22 June 2010

angin..

"angin bayu..membawa diriku. sepintas lalu, ku terkenangkanmu.."

eh, silap cerita la! haha

macam-macam gaya kalau si tecik chem ni makan. kalau duduk di meja makan, lain gayanya. kalu duk bersila bawah, lain gayanya. ini aksi masa makan kat rumah opah. duduk bawah, kemain gayanya.

sedap sangat lah tu ye kakak! :p eh, mmg sedapppp pun!

selera makan chem ni ikut angin. macam pe'el tuannya juga. ikut angin! kadang-kadang selera makan begitu 'membara'. sampai tak cukup nasi dalam periuk. jenuh ibu korek kerak-keraknya. hahaha. tapi, ada masanya langsung tak mahu makan! hidangkanlah lauk sesedap dan secanggih mana pun, tak dihiraukan pun. tak de perasaan ek?

dan satu lagi anginnya, si tecik chem ni suka minta makan bila lauk @ makanan sudah habis!


2 comments:

  1. yong..memang peel bdk2 macam tu kot..anak2 akak pun yong..susah sgt nak mkn..tapi kdang2 bila dia dah suka satu2 makanan tu kita pun masak beria2 tak mau pun dia mkn..huhuhu..susah nak baca angin budak2 kenit ni..
    psst..comel la pic yang last tu

    ReplyDelete