10 April 2009

"kegilaan" lama....

emmm...pada member2 fotopages dulu tu..mesti korang dah pernah tgk gmbr2 ni. sambil aku tgk lik kan, terpikir aku zaman-zaman kerajinan kita edit2 gambar kan? perghhhhh! masa tu memang tengah kemaruk scrapping la..download freebies tak hengat punya! kemaruk buat tutorial photoshop lah..selagi ada tutorial, selagi tu ar nak cuba! hohohohoho


tapi...sekarang...malas suda bah! erm...faktor usia kot..... oh, aku muda lagi lah !








Barisan Kabinet 2009


Perdana Menteri
YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

Timb Perdana Menteri
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin


JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Mejar Gen Datuk Jamil Khir Baharum

Timb-timb Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk SK Devamany
Encik T Murugiah (Senator)

KEM KEWANGAN
Menteri : Dato' Sri Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEM PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timb : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timb : Datuk Dr Puad Zakarashi

KEM PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timb : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timb : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEM PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timb : Datuk Hamzah Zainuddin

KEM DALAM NEGERI
Menteri : Dato Seri Hishamudiin Tun Hussein
Timb : Dato' Wira Abu Seman Yusop
Timb : Encik Jelaing Anak Mersat

KEM PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Dato' Seri Dr Rais Yatim
Timb : Datuk Joseph Salang Gandum
Timb : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEM TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timb : Puan Noriah Kasnon

KEM KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Dato' Seri Shafie Apdal
Timb : Datuk Hassan Malek
Timb : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEM PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timb : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timb : Datuk Saifuddin Abdullah

KEM PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timb : Dato Mukhriz Tun Mahathir
Timb : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEM SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Dato Dr Maximus Ongkili
Timb : Encik Fadillah Yusof

KEM SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timb : Tan Sri Joseph Kurup

KEM PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timb : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEM PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timb : Datuk Johari Baharum
Timb : Datuk Rohani Abdul Karim

KEM PERTAHANAN
Menteri : Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timb : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEM KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman bin Abu Mansor
Timb : Datuk Yong Khoon Seng

KEM KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timb : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEM BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timb : Datuk Razali Ibrahim
Timb : Encik Wee Jeck Seng

KEM SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timb : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEM PERDAGANGAN DLM NEGERI DAN HAL ELWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timb : Datuk Tan Lian Hoe

KEM PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timb : Datuk Lajim Ukin

KEM PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASY
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timb : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEM LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
timb : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timb : Datuk Lee Chee Leong

KEM WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Tim : Datuk M Saravanan


08 April 2009

aku suka lagu ni..

heloooo. haip! tajuk entry ni saja je ah! aku suka dgn lagu kat playlist aku tu. tu sahaja. alhamdulillah, chem dah sihat dah. terima kasih atas doa korang semua. walau chem hanya demam, tapi ia cukup buat aku susah hati..hati seorang ibu kan...

isnin lepas, aku join class @ Papier, The Curve..card making. mula ingat nak scrapping dulu, tapi disebabkan antara kami ada yang mahu buat kad bagi pelajar pada konvo nanti, maka ia didahulukan. next time, scrapbooking!

nak cerita byk pun tak reti. bukan aku hengat pun apa term-termnya! class selama 2 jam tu, langsung tak terasa lama bagi aku. duk ralit habis ngadapnya. alih2 terus terlebih masa. nasib tak dicaj lebih! soli ar teacher

ni lah teacher nya..apa tah nama..tak hengat!


sorry la, gmbr agak sungguh tidak memuaskan. grrr! aku la ni...oh sebut psl kamera,ni nak habaq, huhuhuhuhu kamera gedabak kami tu 'masuk ward' dah..ada problemo la....


tadaa, ni antara kad yang dibuat... nasib ar kan, buruk-buruk pun aku nak tunjuk gak kat korang. mostly kita guna kaedah stamping..ishh mcm2 alat gak la yg digunakan. aku tengah duk bayangkan, kalau lah buat kerja-kerja ni kat rumah, hai..boleh bayangkan si Chem tengah duduk tengah-tengah meja tu! tak dapek lah acikkkkkk oi!


kad yg kat atas ni, sebenarnya cikgu tu ajar nak buat design pokok. tapi aku tersilap stamping! terbalik. teacher tu gelakkan aku. dia ckp, aku buat pokok bakau! aku jawab.."ni abstrak cikgu." kehkehkehkehkeh


rama-rama dgn ayam comel tu pun guna stamping gak...


camner?? cantik ka???? ha, baik korang kata cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
muahahahahaha pocoyo poyo lah lu yong!


07 April 2009

chem demam..

chem demam lah. pagi tadi subuh, rasa badan dia panas sangat. dah susah hati dah. flu tak de. batuk pun tak. tiba-tiba demam! malam tadi nya, elok je dia main-main gurau-gurau. aku cuti hari ni. nak jaga chem. aku risaulah. pasal dia tak flu batuk pun. risaulah aku. tiba-tiba lak demam. ni chem tengah tido. tgk tarikan nafas nya pun cam tercungap-cungap. chem klu demam kuat, memang mcm tu. makan pun dia tak mau. minum susu pun sikit je.

tapi kan, mood tengok kartun tetap maintain beb! harap anak ibu cepat sihat ye! kakak kuat kan..

