29 September 2011

# Main masak-masak lagi




perasaan ingin memasak dan mengecahkan dapur makin menjadi-jadi. kenapa kah? kalau anak ramai lagi seronok masak kan? seronok je tgk diorang makan2 sampai habis apa yg ibunya masak. tu kalau anak ramai. kalau.... :p


malam tadi kul 9 lebih Chempaka duk la ulang alik dapur. lapar katanya. pada hal baru je makan nasi. apa yang ada kat rumah masa tu, itulah yg cuba di masak. maka jadi lah pasta bakar tu. stok pasta/makaroni mmg sentiasa ada kat rumah. ni stok utk kalau dua beranak ni tetiba lapar malam2. takkan nak jengah kedai kot memalam mcm tu. mak tak berani yuuuuuu.


dengan semangatnya juga pagi tadi, Chem bawa ke skul dia. hai, tak tau lah dia makan dgn kawan-kawan ke tak. tedetut cikit cik Chem tu. :p


last week punya menu, sbb ada cuzzies dtg rumah kan, masak lah mee bandung. tak tau la rasa sedap ke tak. klu ikut tekak sendiri, rasa sedap2 je. hihihi. sentap yuuuu, puji diri sendiri??? :p tapi berpinggan juga nampaknya tetamu makan. heh. sebab lapar je tu.


tak kisah lah, mak pandai masak ke tak. janji mak masak. dan perut kenyang. heh. :)



28 September 2011

# Wordless Wednesday



tiada apa. hanya bantal busyuknya :p





27 September 2011

# The First Grader


The true story of an 84 year-old Kenyan villager and ex Mau Mau freedom fighter who fights for his right to go to school for the first time to get the education he could never afford. Brought to you by National Geographic, in US theaters May 2011.


In a small, remote, mountain-top primary school in the Kenyan bush, hundreds of children are jostling for a chance at the free education newly promised by the Kenyan government. One applicant causes astonishment when he knocks on the door of the school. He is Maruge (Oliver Litondo), a Mau Mau veteran in his 80s, who is desperate to learn to read at this stage of his life. He fought for the libera...tion of his country and now feels he must have the chance of an education so long denied—even if it means sitting in a classroom alongside 6-year-olds.

Moved by his passionate plea, head teacher Jane Obinchu (Naomie Harris) supports his struggle to gain admission, facing fierce opposition from parents and officials who don’t want to waste a precious school place on such an old man.Based on a true story, THE FIRST GRADER explores the remarkable relationships Maruge builds with his classmates some 80 years his junior with vitality and humor.

Through Maruge's journey, we are taken back to the shocking untold story of British colonial rule 50 years earlier when Maruge fought for the freedom of his country, eventually enduring the extreme and harsh conditions of the British detention camps.



*Maruge arrived at school with a dream of learning to read. While he achieved that dream, he also became something of a teacher himself, forming a close bond with the students and teaching them life lessons they could never learn from books.*



** teringin nak tonton filem ini. The First Grader. *fighting for education.



26 September 2011

# Mak terer yuuu.. :p




wahhohoho masih ingat dgn entry yang ini Cabaran buat Ibu Chempaka. macam besar lah sgt cabarannya kan. :p

Duk lah susah hati sbb modem kat rumah dah terbakar. nak minta TM tukarkan waranti dah habis. kena ganti yang baru. fikir ni mcm mana tak mau ada sesen pun kos keluar. hihi. korek punya korek, jumpa lah modem lama. tapi bkn yg wireless pun. try utk config modem tu. buat byk kali, tak dapat2. cuba punya cuba. sampai berselirat dgn wayar bagai. siap skype dgn babah yg jauh tu. tapi ssh lah kan dia kata sbb tak namapk secara life nya. rasa give up dah masa tu. masa tu pulak skype guna berukben adik, hai tau2 je lah berukben ni. nak ckp lebih2 kang dosa hehehe.

mak punya lah rasa gelap je. hehehe semata2 kerana internet, kau rasa gelap yong? chais!

tiba-tiba dgn penuh semangat yg tdk kenal erti putus asa, ececehhh. bila dapat sket ilmu dari babah sblm tu, mak try lagi sekali. tetiba ko jah, boleh! :p hati munga2 dah masa tu. tak terkata. omputih kata, speechless!

apa korang rasa kan klu berada di tempat mak masa tu? haih. kembang vangga da vas masa tu. hahaha sah2 la buta IT mcm mak ni bjaya buat sendiri! dgn rasa vangga da vas habis terus bg tau babah. ayat poyo mmg tak bleh blah punya lah. hahahaaa.

moral: walau apa pun menda yg kita tak tau langsung dan tak pernah buat, tp kalau kita tak jemu usaha, pasti bjaya. percaya lah! :p mungkin bg org terer IT rasa alah, small matter tu. tapi pd mak yg sengal2 IT ni, mak rasa cukup kagum jah oi.. :p



22 September 2011

# Lapar yang tak ingat punya


semalam punya lah rasa lapar yang amat2 dan selera membuak-buak. haih. berdua pun macam-macam hendak masak. tambah pula dgn jerita Chem, lapar bu. laparr. hehe. tu lah ayat jeritan yang paling ibu suka. kalau dia jerit lain, ibu tak suka! ;)

dengan semangat waja dan perut yang lapar bertungkus dan berlumus masak; gulai ikan talapia masak cili api buh pulak bunga kantan mak aih baunya perghh, talapia goreng (mmg kegemaran Chempaka ni. sekor dia leh habis kan), sup kobis dan sambal tempoyak yg mmg sengaja dipedaskan! heh.

