24 April 2011

# Fly me to the moon!

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars

In other words, hold my hand
In other words, darling, kiss me

Fill my life with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars




19 April 2011

#kuih bulat-bulat





sungguh terkenal kan sekarang kuih apam polka dot ni. dah la kiut. sedap lak tu. heheeeee. ;) bagi aku yang memang tak terer masak ni pun boleh mampu buat, hehehe inikan pula yg terer turun dapur tu kan.

dapat resepi dari SINI. banyak je resepi apam polka dot ni kalau korang google. tp so far, resepi yang aku ikut ni, memang menjadi lah ;)

ok. pada sesap yang nak mencuba tu. meh kita share resepinya.

3 biji telur
280 gm / 2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
220 gm / 1 1/2 cwn gula halus. (tp klu letak filling, kurangkanlah gulanya)
250 ml / 1 cwn susu segar / susu cair / santan / susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanila
untuk filling; letak ikut suka korang. kaya ke, cekelat ke, blueberry ke.. aku prefer cekelat!
pewarna ( bahagi adunan kepada beberapa warna)

Cara membuatnya:
1. Pukul telur + gula halus + ovalette sampai betul2 kembang.
2. Masukkan tepung, susu, baking powder, esen vanilla secara berselang seli.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa warna. ikut selera mata kita lah mana yang cun kan :p
4. Masukkan ke dalam pipping beg. supaya senang sket kita nak buh dlm papercup tu. papercup tu pula susun dulu dlm acuan lompang ke atau lain2.
5. letak separuh adunan ke dalam acuan. kemudian letakkan filling nya. dan kemudian picit sekali lagi bagi menutup filling tadi. hingga hampir penuh.
6. dan last sekali, part paling best, buatkan dot2 nya tu. owh sblm tu nak bg tau, kalau buleh asingkan adunan dlm piping beg yang utk picit dot2 tu. sbb kita nak potong kecik je hujungnya tu. senang sket nak dot dot kan. ;)
7. dan lepas tu, boleh dikukuskan, selama 10-15 minit. dengan api yang perlahan.



dah macam permainan playdoh je ha aku tengok. chem sebut, kuih bulat-bulat. heh kiutnya kan.

ok. selamat mencuba! ;)


11 April 2011

#pada suatu malam...


tengah mood sakit gigi. eh, eh tua-tua ni lah nak sakit giginya. bising Chempaka dengan ayat dia..

"ha tu lah, tak gosok gigi!"

amboi, ibu macam biasa dengar je ayat tu. balas balik nampak. dah. dah. tak mau dah cerita panjang lebar mcm wan lebor. meh tengok aktiviti Chempaka ibu hari-hari.




"ibu, kakak susun sini eh. nanti nak bagi babah tengok"

sentap ibu! terus malam tu tidur bertemankan dengan kain pelikat abahnya! heh

05 April 2011

#rinduku setengah mati

hampir 3 bulan sudah kami jauh dengan babah. macam tak percaya dgn diri sendiri yang diri ini mampu berdikari. sebelum ni banyak perkara yg saya bergantung harap dgn babah. ye saya mengaku. segala bil, bayar kereta ke apa ke tak pernah ambil tahu. apatah lagi mahu pergi membayarnya. yang saya tahu hanya pergi giant beli barang dapur! behehee.

orang selalu tanya, eh macam ne ye jauh dgn sang suami. penat juga lah nak jawab. ikut logik akal, mmg susah lah kan duk jauh-jauh ni. bukan sempadan dgn sungai mahupun laut china selatan ataupun selat melaka. tapi jauh nun berbeza benua. kadang saya rasa diri saya kuat. kuat sangat. eh perasannya! :p tapi ada ketikanya saya rasa down juga. rasa lemah yang amat-amat. terutama kalau ketika Chempaka tak sihat. chempaka menangis. ibu nya pun nanti sama menangis.

tapi saya masih bersyukur, keluarga yg lain ada hampir dengan saya. keluarga sendiri dan keluarga mertua. syukur jugalah kan. kalau tidak mau sengal ubi juga terperap berdua dgn chempaka saya.

