29 December 2009

update sikit..

wa wa wa ...saya rindu dengan blog saya ni. tapi apa daya, masa dan peluang tak de la. alalalalala. kat rumah streamyx belum masuk lagi. saya kena tunggu dan tunggu. ahaaaa!

apa cerita ek? oh, minggu lepas saya join karnival SUPKOM. Sukan antara Kolej Komuniti dan Politeknik se Malaysia di Penang. eh saya main apa? saya main bowling lah. tapi result : ranking ke 5 dari 50. jadi lah kan???? ahahahahaha.

4 hb ni chem dah nak mula sekolah dah. ala, sekolah tadika. tapi si ibu nya ni punya lah sgt teruja nak tggu puteri kecilnya itu bersekolah. serius tak sabar! hantar dia ke sekolah pun bukan lah tujuan utk memaksa. tapi utk pendedahan awal. ermmm, tak sabarnya nal tggu reaksi si dia!

nanti-nanti saya update cerita chem di sekolah ye. gambar terbaru, cerita terbaru! adioss...


16 December 2009

@ zoo negara lagi???

hi, cuti-cuti ni tak tahu nak bawa ke mana lagi si puteri kecil saya ni, kami bawa dia ke zoo negara. sedikit sebanyak ada perkara2 yang boleh dia pelajari sambil jalan-jalan tu kan. gambar tak banyak mana pun. so model tecik ni sekarang makin susah utk bergambar. tak reti duduk diam pun. eksen lah dia sekarang...

kalau kita marah dia, nanti dia mulah kata.. "tak nak kawan ibu!"..

alahai, tersentap juga lah saya...




chem sekarang memang susah nak ajak dia bergambar. ala, siapa lagi yg nak jadi model 'penembak' babahnya tu, kalau bukan puteri kecil saya tu. ermm..


ni zoom dari dekat. kalau ikutkan raja rimba ni duk nun jauh..



ini zirafah yang suka bersin tu. habis semua visitors yg berhampiran, kena! termasuk lah babah chem!



oh, saya sangat bersyukur pada Allah, atas segala nikmat dan kesenangan yang diberikan buat kami. syukran ya Allah! erm, cuma ada satu perkara lagi yg kami masih nantikan. mungkin bukan rezeki kami lagi agaknya...

kredit kepada tukang ambil gambar : babah

tukang edit gambar dan layan karenah chem : ibu

tukang haru biru dan memeriahkan kan suasana : chem

07 December 2009

nak promo sket..


kepada semua lepasan SPM, atau sesiapa yang mempunyai anak @ saudara mara,
jika anda @ mereka ingin melanjutkan pelajaran peringkat sijil & diploma dan juga kepada sesiapa (tidak mengira umur) yang berminat dengan kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, segala maklumat boleh didapati di laman sesawang kolej:


jangan lepaskan peluang!
pembelajaran sepanjang hayat