19 December 2011

# Iklan 2

hampir kita ke tahun baru Masihi. 2012. Tahun Hijrah yang juga baru kita lalui. hampir setahun berlalu. berlalu spt angin yang bertiup. yang kadangkala bertiup lemah, sepoi dan adakalanya bertiup kencang. bagaimana sekali pun cara tiupannya, hidup harus diteruskan. dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

aku bukan manusia yang sempurna. jauh sekali utk berlagak sempurna. nama juga manusia. tidak lari melakukan khilaf yang kadangkala aku sendiri tidak sedari. jauh sudut hati juga untuk sengaja melakukannnya. insan mana yg sengaja melakukan kejahatan? setiapnya ada bersebab. ada rasionalnya. muhasabah diri adalah jln penyelesaiannya. kita akui kelemahan kita. kita ubah. dan penerimaan perubahan itu, terpulang pada dirinya untuk menerima atau tidak.

sekali lagi aku katakan, manusia ini tdk sempurna. tapi cuba lah untuk menghargai segala cubaan utk perubahan itu. agar mereka yang ingin berubah itu tidak putus semangat.

walau apa jua bentuk dan arah jalan yang terbentang, akan digagahi juga utk menyudahkannya. selagi terdaya, selagi itu diteruskan. jangan sekali berhenti. kerana itu merupakan pasrah di dalam menyerah. moga kita mampu menjadi umatNya yang terbaik. insyaAllah.

satu yang hakikinya, mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini..syukur





No comments:

Post a Comment