paling yang saya tak dpt menahan air mata ni keluar bila chem selalu cakap " kakak nak tggu babah balik ni. nak pergi giant dgn babah naik motor. lama dah kakak tak naik motor". selalu bila nak buat apa2 dia akan cakap "kakak nak tunggu babah balik dulu.." :(

cara kami berhubung hanya lah dengan melalui YM dan Skype. syukur. masih boleh bervideo call dan mendengar suara. dalam byk-byk bil, bil internet yg paling utama ke bayar. lupa byr nanti, kena potong pulak. bhehehe.

tapi mana nak sama kan kalau yg tersayang nun jauh di sana. tetap rasa bezanya. makin lama, rindu makin menebal. tiap malam sblm melelapkan mata, terasa2 seperti mahu terbang ke sana! kalau lah dengan hanya sekelip mata mampu sampai ke sana. oh, bahagianya rasa.

sepanjang ketiadaan babah, byk perkara saya pelajari. semua saya buat sendiri. sila berikan tepukan gemuruh kepada saya. clap. clap :p melayan chempaka saya sendiri. walau kadangkala bikin darah ni melonjak naik, tapi saya tetap bersabar dan berharap saya kuat sentiasa.

harap-harap kalau diberi peluang dan ada rezeki, insyaAllah kami akan jejak ke sana. tapi sblm tu, byk perkara yg harus diuruskan dan difikirkan. semoga Allah permudahkan jalan hidup kami.




hujung bulan ni, ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6. tak dpt nak bayangkan situasi yang bakal dihadapi. rinduku setengah mati..

apa pun saya bersyukur kepada Allah atas limpah rezeki dan kebahagian yang dikurniakan buat kami sekeluarga. syukran ya Allah.


*pheww,entry kali ni mmg sgt emosional. tak suka sebenarnya nak buh entry2 gini. saya suka yang happy2 jek. tp takpe lah, berilah saya peluang nak berjiwang2 sekejap ye ;)


23 March 2011

#Min Tip: Let Them Push Themselves

One of the secret towards excellence is the push must come from within, not outside. Push from within means the inner drive to succeed. It is actually us against ourself. It is so much more "fun" to go through compared to when we are subjected to push from the outside.

And it is not very different in home and in office.

At home, an example of the push from outside could be the parental's pressure for their kids to excel in exams. It may even succeed in the short-term. But in the long-term, a different story unfolds. The pressure needs to be constantly applied until it is no longer sustainable. Worse, it may affect an otherwise great relationships between the parents and kids.


Think about it - do we like the boss who keeps breathing on our neck, checking and pressuring us every minute?


~Zaid Mohamad~



20 March 2011

air pocket

tetibe mau cerita pasal air pocket. pd siapa yang biasa naik flite, pasti ada mengalami igauan gegar2 ni kan. aku penakut sikit. eh, bukan sikit, tapi penakut banyak. kalau dikirakan, sepanjang hidup aku ni, lebih dah 10 kali naik. tapi perasaan gayat dan takut tu sentiasa ada. terutamanya time nak take off dan touch down. phewww!

siapa yang biasa naik flite duk sebelah dgn aku, tau lah mcm mana gelagat aku. hikhik. :p

camne ntah nak hilangkan rasa mudah takut ni kan. ok. balik semula dgn topik td, air pocket. tau kan apa dia? air pocket ni kiranya suasana gegar yang kita rasa semasa dlm k/terbang, pabila ia terlanggar awan dan sebagainya. bukan setakat gegaran, tapi ada masanya kita rasa k/terbang tu turun naik. uikssss seram gilos! klu nak tahu maknanya secara formal meh klik di sini Air Pocket @ air hole.

banyak kali dah alaminya especially klu naik waktu tengah hari dan lewat malam. ada satu kejadian masa tu naik flite kul 9 @ 10pm. phewww! naik pula MAS masa tu. dlm flite penuh dgn mat salleh je dlm tu. hanya ada lah 4, 5 orang kita. masa nak take off tu boleh pulak main langgar2 awan. ke kiri. ke kanan. ke atas. ada time rasa ke bawah. cuak gile masa tu. mmg dah feeling mcm atas roller coaster. tapi aku tgk mat salleh2 yg lain relaks je. gelak-gelak lagi. lepas tu, bila keadaan kembali tenang, boleh diorang bertepuk tangan suka. haha. sangat cool okeh!

