lama tak masak-masak beria sejak babah jauh ni. makan berdua dgn Chem, tak banyak mana. lauk se mudah habis di masak. tak berbaloi pula masak seperiuk gulai makan semulut je. tapi kan, kadang-kadang terasa juga kat tekak ni nak makan macam-macam. tu yang sekali tu teringin nak makan kek coklat. boleh je kalau nak setakat semulut nak makan beli sepotong kat SR ke atau mana2 kedai kek.
tapi kenapa ntah. terajin tu kadang ada juga. bersilat kat dapur. ala, resepi simple je pun kan. tak bersilat sgt lah pun. heh :p
sekali sekala masak beria ni seronok. maka terhasil lah apam coklat kukus. mula tadi kan kata tekak nak kek. tapi sbb rasa malas pula nak menyusahkan oven, maka kita bikin yang kukus je lah. lebih lembut dan gebu rasanya.
nak lagi power, kita letak choc ganache sbg filling nya. wah! :p
resepi paling mudah. kalau rumit, memang malas lah aku nak mengulitnya. :p ini resepi main campak sebenarnya.
2 cwn tpg gandum, 1 cwn susu pekat, 1cwn minyak msk jagung,1 cwn air, 2 biji telur, 1 cwn gula (nk kurangkan pun boleh klu tk nak manis), choc filling, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 3 sudu besar koko
Pukul telur + gula sampai gebu eh. lepas tu masukkan minyak, susu pekat dan air. sesudah itu, masukkan tepung, soda, serbuk koko. ok, selesai yg tu, mulakan operasi memasukkan adunan ke dalam cup. piping kan filling choc tu (aku guna piping bag) atas setiap adunan dlm cup tadi tu.
apa lagi, jgn tunggu lama2, teruslah kita kukus.
berapa lama nak kukus? hmmm yg ni aku takde std jawapn. korang cucuk2 lah guna lidi ke, garfu ke dlm tiap cup. kalau masih ada yg melekat2, tu makaya apam tu belum masak sepenuhnya. ;)
berapa lama nak kukus? hmmm yg ni aku takde std jawapn. korang cucuk2 lah guna lidi ke, garfu ke dlm tiap cup. kalau masih ada yg melekat2, tu makaya apam tu belum masak sepenuhnya. ;)