29 November 2009

salam

wah, bahagianya. balik rumah omak. raya dengan omak abah. masak-masak. makan-makan. borak-borak. Salam aidiladha buat semua.

indahnya saat-saat ini. terima kasih ya Allah, kerna diberi peluang utk meraikannya bersama mereka yang tercinta.

raya qurban kali ini, biasa je. cuma kami tahun ini tiada ibadah qurban dibuat. tidak spt tahun2 yang sebelumnya. insyaAllah, tahun depan ada. tapi raya tetap raya. abah mcm biasa la, bersama ajk kariah masjid 'menumpaskan' lembu yg hendak dibuat qorban. meriah mmg meriah. cuma kali ini, ada peristiwa yang tak diduga. ada ajk merangkap jiran sebaris rumah yang pada mulanya sgt sibuk membantu, tetapi tiba-tiba jatuh pengsan! dan kemudiannya, menemui yang Ilahi..semoga rohnya ditempatkan bersama golongan org yang beriman..Al fatihah.

ah, tiba-tiba rasa sedih. entah la. sedih. bila tengok mama. tengok abah. tak pasti bagaimana keadaan kalau saya sendiri yang kehilangan mereka. hidup mati saya semuanya demi mereka. kegembiraan saya semuanya dari mereka.

gembira mereka, gembira saya. sedih mereka, sedih saya.

saya cuba untuk membalas segala susah payah mereka selama ini. saya cuba.tapi rasa masih ada byk 'hutang' yang masih belum saya bayar pada mereka. mampu ke saya tunaikan semua tu? saya mahukan mereka gembira. mahukan mereka rasa bangga dengan cahayamata mereka ini!

Ya Allah, pada Mu aku mohon. agar diberi peluang seluas-luasnya untuk menggembirakan hati dan perasaan orang tua ku. walau mereka sering mengatakan yang mereka benar2 bahagia, tapi aku masih belum puas untuk mencurahkan segalanya pada mereka!

doaku agar Allah memberi kesihatan yang baik buat orang tua ku, panjangkan umur mereka agar lebih byk amal ibadat dapat dilakukan dan dimurahkan rezeki buat mereka..amin!

saya sayang abah saya. saya sayang mama saya.


23 November 2009

lalalalalalaaa...jatuh chenta!

gambar tanpa cerita.
saya tak de rasa utk bercerita.
broadband kat rumah pun sedang buat perangai.

lagi-lagi..black n white!
ohh, saya telah jatuh chentaaaaa dengannya!



18 November 2009

dah besar lah..

eh, sedar tak sedar, anak dah makin membesar kan? cepat je masa berlalu. pejam jelik, pejam jelik..tak sedar pun. yg sedarnya, tgk bermacam2 perubahan pada anak. kejap pandai tu..kejap nanti pandai ini pula.

chempaka pun dah nak masuk 4 tahun bulan 3 tahun depan. dalam kepala ibunya ini mulalah, plan nak masukkan dia ke sekolah. sekarang dia baru ke taska. kat taska, ada juga dlm jadual waktunya utk belajar. dua jam dalam sehari. jadilah kan. umur baru 3 tahun. dulu klu duduk rumah pengasuh, dia dijaga mcm anak sendiri. dia syg umi, umi sayang dia. umi nya tu pun dah anggap dia mcm anak sendiri.

bila di taska ni, macam-macam. di taska dia boleh belajar utk bergaul. belajar berkawan. dan paling tak seronok, taska juga lah tmpt macam2 penyakit boleh merebak!

itulah yg paling tak boleh nak terima. tapi wat to do...itulah hakikatnya. nak tak nak, kena tempuh. yang penting sekarang ni kena pastikan anak dara ku itu kuat antibodinya!

InsyaAllah, tahun depan chem akan ke tadika. have to lah kan. kalau nak harapkan ibu babah nya ni, mmg susah nak carik time.

ishhh, alasan! alahai, baru anak sorang. teruk lah ibunya ni kan?

ye lah, cuba kira, berapa jam je kita bersama dgn anak dalam sehari??? almost masa dia kat taska je kan????

takpe, at least dia ada pendedahan awal. tak la nanti bila tiba umur 5 yrs, masuk tadika, ternganga2 tak tahu apa2!


16 November 2009

syukran..syukran..

saya penat..

minda saya letih..

jiwa saya tak larat..

mana ruang nak lari ni????

tapi bila dapat ngadap ini budak..




hati saya kembali berbunga-bunga!

syukran ya Allah!

09 November 2009

@ Port Dickson


minggu lepas, berkursus @ PD. Fri - Sun. pergi, naik bus kolej. balik, babah dtg dgn kakak. alang2 tu terus picnic, mandi, mancing bagai. selesai semua, balik kejap rumah mama abah. lepak2 jap. tidur2 dulu..dan makan2 dulu. rutin kebiasaan. hehehe. lepas maghrib bertolak balik kajang..ikut highway LEKAS.

highway yang kadang2 lekas..sometimes tak lekas! ;)

** ibu suka dgn jelingan matamu itu...auww!**

** hi, lihatlah inai dijariku.... auww!**

** kita nak main buai lah. tapi tak sampai**


** ini budak, pantang jumpa pasir + laut**


** korek2..campak, korek2, campak...**


**eh, love mum saja ka??? babah,sila jgn menjelesss!**


**kes tak sabar nak terjun laut**

saya yang fobia sikit dgn air. hari tu pun cuba utk beranikan diri. bukan apa, ada kes dgn air masa zaman kecik2 dulu..hahaha. ala, malas nak cerita. nanti rasa seram sejuk lah.

tapi saya bersyukur, alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga kini!


03 November 2009

den anak noghori yo!

eh, korang ingat dgn kartun ni? Aku budak Minang. alahai, zaman kocik2 dulu laie dah ado dah ni. Penulih eh Ujang. ha ingek tak??? abihlah den dah mulo an dah ngan bahso ibunda den yo..harap maklum!

pada anda yg kurang arif, dinasihatkan jgn meneruskan pembacaan entri ini ye.. :)


masa kocik2 dulu, gomar amek la den boli majalah ni. den gomar an watak ujang tu. dapek lak ngan loghat e sekali. sekarang cito ni dah didrama an. bersiri ditayangkan di TV 2 tiap haghi selaso, jam 8.30 malam. sotongah jam yo cito ni. tak pueh lak aih den nengok. kojap bona. tak buleh ko tayang sojam ko. baghu pueh. lopeh tu, haghi selaso yo lak tu. sekali sominggu. tapi takpolah, janji ado tayang kan..hahaha.


**sumber gambar = mr. google**

pelakon e ok gak la. pandai gak berloghatkan n9. bilo nengok cito ni, teringek2 lah den kek kampung, Kg Terachi, Kuala Pilah. terbayang an arwah atuk den, maklong, arwah paklong, pakngah..semuo2 eh la..hehehehe. bukan apo, jaghang gak la den balik pilah, somonjak arwah atuk tak do..arwah pak long tak do..balik pun, waktu haghi ghayo yo.

umah kampung pun habih tinggal dah. yg ado pun pakngah ngan makngah. ghindu bona gahso eh, suasano kek kampung. waktu ghayo2 dulu. waktu kenduri kendaro. tapi semua tu dah berlalu dah..kesian lak kek anak den, tak meghaso la kan. opah n atuk eh duk bandar ha..hehehe.

kehkehkeh, camno la agak eh korang baco entry den kali ni yo..paham tak agak eh tu??? mahap la, den tongah dalam mood anak waghih ni..hahahahaha.

hidup anak noghori!!!!