17 July 2012

# balik kampung

lama tak balik kampung. kampung di Bota, Perak. sejak arwah opah takde, makcik yg menghuni rumah pusaka di kampung. kebetulan musim buah pun tiba, dan kebetulan juga berada berhampiran hulu selangor (hantar mempelai, sepupu kahwin. musim org kahwin kan), ambil kesempatan untuk menjengah kampung di perak. ate, tu pasal teman ni kejap cakap bunyi noghori, kejap nanti bunyi perak. bunyi key elllllll pun ada juga. heeeee

di kampung memang aman sungguh rasanya kan. sunyi dari hiruk pikuk kenderaan yang bertali arus yang datang entah dari ceruk mana. dari sakit telinga dengar bunyi motor, kereta berderum-derum, baiklah dengar bunyi cengkerik, ayam itik. lagi merdu!

petang-petang sambil hirup2 dan sedut2 angin kampung..jangan sampai kembung udoh lah ye.

pokok limau kasturi yang sentiasa berbuah lebat.


pokok cili menghijau. cili ni kalau buat masak tauchu, sodap!

buah doyan namanya ni. ada yang tak kenal ke? meh nak sepuk sekali!


dan ini dia. menu utama bila balik kampung. mudah tapi sedap. ikan kembung/selar/atau apa ikan pun yang dikukus dengan asam keping. dan kemudian digoreng. sodap gila. rasa masam-masam pabila digoreng. goreng dengan asam keping tu sekali. makan pula dengan sambal tempoyak. nasi panas-panas. tak mandang dah orang lain. mandang pinggan je la.

makcik kat kampung juga selalu buat asam keping dan jual. pokok asam gelugor memang keliling rumah dan dusun. senang teman dapat bekalan asam keping yang segar, yong!


dan ini telur itik masak gulai cili api. semua bahan-bahan boleh capai dari keliling rumah sahaja. telur itik, santan, cili api, kunyit hidup, serai daun kunyit.. kalau di bandar, tgh2 masak tiba- bahan tak cukup, mau aku gantung semula piuk tu, tak jadi masak!



seronok dan senang kan duduk di kampung? heee.