alahai, sengih2 sorang je. tengok masing2 punya gaya..ahaaaaa. bayangkanlah..almost 18 yrs tak jumpa..alih2 jumpa semula melalui FB..betul2 dunia tanpa sempadan IT ni ye. bukan setakat boleh 'berkebun'..ber'cafe' bagai..tapi macam-macam ada!!!


eh, saya dah pencen dari ber'kebun' ye...harap maklum.


27 October 2009

tu dia..


ha..tu dia. peminat setia transformers. eh, boboy ke gegirl ni????? beli masa ikut babah gi kedai. balik-balik je, buat kejutan comel kat ibu balik pintu, dgn aksi transformers prime! hahaha tetejut ibu..tetejut...




ibu : kakak, jom kita pergi Giant.

kakak : oh, gi giant. ibu ada duit ye. byk ye.. ada 20 sen ke?

ibu : ha??????


sambil terpinga-pinga. tak tau nak jawab ye atau tak! hahaha. chem ni kan selalu ajak gi giant. mentang2 lah giant depan mata ni je. saya dgn malasnya nak bagi alasan..suka ckp dengan dia.."ibu tak de duit. tak boleh gi giant". conform lepas tu dia diam punya!

24 October 2009

heloooooo

apa cerita terbaru?

pasal chempaka? oh, yang tu lagi la. makin besar dah kan. makin macam2 lah. kuat menangis. senjata utama. dia tau yg ibunya ni mmg tak boleh dengor orang nangis2 ni. kalau nangis sedih tak pe lah jugak. ni nangis saja mengada-ngada. keluar asap lah kiri kanan telinga jawabnya! oh, harap2 jiran tetangga tak dengar lah riuh rendah suara ibu jerit kat anaknya. mcm lah anak ada 3, 4 orang kan.

pasal kerja? dah hampir nak masuk bulan november kan. maknanya final exam semakin hampir lah. maknanya juga segala markah PB pelajar, folionya..FRP nya harus diselesaikan! bluekkkk! gegar dan gegar dan gegar! ttg ISO? erm, tu satu lagi. uncertainty! itu yg paling tak suka nak handle. ia perlukan kerjasama. tolonglah bagi portfolio ni pada yg lain. honestly, i can't..damn!

sekarang mood mengedit gambar makin menjadi-jadi pulok. nape ek? tak de keje ke? hehe bukan apa, next week ada short course kena buat. kelas adobe photoshop. lama dah tak godek ilmu2 baru PS ni. apa lagi, gambar cik chem la mangsanya. habis diubah keasliannya. eh, tak byk ubah pun...


BnW ni chantek kan klu kita betul2 terer buat. ye, saya masih belajar lagi. buat pun tak la real sgt. tapi suka lah..hitam putih ni kan ada unsur artistik. ala-ala gitu. Sebut psl editing2 guna PS ni..oh, nak bg tau ni..saya bukannnya dtg dari background org2 IT ni. belajar dulu pun belajar kira mengira. pandang number 24/7! tapi kenapa tah, mkin lama..minat dgn IT ni makin menjadi. mungkin sebab ada lawannya kat rumah ni, babah. dia lebih, saya lagi mahu lebih! Cuma, klu masuk bab2 hardware ke, networking2 ke..minta ampun maaf, saya tak suka.

apa-apa pun, klu kita buat yg kita suka..kita akan rasa seronok sgt kan? dari kita kena buat benda2 yang kita tak suka.....

peace..no war!

leeeegaaaa acikkkk!

alhamdulillah. back to normal. belog dah kembali semula ke pangkuan. pasni, jangan pandai- memandai ye..

peace!

06 October 2009

'konpius' acik..

**sekadar gambar hiasan**
meh, nak cerita sikit.
di suatu malam..sedang ralit tonton berita jam 8 malam...


chem : bu..tgk berita ke? (sambil tu mengintai melalui sliding door)
ibu: haah..kenapa?
chem : eh, dah malam lah. pukul 5 dah. cepat tido! (dengan penuh konfiden tu sebut 'pukul 5')
ibu: ha??? pukul 5???? tido??? ok....

