27 September 2010

nak lunjur..

eh, pengurus projek berseluar pink sedang pening kepala risau akan majlis yg akan diuruskannya. hakhakhakhak!

oh. rasa tak cukup hari nak duduk melepak di rumah. nak menggoyangkan kaki sambil melunjur di atas sofa yg sgt2 empuk sambil nonton movie berformat HD. minggu ni mama abah nak bakal terima menantu baru lagi. ye, chem bakal ada paksu lah. yang dipanggil apak. semakin bertambah geng atuk ek? haha. opahnya chem dah jerit2 dah tu, sila balik awal. tolong dia merendang apa yang patut.

oh, nampaknya saya masih belum berpeluang utk melunjur atas sofa seperti angan2 saya tadi. ermmm ;)

05 September 2010

Eid Mubarak

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan,
pengunjung blog secara rahsia a.k.a silent reader
(ewahh! ada ke?ada kan..hehe),
peminat2 chempaka (hahahaha)
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.

Maaf zahir dan batin.

a shoulder to cry on

kenal siapa ni? ha..dulu lain, sekarang lain kan. Ini la Tommy Page. dulu muka dia kiut miut comel. sukanyaaaa! hahahaha

sekarang macho. :p


antara lagu yang sangat-sangat saya suka. A shoulder to cry on..
ye. boleh saya pinjam bahu awak??? :p



scrap#1


lama dah tinggakan hobi ni. scrapping. dulu-dulu rajin juga lah download segala mak nenek freebies, kits yang sangat2 kiut miut. tapi sekarang, tidak serajin dulu. ye. dah semakin malas.

hanya download QP (quick page) saja. oh, yang di atas ni saya gunakan QP di http://handpickedfreebies.blogspot.com/. dan selitkan gambar anak saya yg sgt comel ni. ok.ok. mestilah ibu sendiri yg puji anak kan!!! :p

dan, saya menggunakan perisian suku sakat adobe lah. Adobe Photoshop. juga lama dah tak main dgn segala trick mr. photoshop ni.

ermmm, adakah minat tu hampir-hampir nak kembali???? :p