27 June 2010

Beauty of Quran


Surah Ar-Rahman

surah yang sungguh menusuk kalbu pada maksud tafsirannya
dikenali sebagai 'beauty of quran'

bergetar rasa!


22 June 2010

angin..

"angin bayu..membawa diriku. sepintas lalu, ku terkenangkanmu.."

eh, silap cerita la! haha

macam-macam gaya kalau si tecik chem ni makan. kalau duduk di meja makan, lain gayanya. kalu duk bersila bawah, lain gayanya. ini aksi masa makan kat rumah opah. duduk bawah, kemain gayanya.

sedap sangat lah tu ye kakak! :p eh, mmg sedapppp pun!

selera makan chem ni ikut angin. macam pe'el tuannya juga. ikut angin! kadang-kadang selera makan begitu 'membara'. sampai tak cukup nasi dalam periuk. jenuh ibu korek kerak-keraknya. hahaha. tapi, ada masanya langsung tak mahu makan! hidangkanlah lauk sesedap dan secanggih mana pun, tak dihiraukan pun. tak de perasaan ek?

dan satu lagi anginnya, si tecik chem ni suka minta makan bila lauk @ makanan sudah habis!


21 June 2010

saja je!

bila cuti lama, inilah kerjanya. deko dan terus mendeko.

meh tengok gambar je la. wall deco ni babah beli dari mana ntah. tak ingat namanya tu. beli online. sekali set dgn jam. selama ni rumah kami mana ada jam. kalau parents datang, bising diorang jenuh nak nengok pukul berapa. pandang dinding depan belakang, tak jumpa jam.



hahahaha. apa da....jam pun tak de! :p


*wall painting. sekali dgn jam*



2 in 1. wall deco dan juga clock!





eh, gmbr chem utk di'canvas photo'kan je lum dpt lagi ni.

tgh mengusha2, mana nak tempah.

ada idea??






**update: paintclock(wall painting) tu dibeli @ HourHome

minat? sila klik ----> HourHome






minggu punya cerita

balik kampung minggu baru ni. kampung dekat. balik aje. ada pulak highway LEKAS. mana tak lekas? hahaha. memang dah dirancang nak celebrate birthday mama dan sekaligus father's day minggu tu jugak kan. double berdouble lah.

tapikan yang sebenarnya, saya nak makan masakan omak saya! hahaha.

nampak budak tecik tu?serang hendap nak pow kek tu! duk usha dari saat dia sampai umah atuk.

happy belated bday buat mama dan happy father's day buat abah n babah. babah tak interprem, pasal dia tukang pegang kamera! ishh, pada hal dia tak suka bergambar sebenarnya!

ini kek nya. mana ntah achu belikan. tak sure. tapi giler sedappp wok! cheese cake. tapi tak manis sgt pun. tu yg penting!


ha yang dinanti. yang ditunggu. bihun n mee sup omak den masak. memang tahap tertinggi punya sodap! haha. especially tang sambal kicapnya. bersudu2 bubuh. pedas toksah katalah. kaw-kaw! buncit peyut telan sup! haha


jeng, jeng, jeng!!!
chem ada hadiah buat opahnya. dia dedicate kan kad ucapan b'day.

haha, ada style huruf "P" awak chem.


mari tengok apa di dalamnya. 100% hasil tulisan si tecik tu. ibu hanya guide ejaan saja.

"happy birthday opah"

17 June 2010

Untuk Kakak

ya.
ibu dan babah sangat maksudkannya!


11 June 2010

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dipetik dari Blog Mamabatrice.
i'm speechless..


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..Wasalam.

{The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !} ( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )










09 June 2010

mandi-manda di sungai batangsi

last week di sungai batangsi. nun di semenyih. kawasan ni tak ramai org. jalan nak kawasan mandi tu mak aih. agak adventure gak. berlekuk2 jalan. tapi sgt tenang. tak seramai org dan tak sebanyak lalat di sir terjun tekala, dan gabai. haha

utk menuju ke kawasan ni, jalannya sama spt kita nak ke air terjun tekala. sebelum sampai tekala. ada simpang kanan, kawasan kolam mancing. ada signboard klu tak silap. eh, aku tak ingat! hah

ni budak tecik, jgn caya. mula-mula punya penakut nak turun mandi. jerit sampai agaknya tarzan dlm utan tu pun leh dengar. part paling kelakar, bila gelagat dia tu diperhatikan org2 yg duk berhampiran. semua duk gelakkan dia. member apa lagi, marah le. sampai dia kata...

"semua orang, jangan gelak. saya tak nak kawan!"
(sambil mata jeling, cam nak terkuar biji mata! haha)

oit, nampak peyut ngan pusat diaaaaaa! haha






lain kali nak dtg lagi lah.
picnic makan-makan. bakar-bakar. panggang-panggang. hahahaha



08 June 2010

apa mau buat??

*budak tecik muka tgh mencebek tak dpt jenjalan. haha*

cuti sekolah dah bermula kan. tengah fikir-fikir ni, apa aktiviti chempaka cuti2 ni. takkan duk taska je kut? klu mak pak chem ni cikgu kat sekolah, mesti seronok kan?

asal cuti, leh jalan sokmo!

minggu depan dah plan nak amik cuti panjang. tapi tak tau nak buat apa pun. ibu cuti. apaknya tak cuti pulak. susah si apak nak cuti. alahai. ermm, nak buat apa ye? nak buat apa ye? nak pegi mana ye? nak pegi mana ye? takpe chem, kita duk umah berdua. guling2. main game. tgk HD movie. mandi pool plastik depan umah. simbah2 air. baring2. renung syilling. makan. tido!

haha. heaven kan??? pastinya cuti ini adalah yg paling terindah buat chem. haha (sambil gelak besar2 si ibu).

04 June 2010

Perbezaan antara israel, yahudi dan zionis

1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.


2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.


3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.


4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.


5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).


6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.


7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.


8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.


9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:• Berg” ( Goldberg)• Man” (Goldman,Ligthman)• Stein” (Einstein)• Ler” (Adler)• Ner” (Asner)• Ilin” (Gitlin)• Witz” (Horowitz)• Baum” (Teitelbaum)• Off” (Chartoff)• Nik” (Resnik)• Thal” (Rosenthal)• Ling” (Spelling)• Sky” (Linsky)• Farb”(Himmelfarb)• Feld”(Seinfeld)Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.


10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.


11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada tahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.


12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.


13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.


14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.• Perang 1967- ½ juta keluar.• Perang 1973- Arab kalah• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun


15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.


16. Simbol pada bendera Zionis:




17. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

18. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

19. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.


MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

1. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para ambiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepad mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu



PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

Terkini,antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.

03 June 2010

!!!!!!!!!!

Allah Maha Besar!

02 June 2010

chem peksa..

hari tu kan puteri tecik aku ni peksa. peksa pertengahan semester. semester??? mak aih, canggih tul budak sekarang. aha. so, resultnya dah dapat. apa lagi ibu dan babah boleh kata??

tiada lain..Alhamdulillah!


ala, teacher salah eja nama lah..


subjek tak byk pun. 3 plus dgn bacaan buku E-xra. bagus buku tu. setakat ni, pendekatan cara bacaan buku e-xra tu, mmg sangat tidak mengecewakan. dan bila ditanya pd budak tecik ni, nak hadiah apa? chem kata..

"saya nak belon tiup2 lah bu!"

huk alohhhhhhhhh..