30 November 2010

lesung oit!

apa ke hal nya ni weh, nak cerita pasal lesung batu. korang guna lagi tak? eh, eh saya masih gunakan lagi. tak main la masak main blend jek. hahaha. kecuali nak blend cili kering!

kering la saya kalau menumbuk cili kering sampai lumat.. ;)

perlu sangat lah menda alah ni dalam hidup saya. saya orang negeri sembilan. orang negeri mana boleh lari dari masak lemak cili api. utk masak tu, mmg diperlukan sangat lah lesung batu.

alamak, nak gelak pulak bila buat entri pasal lesung batu. behehehehehe

tapikan, mak saya kata, saya numbuk guna lesung cara yang salah. alamak! alapak! yg mcm mana caranya yg betul, mak oi?? hehehe tak dpt lah saya nak tunjukkan dlm entri ni. tak pandai pulak nak bikin ayat. tapi yg pastinya, nak menumbuk guna lesung tak boleh letung lentungn kuat2. hehehe kena perlahan tapi mantap kuat.

dah umur 30 thn baru nak belajar menumbuk lesung betul2???tu pun masih tak terer2 lagi. hek elehhhhh, yong!!

bukan apa, cerita pasal ni. semalam, selamat lah mata ni kena serpihan cili api yg sedang ditumbuk kong kong kong! mak aihhhh! leh rasa tak cili api percik dalam mata?? bukan tepi mata tau.

gelapnya masa depan rasanya masa tu... mencicit2 lari rendam mata dalam air. behehehehe. walau pun ia byk kali dah mencederakan saya, tapi khidmatnya masih tetap diperlukan dalam rumah ni. dan dan ambil spek hitam babah. pakai spek hitam sambil numbuk lesung batu! kelasssss makkkk!!

oh, saya masih belum terer menggunakan lesung batu nampak gayanya.. :p




28 November 2010

result peksa chempaka batrisyia

haip. bizi sungguh ye ibu chempaka. baru nak hapdet result peksa chempaka. :p

ye lah tu bizi sgt..

ok. tadika chempaka exam dua kali setahun. ikut sistem semester ko. kemain. dah macam org belajar kat universiti ha. haih..untung budak sekarang. dulu kita sekolah tadika, dtg utk main-main dan makan-makan je lebihnya. siap tak mau balik rumah lagi tau. nasib tadika tu depan rumah je. sempatlah kena jerit panggil balik rumah. behehehe

tapi takpe, alhamdulillah. jadi 'orang' juga ai kan.. ;p

semester ni performance chempaka ada turun sikit. tak dapat 100% utk semua paper. ada satu paper tak dpt 100%. paper bahasa melayu. wat????? bahasa melayu???? aisehman.s tu lah, ibunya suka guna bahasa pasar! ;) salah satu soalan. paper yang lain score 100%

alhamdulillah. walau sebelum peksa, byk main je keje dia. saya tak paksa pun chem study. tak mau pressure kan dia. baru 4 tahun kan. tapi sikit sebanyak sebagai ibu kena tanamkan minat membaca pada anak.

biarlah baca majalah kartun sekalipun. sekurang-kurangnya dapat memupuk minat membaca. walau sekejap.

apa pun, ibu dgn babah tetap bangga dengan kakak! ala biarlah, over sket ibunya ni. siapa lagi nak bangga dgn anak sendiri, kalau bukan ibunya sendiri. kan? kan? kan?

:p

27 November 2010

happy weekend

apa plan hujung minggu ni?

dah banyak kali ni cancel plan ke zoo. chempaka amatlah bising. tuntut janji. masalah teknikal sket, terpaksa cancel lagi. haha teknikal lah sangat.

jadinya, utk mengubat hati chempaka buchuk2 ibu yg kuciwa ni, babah dah booked kan tiket nonton movie Rapunzel: A Tangled Tale. chempaka sangat obses dgn org cantik2 berambut panjang. hoyeahhhh! chempaka suka. ibu lagiiiiii suka! bahahahaha.

tapi, awal2 dah ckp tak mau nengok 3D punye version. saya sangat tak suka. nanti boleh pening lama-lama. serius, pernah cuba tgk 3D movie. mula2 mmg best la. fuhhhh! makin lama, makin rasa pening dan rimas. serius! :p

ada ke org mcm wa ni?? tgk 3D sampai pening2! :p.

okeh. happy weekend semua. kalau lepak duk rumah pun okeh je ni. lagi seronok! makan2. guling2. tido2. bahahaha dasar pemalas!

:p


22 November 2010

left or right..

Our life is what we choose. left or right.

At every move in our life, we have to choose and proceed. Sometimes we are left with no choice at all but to find ourselves at the crossroad of life...

and i believe, when you lose your way, to Allah you should turn..