** ceria seperti ini **


06 April 2009

"kelas chicken chop"

meh nak hapdet cerita ceriti short course yang aku handle sabtu lepas. kursus main masak-masak "chicken chop". yuran : hanya rm20 hinggi saja ma... siap ada makan makan pagi disediakan. manyak murahkan?? kelas, hands-on..dah siap boleh bawak balik rumah.

kali ni punya class ada kumbang-kumbang tau. jaranglah kalau kursus main masak-masak ni spesies bapa-bapa, pakcik-pakcik nak datang. tapi kan,kalau kita tengok kat kedai-kedai makan pun, pi lah korang intai-intai kat dapur tu, tgk tukang masaknya..mesti dari golongan spesies lelaki ni kan? yang tukang amik order nya je la..gegirl2. rasa-rasa, kenapa jadi situasi gini ek? adakah orang lelaki lebih sedap masak??? eeee..jgn perasan lah!


ni geng2 bapak-bapak..ni pun dah duk pakat nak join kursus buat roti pulak minggu depan. tapi kalau tgk gaya en.hassan tu..macam org pro je masak tau!


time untuk menapau.. bungkus masing-masing punya bahagian, bawak balik rumah..

so, inilah antara kerja-kerja aku selain mengajar...Mon - Fri. weken-weken kena korban masa lah sikit..wat to do.. saya yang menurut perintah kan??

psst..kalau ada yang berminat nak sertai apa sahaja kursus yang dianjurkan..sila hubungi 03-87370037..


02 April 2009

strategi namanya bu...



anda kenal siapa budak berbaju belang merah ini???
ye..itu anak dara saya...

" eeeeee.. ibu ni!!! "

itu ayat dia sekarang. mana je dia dapat. kekadang kalau dia marah, dia guna ayat tu! errrrrr! oh, dah pandai marah ye.

korang tau kan, setiap hari kami 3 beranak rebut pc. hahahahahha. tak habis2 cerita ceriti rebut pc ek. especially aku dgn chem la.

nak tau, kami terutamanya aku la selalu kena cak-cak dgn chem tau. kalau time ibu nya ni duk ngadap pc tu, nanti dia akan mai perlahan-lahan kat kita, mintak suruh buatkan susu. pastu, bila kita bangun la nak buatkan susu..nak tau chem buat apa? nanti dia slow2 gi duk kat pc tu! ha, bila susu dah siap, tak mana mau nya dia minum. nanti dia kata, sambil sengih2...

"kakak tak nak..."

ada sekali tu aku ngintai le dia. nak tgk akalnya. aku pun pura-pura gi dapur nak buatkan susu, sambil tu aku jeling2 kat chem. tengok dia perlahan2 punya motion..sambil sengih-sengih dia tu..gi kat pc tu. ishhh..nak golak pun ado aku tgk..nak marah, terus tak jadi!

ha, cerdik tak cerdiknya dia...

adoi! ting tong aku! eeee, nanti ibu cubit..kiss kiss pipi dia! geram ibu tau...

01 April 2009

Tangan yang indah..

{dari keratan email yang aku dapat...}

Tangan Yang Indah

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...



" oh, hari ini aku agak emo sikit, akibat penangan flu ni agaknya ye ! haip, logik ka? "


aku terjaga...arghhh!

arghhhh! aku terjaga lagi.. lately tido2 diganggu selsema. di saat aku hapdet entry ni, jam menunjukkan pukul 3 pagi! asal pukul 3 je aku terjaga. rasa penuh giler dalam hidung aku ni tau! bila dah terjaga, apa lagi, mata tak leh nak lolap lah. on pc..ngadap tenet. aduh, tak best lah kalau hari2 cenggini. terganggu waktu2 emas tido ku..arghhhhhhhh! wat to do...

tadi tgh hari, teman members gi The Curve..nak gi kedai The Papier. diorang nak beli barang-barang nak buat kad untuk konvo students nanti. alang-alang ada kat sana tu..aku menggila jap tgk kad-kad yang chantek tu..stok kad lah..macam2 emblishment yg ada..yang cute2. last2, baik punya usha, aku tangkap satu kit album. oh, gambar tarak ada ye. aku tak sompek amik. tak plan pun nak hapdet blog kan. nanti2 dah siap..aku tepek lah siniiii! tah bila lah siapnya tu! kut iye siapnya. hiks! harap-harap aku ni konsisten lah ye. hahahahahaha

pastu kitorang register utk attend course kat kedai scrapping (Papier) tu. sehari kelas RM65. provided sekali dgn materials nya. oh, bikin ku tak sabar nak attend monday ni nanti...!

agak-agak best ke tak best ye....biasa kita men'scrap' guna digital je kan. ni nak try guna paper pulak. mampu ke aku ni? bkn kreatif pun!

ok la, nak kena paksa tido ni. kang tak pasal-pasal esok, cerita lain lak kuar.

chow!