30 October 2011

# Hai kawan-kawan

salam hujung minggu sambil bersiaran langsung dari ofis! wat? ofis?? ha, ofis. tmpt carik makan lah beb :p

7 hari seminggu bekerja. itulah dia.

apa cerita Chem ye? makcik comel2 tu nak exam Isnin ni 31 Oktober. seminggu peksa. baca buku? hmm. buku sekolah malas baca. dia kata dia dah pandai. haha. asal buka je, menguap. bila bg exercise ke apa, laju je dia jawab. betul pulak tu. bila masanya cek mek ni study ye? budak2 kan. umur pun baru 5 tahun. nak paksa lebih2 tak boleh. tapi ada masanya tu tak sempat2 apa terus buka beg, ambil buku. sampai ibunya nak msk masuk toilet pun tk sempat. nak tukar baju lepas balik keje juga tak sempat. berderu dtg dgn buku2nya.

cuma satu, kalau buku cerita, magazine barbie/princess nya rajin baca. dia sayang dgn buku juga walau ada masanya malas nak baca sekolah. hehe. macam ibunya juga kot. ulat. ulat kat buku. dengan Chem, aku boleh duk melepak berjam-jam dalam kedai buku. sekali keluar ratus2 juga klu membeli. buku Chem , buku ibu.

resit, simpan dlm gobok molek2. buat tolak utk cukai nanti. heh. :p


apa2 pun, ibu dgn babah doakan awak Chempaka berjaya dan rajin lagi. ada ke sampai request i-pad kat babah klu dapat nombor 1 dalam peksa. haha kelasssss permintaanya ko ye Chem. nan ado lah kena layan. mak pak awak pun takde menda alah tu nak oi!






20 October 2011

# Ku Berjanji Kerna Cinta

Layan lagu si nuar zain ni ha. kala mata hari ni ntah apa pasalnya mengantuk sepanjang hari. Ini lah kot kesan proses validasi tu!

Menjiwangkan jiwa sebentar.


Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
Untuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Meraihmu…menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Pernah berpisah


** tidak sabar menanti kehadiran si November.


19 October 2011

# Lega...




Alhamdulillah. segalanya selesai. lega yang tidak terkata. jika ada rezeki, InsyaAllah ada rezekinya. dan sekarang....


..dah boleh sengih lebar-lebarrrrrrr dan mau sandar-sandar sebentar! :D

13 October 2011

# Mak letih lah..

cukup-cukup lah tu nak emo2 kan. mak dah kertu dah ni pun. kejap2 je emo2. hikhik. so, back to normal.

minggu depan turn mak kena validasi. untuk kenaikan pangkat. harap2 mak berjaya la. kalau ada rezeki tak kemana kan. persediaan utk divalidasi tu yg semak jap kepala tu. bukan semak sikit dah. semakan berhutan dah ni. meja dah mcm tongkang pecah. walau hakikatnya, mak sendiri tak pernah tgk pun mcm mana rupanya tongkang pecah! hahahaha.

Segala dokumen dah di setelkan. cuma sekarang masa utk meng'update'kannya lah. dgn kertas kajiannya, dgn dokumen inoBASi eh silap, inovasinya. impak itu impak ini. mcm nak terhempap pun ada. tu belum part ntah2 paper kena reject ke apa ke. presentation nya lagi. sumbangan luar dalam lah. ada lagi pulak tu, kena buat penulisan. kreatif atau ilmiah.

eh, bagi blog ni sbg penulisan kreatif boleh? haha boleh blahhhhhh!

eh, eh kau ingat senang org nak bagi kau naik gitu2 jek nok??? :p takpe2, selesai ni holiday meh.




11 October 2011

# Iklan



ada masa, kita bahagia. ada masa tikanya kita diuji. bila teruji dan diri merasakan tdk mampu mengalasnya, rasa seperti terduduk. terpinga-pinga. kadangkala zahirnya dilihat indah belaka. menggembirkan hati org lain, dan membiarkan hati sendiri tercalar luka. hakikatnya, diri sendiri yg mengetahuinya.


harap moga aku diberi kekuatan utk menghadapinya...




10 October 2011

# Edisi terkini

bukan main anak dara mak ni tau sekarang. semakin suka melawa. haish, anak gegirl kan, mestilah. takkan membina badan pulak. boboys boleh la. heh. bawak pergi gunting rambut. plan asal gunting depan sikit tu aje lah. panjang sangat sampai menutup mata. teacher sekolah pulak cakap dah macam rambut antu bonceng.

ewahhhh. anak mak comel tau. :p

malam2 gagah lah bawak ke salon. acik kecik ni tak leh tggu matahari keluar esok pagi dah. jam2 tu jugak nak. tak mau potong rambut belakang. nak tengok Chem macam mana kalau rambut pjg mengurai. haha ada hati mak nya kan. jgn mengerbang sudah. kebarangkalian nya besar tu. syok2 tggu turn, tengok org depan belakang. tiba-tiba Chem minta nak luruskan rambut. haih, mak tak kuasa nak bagi rebonding2. mak usha dulu harga kat cermin kedai. iron murah je kan. ha, mak ironkan aje. tak menahan mana pun. esoknya petang dah kembali ke asal.

member jenuh kaber tido ala2 puteri. baik sopan je. konon2 takut rambut ngerbang semula. pergi taska, tadika bajet cun. klu ckp anak ibu memang comel + cun pun kan. pasti dia angguk2 setuju. :D