yuhuuuu. tengoklah. anak dara ibu dah dewasa. hihihi. Alhamdulillah. makin boleh diharap. kuat main pun ye juga. tapi, biasalah. anak-anak kecil. let's kids be kids.
gambar di atas ni adalah kejadian satu hari di mana masa tu, ibu sedang solat, terdengar orang buka pintu grill. budak tecik ni klu bukak grill memang kung kang kung kang bunyinya. ibu dari atas dah cuak juga tertanya-tanya nak pergi mana budak tu. ish. terus kurang khusyuk solat ibu tau.
selesai solat terus cepat-cepat turun tengok. terfikir apa lah anak dara ibu tu nak buat. intai-intai tengok, itu kerjanya. itu, seperti yang tertera dalam gambar di atas. terpaku kejap lah ibu melihatnya. sudah boleh diharap. tak perlu disuruh. dia hanya melihat kebiasaan yang selalu ibunya lakukan. hmmmm, budak-budak ni memerhati tau. macam mana gaya kita angkat kain di ampaian sambil letak atas bahu, macam tu juga dia buat. hehehe. comel pula tengok.
Chem pun sekrang, rajin solat. tak tinggal. walau buat masa ni hanya bacaan Al-Fatihah sahaja yang di hafal. yang lain masih belum. Chem kata,
"nanti atuk pukul kalau kakak dah besar tapi tak solat. Kakak nak solat. kakak nak ikut ibu"
Alhamdulillah. walau alasan yg diberikan utk solat itu bukan merupakan jawapan yang sepatutnya mengapa kita perlu bersolat, tapi ia sudah memadai bagi anak-anak yg berumur 6 tahun. InsyaAllah, dia akan tahu sebab musabab perlunya kita sebagai umatNya menunaikan solat hanya kerana Allah. yang penting, kita sebagai ibu bapa perlu tahu tanggngjawab kita untuk mendidik memberi pendedahan pada anak dengan perkara-perkara wajib ini seawal yang mungkin.
Semoga anak-anak kita sentiasa beristiqamah dalam segala apa kebaikan yang ditunjukkannya sampai bila-bila. InsyaAllah.