ai kan orang negeri sembilan. sohih lah makan cili api macam kunyah gula-gula :p

selesai masak hanya dalam tempoh 45 minit sahaja. masak je, terus makan tak ingat dunia dah dua beranak ni :p





21 September 2011

# Cabaran demi cabaran

satu lagi cabaran buat ibu Chempaka yang baginya sangat-sangat lah hebatnya. heh. tak pernah buat, tak pernah urus sendiri. itulah, semua harap si dia yang uruskan. sekali kena, ternganga-nganga nak setelkan. *tepuk dahi sendiri

bila modem kat rumah rosak! ha, ambik! :p

tak tau lah bila puncanya. apa lah sebabnya. tapi boleh agak lah kot mungkin sbb petang Sabtu yang lalu hujan melebat dan guruh serta petir berdentum2. ikutkan dah cabut semua plug bagai. nak kena juga. itu pun tak tahu sbb mmg tak de kat rumah masa tu kan. alih-alih bila balik, konon nak ngadap internet, sekali tgk eh eh tak kelip langsung dia eh. adoi!

macam hidup dalam kegelapan bila tak adap internet setiap malam. heh. Chempaka tiap mlm ngantuknya awal. nak gurau dgn siapa lagi ni. nak tgk tv, hmm lagi lah eh. rancangan konon berbayar mahal, tapi duk lah ulang program yang sama.

bosan. bosan. bosan punya tv! heh tv yang kena ;)

makanya, cabaran ku mggu ini adalah menyelesaikan masalah yg sedia ada tambah masalah ni. walau tak se'terer' mana pun tentang IT ni, akan ku cuba mengorek eh silap, mengorak langkah utk mengatasinya hahahahaa. ayat tak bleh blah yuuuuu.

ok. ok. yu ken du wit, Yong! tak pun tunggu lah hujung minggu ni, skype guna phone *subscribe mobile internet lah utk mendengar dan menerima arahan kerja dari big boss yang jauh di sana. hahaha ;)



14 September 2011

# Beraya lah kita

banyak kali berfikir, nak update belog atau tidak lagi. hihihi malas. bkn selalu jengah pun sini. bila rasa2 rindu dgn belog, baru lah bukak. kot2 nak imbau kenangan lalu kan. ada masanya bosan2 tu. fikir punya fikir, haih, up aje gambar raya. walau tahun ni tak cukup keluarga beraya.


sedih2. pilu2. sunyi2. nak nangis2. semua ada.

tapi cuba juga lah sakan raya. walau hakikatnya, pasaraya sakan tu lagi sakan jualannya. hahaha. ok2. raya tahun ni bermula dgn kemaruk balik kampung. antara orang yg bikin highway jammed. hihihi. ala2 sopan je h/way. semua memandu dlm keadaan yang sgt berhemah. bagus. sbb kereta berjujuk byk kan. mana bleh nak bwk berdesup dibawa angin.

so, tahun ni kita beraya dahulu di kampung opah, Bota Kiri, Perak. ate, teman kan oghang peghok. duk tepi sungei peghok lagi. dekat benor dgn tali ayor hihihi. sehari sebelum raya,walau belum diumumkan raya ke idak esoknya, kami dah pulun masak lemang, dan rendang. tahun ni spesel, ada rendang itik. nasib lah itik makciknya. abih kena buat rendang. sedap mmg tak terkata lah. lagi sedap dari daging ayam! betul, tak tipu!

dan perkara wajib tiap tahun kena buat tak pernah beli punya, bakor lemang. wajib juga ada dua jenis; lemang biasa dan lemang buh jagung. ha, tak keseyor ke kome mendengornye?? meleleh teman nengok. belajar2 jugala baut lemang. sok2 kita juga yg nak perturunkan nya kan. jgn anak2 nanti kenal lemang pun tak.

aku berani buat je lemang, isi beras pulut + santan. tapi tang membakar,tak berani! :p



tu dia. di pagi hari raya... *cer nyanyi cam lagu raya tu*. ni le antara mak2 pak2 sedara, sepupu sepapat, anak2 buah, cucu cicitnya yg ada balik dan yg sempat dirakamkan. ikutkan ramai je lagi anak2 cucu cicit opahnya.


maka tahun ni, aku dilantik sebagai jurukamera yg tak sempat ditauliahkan. *udah apaknya Chem takde kan. teman le kena*




anak daraku, sebelum ke masjid solat raya, posing dulu balik pokok2 dgn abaya yg datang khas dari kedai pak arab nun di sana. besar. ni boleh pakai utk 2, 3 thn lagi ni. jimattttt! :p



maka dgn ini, secara rasminya, potrait keluarga rayaku tahun ni...ni lah dia. hihihihi sgt manis kan. suwitttttt! Ibu cayang kakak banyak2.


dan selepasnya tu, balik beraya ke rumah mentua lah pulak. tunaikan tanggungjawab sbg anak menantu kat sana pula. 3 hari di sana. sambung pula beraya di seremban dan kuala pilah belah abah pula. seronok weh orang banyak kampung ni. hehehe. kan dah sakan raya tahun ni. kalah rupanya pasar raya sakan eh. :p



*berada dalam mode; tak sabar ni. ececehhhh. :p