01 May 2011

# Malam minggu

Tiap minggu saya tengok Maharaja Lawak. setiap kali Jumaat malam tiba, saya menunggu. menunggu untuk ketawa berguling-guling sampai ada ketikanya Chempaka saya naik hairan dengan ibunya.

kena rasuk apa ibu aku ni??? mungkin itulah kot kata-kata hatinya. ;)

dan kekadang Sabtu malam, sambil ambil giliran dengan Chempaka untuk berSkype dengan abah Chem nun jauh di sana, kalau rasa sangat tak tahu nak tonton apa, ha AF lah mangsa tontonan saya di malam minggu. tak sehebat mana pun saya tengok pelajar AF kali ni. i'm sorry ye peminat AF! owhhh, saya tetiba je minat dengan si Hazama. aihhhh! jiwa rock kan :D

tapi takpe lah kan. sesumbang mana pun nyanyian, se tidak lawak mana pun lawak macam si Amir, sekurang-kurangnya ada benda lah juga saya boleh tonton dua beranak di rumah. dari duduk tenung-tenung berdua. tak tahu nak buat aktiviti apa.

ibu tenung awak. awak tenung ibu. heh! ;)


No comments:

Post a Comment