28 May 2011

# Ujian itu rahsia Allah SWT


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


*dipetik dari iluvislam.com



# Air mata tidak selalunya abadi.


Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.


*dipetik dari iluvislam.com

teringat kata-kata chem klu bila dia ternampak ibunya ni menangis. "jangan nangis bu. nanti air mata ibu cepat habis.."



27 May 2011

# cerita Chem

hari ni Chem ikut trip sekolah dia ke Petrosains. pestime ni lepaskan dia pergi jenjalan sendiri. dengan kawan-kawannya. mula mcm berat juga nak benarkan. tp ye lah..sampai bila pulak kan kita nak rasa bimbang tak tentu pasal. hehe. anak sorang macam ni lah. lain lah kot klu anak 4, 5 berderet. hehe. berdikarinya lain sikit kan.

petang ni, sure banyak cerita punya lah tu. hik tak sabar ibu nak dengar.

cerita psl peksa Chem, dah dapat result dah. utk semester 1. haha semester kau! alhamdulillah. dpt nombor 2. disebabkan terlebih salah satu soalan. soalan kiraan Math yg salah. kelam kabut lah tu mengira. hehee kelam kabut jenis mcm ibunya ni juga. ;)


apa2 pun, ibu dgn abah yg jauh tu tetap bangga dengan awak tau! tunggu hadiah spesel dari Dubai :)

26 May 2011

Pelangi selepas hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


*dipetik dari iluvislam.co


20 May 2011

kek cekelat cik Chem

plan last minit. lain yg dirancang, lain yang jadi. hihi. aku bukannya seorang yang rajin mem'baking' bagai mahupun menguli. ni kek kukus cekelat dgn choc. ganache. main kukus je la. utk pot luck Chem masa celebrate teachers' day kat sekolah dia yang comel2 tu.

plan asal, kekonon nak bikin cheese cake wit oreo. tinggi tu cecita. hahaha tp atas sbb tertentu., terpaksa cancel. sebenarnya aku malas! :p ala, ni pun kira orait lah kan. bikin benda yang budak2 suka makan. itu yang penting. hehe

so, ini dia..kek cekelat kukus dgn choc ganache berbunga2 kalerpul di atasnya. ha, panjang kan namanya???? hahaaaa tu, aku yang reka.




ok. sedap2 tak sedap, ntah lah. tak tahu. ikut tekak sendiri boleh la. hihihihiiiii yang motannya (ckp negeri sembilan; penting = motan), ibu bikin sendiri utk awak ye Chem.. :)

11 May 2011

# Mother's Day From Islamic Perspective

#dipetik dari Ustaz Zaharuddin.Net


First of all, it goes without saying that every committed Muslim is supposed to pay his parents, especially his mother, due respect. One should try to show dutifulness to one's parents, even if they happened to be non-Muslims, let alone being Muslims. What Islam goes against is to imitate non-Muslims by marking a special occasion such as celebrating the Mother's Day in a way that shows that mothers do not deserve due respect and care save on this very day. If we are going to make the whole year a Mother's Day, then Islam welcomes celebrating the occasion with open arms.

Indeed, Muslim scholars have maintained various opinions regarding the issue. Here below we will attempt to furnish you with Juristic views as regard this issue:

First of all, Sheikh Faysal Mawlawi, deputy chairman of the European Council for Fatwa and Research, states:

Dutifulness to parents, especially the mother, and treating them kindly is an act of worship enjoined in both the Qur'an and the Sunnah of the Prophet (peace and blessings be upon him). Being dutiful to parents is not confined to a specific time. It is an obligation that should be observed every time, as all people commonly know.

Yet, the Mother's Day, as it's known nowadays is a Western habit. The Westerners specified a day and called it the Mother's Day. On that day sons and daughters show gratefulness to their mothers and offer them presents. It has become part of important feasts in the West, whereas we Muslims have no other festivals except the Lesser and the Greater Bairams. Any other celebrations are deemed mere occasions or anniversaries; and this is applied to the Mother's Day.

The Mother's Day implies paying more attention and exerting more effort in expressing gratitude to mothers. So there is nothing wrong in that.

However, there are two reservations worth mentioning; first, considering the Mother's Day a feast; second, confining the task of showing dutifulness to mothers to that specific day, giving implication that throughout the whole year, just only one day is for showing love to parents. If such two anomalous points are addressed, then there is nothing wrong in considering the Mother's Day a chance to give more care to mothers.

Thus, we may take the Mother's Day as a chance to lay more emphasis on our duty towards our mothers, as Islam enjoins us, because dutifulness to parents is a genuine Islamic teaching. But Muslims, in doing that, should never deviate from the Islamic teachings, they should do things in Islamic manners, not in Western manners. Hence, they would not be imitating the non-Islamic habits of the West.

Hence, viewed in juristic perspective, we can say that celebrating the Mother's day is controversial among the contemporary scholars. While a group of them consider it haram (unlawful) as a kind of blind imitation of the Western non-Islamic habits, which have no benefit for Muslims, another group see it halal (lawful) on condition that showing gratitude and dutifulness to parents should not be confined to that day only.

Moreover, the well known erudite scholar Sheikh Yusuf al-Qaradawi states:
The Arab tend to blindly follow the Western in their celebration of the Mother's Day, without trying to understand the wisdom behind inventing such an occasion.

When the European found that children do not deal properly towards their parents nor give them their due right, they resorted to specifying an annual occasion for children to remedy the situation. But in Islam, mothers are to be given due respect and love every time, not only one day a year. For example, when one goes out, he kisses one's mother's hand seeking her pleasure and blessing.

