Salam siaran dari negara pasir berdengung.
Syukur. Syukur. Tiba2 mood datang untuk update blog. Sikit je la pon mood nya datang. Kejap lagi balik lah tu. Apo kau merepek ni labu oi!
Pada rakan FB mungkin ramai yg dah tahu aku sekarang menetap sementara di negara pasir berdengung ni; Dubai. Setelah tolak tambah darab bahagi, baru berani ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji ikut cik abang yg kerja di sini. Haih. Satu keputusan yg sangat berat. Tau tempat isteri di sisi suami. Tapi ada perkara2 kadang2 menjadi kekangannya. Takpe lah. Mungkin ini cara rezeki kami. Dia Maha Mengetahui. Nak meninggalkan mak abah di Malaya tu juga satu keputusan yang sangat berat.
Dua tahun lah juga aku bebas sementara dari kerja. Dua thn kejap je tu. Pejam celik. Pejam nganga. Haha. Oh. Chem pon terpaksa lah sekolah sini juga. Tapi buat masa sekarang belum lagi mula sekolah. Lps cuti summer nanti baru mula. Dua bulan sebelum sekolah mula, chem akan hadir utk kelas persediaan. Ye lah. Kang terkejut pulak kan. Elok lah ada persediaan.
Orang selalu tanya nak buat apa nganga2 je ke sini. Haha. Yang ni aku pun tak tahu nak jawab lagi. Chem pun belum mula sekolah. Dah sekolah nanti aku lah jadi supirnya. Tapi sebelum tu kena ambil lesen dulu. Ohh semoga berjaya.
Meh tunjuk sikit gambar masa nak bertolak hari tu. KL - Dubai. Perjalanan makan masa 7 jam tanpa henti. nank tidur, tapi mata tak boleh lelap. Macam tu juga dengan Chem. sesaat pun tak tido. Ralit melayan game, movie. Tambah lagi, asyik makan sepanjang perjalanan. Fuh, memang kenyang kali ni. Alhamdulillah.
Terbang bersama Emirates.
Makan time. Kids meal
Mak pak punya menu. Makan dua kali.
Seperti biasa, souvenirs dari Emirates memang melimpah ruah.
Memang dah jangka. Chem takkan tidur punya.
Orang sebelah dah berdengkur. Tapi Chem...haih, rajin seperti ibunya. hahaha
Alhamdulillah. Setelah montot kematu, akhirnya sampai. Dubai International Airport.
Insyaallah, dipanjangkan umur..murah lagi rezeki, akan tinggal di negara pasir berdengung ni selama dua tahun. Dan moga Chem juga dapat adik!!! hahahahahahahaaa.
Ok lah. Setakat ni dulu kita cerita. Aku dah mula rindu Malaya. Rindu
mak abah aku. Adik adik aku. Semuanya. Kadang bila termenung sorang
memang mengalir je la air mata. Chem mula mula hairan juga. Tapi lama2
dia buat derkkkk jek. Haha. Ibunya memang emo. Apa nak buat.
Nak masak for lunch. Inilah kerjaya utama aku kat sini. Terima seadanyaaaaa.