pada hal, dlm hati aku masa tu cuak habis dah. aihh, buat malu je kan. haha

baru2 ni flite dari Bandung hari tu, mcm tu juga. tapi lagi dasyat ko. lagi super roller coaster punya. bibik yang duk sebelah dgn aku dah siap keluarkan keratan doanya, kumat kamit baca. dalam hati aku masa tu, mmg nak tumpang je doa dia. hehe.

korang pun takut jugak ke klu kena alami mcm tu? ke ada yang suka bila gegar2 kuat gitu. klu gegar2 sikit tu leh tahan lagi. ke aku je yg penakut tahap kritikal?? haih, mcm mana lah ni, nak pergi tempat babah. 9 jam tu ko duk atas sana.

tak sanggup makkkkkk!

tapi klu budak kecik sorang ni mmg berani. gegar mcm mana pun, tetap gelak selamba punya.



16 March 2011

selamat hari lahir, Chempaka Batrisyia

13 mac. hari lahir satu-satunya cahaya di hati kami Chempaka Batrisyia yang ke 5 tahun. wah, sudah besar anak ibu dan babah ni. sebak pula rasanya. ibu dan babah doakan semoga kakak membesar sbg anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat.

sangat hiba lah juga, bila kali ni tanpa babah di sisi. celebrate dgn babah hanya melalui skype, voice/ video call. jadilah kan..

nak cerita lebih-lebih, mcm biasa lah. saya mmg malas. byk je entry patutnya diceritakan. cerita pasal ke Bandung pun sampai sekarang ni tak berjaya juga nak up kan. ishh, basi sudah. kalau mau baca, sila terjah di SINI atau pun SANA. mereka mmg rajin. saya mmg malas. ;)

ok. ok meh tgk gambar saje la ye. dua kali sambut ha birthday budak tecik ni. satu di rumah opah. wajiblah kan. dan sekali lagi di taska. ha tu baru betul. baru dia enjoy dgn kwn-kwn dia yg hari2 duk jumpa, duk gaduh-gaduh dan yg hari2 duk tepuk tampar2 tu. ni kalau buat di rumah, alih2 yang dijemput kwn2 mak pak, anaknya. mana lah anak kita nak kenal kan. yg happy nya nanti, si mak dan pak. suka suki dapat borak, anyam ketupat beramai-ramai.




kek cun + sedap ni saya order dari Kak Ita. jiran sebelah taman. ;)



ini goodies bag, suku daripadanya adalah titik peluh chem haha.

ini pun yang comel ni birthday boy gak ni.


ha, ni memang se gang. yang si kenit tu ngekor je kakak-kakaknya tu ke mana saja. samapi mkn kat depan pintu, ikut sama. :p

ni hadiah datang dari jauh. terima kasih, babah.

ok. sudah. habis tengok gambar. maka, habislah cerita ini. ;)


09 March 2011

macaroon

lama sudah teringin makan macaroon ni. Chempaka juga sibuk minta belikan. nak buat sendiri, ibunya ni tak pandai la. saya order di Cikmin Macaron. masa mula-mula tgk, owh saya sudah jatuh hati. apatah lagi si Chempaka. nak-nak pula ada warna pink. tak tido malam dibuatnya dia tunggu.

Chempaka panggil ni 'beger kaler-kaler'. :p


apa rasanya? sedap! rasanya memang manis. sekali sekala makan nak merasa. mkn selalu2 sangat tak berani. hehe. eh,macaroon ni juga kalau dibuat sebagai doorgift majlis perkahwinan pun ok tau. sebab ia mmg sangat2 menarik. sesuai lah ia sebagai pencuci mulut.


apa dia macaroon ni? ni meh saya tepekkan keratan dari tokei macaron, Cikmin.com.

Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.

Apa rasa Macaron ni?

Crispy kat luar chewy kat dalam tu..bila kita gigit rasa crispy lepas tu kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling..ada macam variety filling..


ha, cer tengok. cer tengok gambarnya. tak terliur ke?? hah. yang paling saya suka yg ada filling dgn choc ganache. phewww!

tapi menda alah ni memang sangat cute kan. sangat-sangat menarik, warnanya yang pelbagai. chempaka dah siap-siap simpan sebekas tu dalam beg sekolahnya! haha