A Muslim must not allow any gap between him and his mother, he must offer her presents every time. This indicates that Muslims can dispense with such an occasion, the Mother's Day. Unlike the case in the West, where it's a vogue for some children to show indifference to their mothers' feelings, and, what's more, it is so common to see some parents being dragged to infirmaries (as their kids have no time for them), dutifulness to parents in Islam, alongside with worshipping Allah, is a sacred duty.

In this concern, Almighty Allah says: (And We have commended unto man kindness toward parents. His mother beareth him with reluctance, and bringeth him forth with reluctance, and the bearing of him and the weaning of him is thirty months, till, when he attaineth full strength and reacheth forty years, he saith: My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favor wherewith Thou hast favored me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me In the matter of my seed. Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee).) (Al-Ahqaf 46: 15)

Reflecting on the aforementioned Qur'anic verse, we find it stressing both parents' right, but reviewing the following verses we find them paying special care to the mother and tackling the hardships she suffers in pregnancy, fosterage and rearing children.

In this verse, Almighty Allah informs man of the debt he owes his mother since he was a fetus, passing by the process of childbirth, infancy, childhood until he comes of age. A child normally forgets the hardship which his mother underwent during pregnancy. Hence Almighty Allah draws his attention to such hardships, laying emphasis on her great status in Islam.

Finally, Dr. `Abdul Fattah `Ashoor, professor of Qur'an Exegisis at Al-Azhar University, concludes:

Holding celebrations in honoring others and commemorating anniversaries are neither feasts nor Islamic. But one may seize any chance to express gratitude to those who deserve it. This is how we should consider the Mother's Day. The mother has a special place in the Islamic culture, and all other civilized cultures. So it is something good to do anything to please her and show gratefulness to her.

So dedicating a day to showing good feelings towards parents, especially the mother, is by no means blameworthy as it does not contradict the Islamic teachings, nor can it be merely considered a form of joining the Western vogue of making celebrations. Conversely, it is a kind of devotion to Allah's orders that we should be dutiful to our parents.

~perspektif di atas dipetik dari ustaz Zaharuddin~


*hari-hari adalah hari2 utk kita sayang ibu kita. kedua ayah dan ibu kita. walau ada yg kata bergantung kpd niat kita utk meraikannya, tapi pada saya.. niat tidak menghalalkan cara. wallahualam.

10 May 2011

# ushyukkkk!


Chempaka ada dua bantal busyuk. yang di dalam gmbr tu, bantal busyuk kedua dia. tu hak milik bersama dengan makngah nya. boleh diorang gilir-gilir peluk bantal busyuk tu... aiyoooo, muchuk!

bantal busyuk pertamanya , eh tak leh nak papar di sini. berpeta2! haha malu nak tunjuk! bantal tu sblm nak tido, Chem buat gentel2 bucu bantal tu. heh.

ish.ish. ikut sapa lah tu. ibunya dulu tak de pun koleksi bantal2 busyuk ni tau. ;)


08 May 2011

# elbow macaroni + crab soup


bila dah tak de idea sangat nak masak apa, mula lah geledah dapur. cari apa yang ada. nak-nak kalau utk dinner. kalau ikutkan permintaan chem, hari-hari makan sup pun takpe.

antara kegemaran Chem, macaroni sup/goreng, ketam goreng/sup. maka ibunya ni terlalu bijak, dan terus menggabungkan keduanya maka, terjadilah makaroni + ketam sup. bertambah-tambah si kenit makan.

ini antara menu yang paling mudah, paling sesuai jika anda tidak cukup masa, dan juga sgt berkhasiat. campak-campak sana sini. siap! tiada alasan utk ibu-ibu bekerja seperti saya utk tdk masak buat anak2 di hari bekerja.

ewahhhh! *padahal jarang je berasap dapur tu ;)

04 May 2011

# D'lloyd!


tak sabar saya nak pergi nonton Konsert D'lloyd @ Istana Budaya, on this coming Friday! ada sesapa yang pergi juga?

can't wait!! over uuuuu :p


01 May 2011

#Demam yang melanda

sekarang di kalangan anak2 Pak Haji Jamlus ni termasuklah cucu kesayangan busyuk2 masyammm ni kemaruk main dengan games Need For Speed Underground. main lumba-lumba kereta. angkara utamanya adalah si makngah dan kemudian ditambah lauk oleh pakchu Chem!

tak pasal2, budak umur 5 tahun ni pun sama main lumba kereta. takpe. takpe. janji buku jangan tinggal. dan terus rajin membaca. anak-anak kan. let kids be kids la. ;)

cuma, satu benda yang saya tak puas hati. tak pernah menang sekali pun dalam games lawan kereta ni tau! mencik mak..

# Malam minggu

Tiap minggu saya tengok Maharaja Lawak. setiap kali Jumaat malam tiba, saya menunggu. menunggu untuk ketawa berguling-guling sampai ada ketikanya Chempaka saya naik hairan dengan ibunya.

kena rasuk apa ibu aku ni??? mungkin itulah kot kata-kata hatinya. ;)

dan kekadang Sabtu malam, sambil ambil giliran dengan Chempaka untuk berSkype dengan abah Chem nun jauh di sana, kalau rasa sangat tak tahu nak tonton apa, ha AF lah mangsa tontonan saya di malam minggu. tak sehebat mana pun saya tengok pelajar AF kali ni. i'm sorry ye peminat AF! owhhh, saya tetiba je minat dengan si Hazama. aihhhh! jiwa rock kan :D

tapi takpe lah kan. sesumbang mana pun nyanyian, se tidak lawak mana pun lawak macam si Amir, sekurang-kurangnya ada benda lah juga saya boleh tonton dua beranak di rumah. dari duduk tenung-tenung berdua. tak tahu nak buat aktiviti apa.

ibu tenung awak. awak tenung ibu. heh! ;)