03 October 2009

?????????


free diapers kat rumah shj. siang atau pun malam tak mahu guna diapers. geli katanya.
oh, alhamdulillah, gembira hati ibu ni tau.
tapi, lain pula ceritanya bila di taska..kena pakai diapers.
sebabnya bila nak shishi tak mahu pula beritahu dengan teachernya!
macam mana tu???


28 September 2009

Eid Mubarak 2009




* imej raya tahun ini**


*nakal kan dia?*






ke mana kami pergi beraya??



sg. besi ---->kuala pilah ----> seremban ----> kajang


19 September 2009

ada juga cerita...

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

ya, raya dah tiba!

dan tika ini, saya sedang bersiaran dari rumah mentuaku. sempat menyempatkan diri mengimarahkan blog saya ni, sambil mengadap kacang, kerepek2 yang mcm2 rupa, sampai ada ketikanya seperti rasa tak pernah lihat sebelum ini!

bila dengar takbir, oh..hati tiba2 menjadi sayu yang amat2. ye, antara satu perkaranya adalah kerana ibu ayah yg nun jauh di mata. saya tahu, saya memang anak emak! tak patut saya rasa sedih pun, walhal saya juga bersama beraya dengan keluarga suami. tapi pasti rasa tak sama kan?? betul tak? jangan tipu... :)

pastinya, esok seharian, dari pagi hingga ke lewat malam pasti kita dihidangkan dengan lemang, segala jenis rendang, ketupat, kuih raya..oh terutamanya tart nenas kesukaan dan pujaan hatiku ini. dan kini, anak dara saya juga turut mengikut jejak meminati kuih pujaan ramai itu! buktinya..hampir separuh balang sudah dihabiskan oleh ibu dan anak ini sebelum tibanya hari raya!

Selamat hari Raya!

16 September 2009

wajah-wajah dia...

wajah-wajah kesayangan hamba...
geram..ibu geram..geram...

ermm, lama dah tak pegang nembak dgn cik 'nikon' tu..



erm..lama dah tak men'scrapping' gmbr2 chempaka..






ermm, dan lama dah tak menggodek tutorial bersama mr. Photoshop!

10 September 2009

nak raya dah..


~Sticky Post~


salam semua. tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Rasa cepat sangat masa berlalu..Tiba-tiba rasa sedihkan. Semoga amal ibadat puasa atau apa jua amalan yg kita lakukan diterima Allah S.W.T. dan lagi beberapa hari utk kita meraikan kemenangan kita..dengan berhari raya.

di kesempatan ini, ingin aku sekeluarga mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat korang semua. mohon maaf zahir batin. andai ada catatan-catatan aku selama ni buat korang terasa hati ke, termenyampah ke atau ter sebagainya. hehehe. aku kan manusia biasa.... mcm mana dgn persiapan? macam biasalah kan, pada yg ada anak ni, anak-anaklah yg didahulukan dan diutamakan. dapat pulak anak sorang mcm den ni ha. semua tertumpu pada dia. tapi, baju omak ngan abah eh totap ado yo! :) InsyaAllah, tahun ini, kami beraya di rumah maktok chem di sg besi. org lain balik kampung, kitorang balik kolumpo weh! dan kemudian..berkampung pulak di seremban.

ok lah,selamat menyambut Aidilfitri ye. maaf zahir batin. pada yang memandu, ini pesanan buat semua termasuk diri aku sendiri..mari kita membaca ikrar..memandu secara berhemah dan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang yg sedang menanti kepulangan kita...

Selamat berghayo yo!!! jemput datang ke rumah..



lumrah alam...

emmm, bagaimana kita nak tahu yang anak kita dah besar??????


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*

bila dia dah mula meminta dan meminati kasut bertumit agak tinggi!
walau ketika ini umurnya baru 3 tahun setengah!


ye, ibu redha... :)

**kasut kikilalalalala awak ni klu terpijak kaki ibu,mahu mengelupur ibu ni kakak oi!**