17 February 2012

# Alhamdulillah




segala puji bagi Allah yang mengurniakan dan melimpahkan segala rahmat, nikmat dan rezeki. moga kita sebagai hambaNya sentiasa bersyukur atas segala kurnianNya. dan bermohon agar menjadi hambaNya yang tidak alpa dengan segala perintahNya dan tidak lalai dengan segala kesenangan yang dilimpahkan. amin

Syukran lillah 'ala kulli nikmah. Ini rezeki buatku dan keluargaku. Alhamdulillah.





04 February 2012

# Salam Maulidur Rasul



Lau Kana Bainana

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين


02 February 2012

# Anak ibu

yuhuuuu. tengoklah. anak dara ibu dah dewasa. hihihi. Alhamdulillah. makin boleh diharap. kuat main pun ye juga. tapi, biasalah. anak-anak kecil. let's kids be kids.

gambar di atas ni adalah kejadian satu hari di mana masa tu, ibu sedang solat, terdengar orang buka pintu grill. budak tecik ni klu bukak grill memang kung kang kung kang bunyinya. ibu dari atas dah cuak juga tertanya-tanya nak pergi mana budak tu. ish. terus kurang khusyuk solat ibu tau.

selesai solat terus cepat-cepat turun tengok. terfikir apa lah anak dara ibu tu nak buat. intai-intai tengok, itu kerjanya. itu, seperti yang tertera dalam gambar di atas. terpaku kejap lah ibu melihatnya. sudah boleh diharap. tak perlu disuruh. dia hanya melihat kebiasaan yang selalu ibunya lakukan. hmmmm, budak-budak ni memerhati tau. macam mana gaya kita angkat kain di ampaian sambil letak atas bahu, macam tu juga dia buat. hehehe. comel pula tengok.

Chem pun sekrang, rajin solat. tak tinggal. walau buat masa ni hanya bacaan Al-Fatihah sahaja yang di hafal. yang lain masih belum. Chem kata,

"nanti atuk pukul kalau kakak dah besar tapi tak solat. Kakak nak solat. kakak nak ikut ibu"

Alhamdulillah. walau alasan yg diberikan utk solat itu bukan merupakan jawapan yang sepatutnya mengapa kita perlu bersolat, tapi ia sudah memadai bagi anak-anak yg berumur 6 tahun. InsyaAllah, dia akan tahu sebab musabab perlunya kita sebagai umatNya menunaikan solat hanya kerana Allah. yang penting, kita sebagai ibu bapa perlu tahu tanggngjawab kita untuk mendidik memberi pendedahan pada anak dengan perkara-perkara wajib ini seawal yang mungkin.

Semoga anak-anak kita sentiasa beristiqamah dalam segala apa kebaikan yang ditunjukkannya sampai bila-bila. InsyaAllah.


30 January 2012

# Tips: Bila ibu hilang sabar

Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya. Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.

Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.

Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan.

1. Ikhlaskan niat

Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.
Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”
Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”

2. Rancang Pendidikan Anak
“If you fail to plan, you’re plan to fail”.
Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.
Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.
Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenai tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada Perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.
Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,
“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”
Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.
Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”

3. Ingat yang mereka adalah kanak-kanak
“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.
Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,
“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.
“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.
“oh ye ke…”
Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.
Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.
Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.
Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.

Dipetik dari : Anakku Sayang.Com


29 January 2012

# Sambal tumis bilis

masak yang paling mudah kalau malas sangat nak masak. makan dengan nasi panas dan letak kicap. wow! heeee. ini dia sambal tumis ikan bilis. kalau masak selalu ikut cara mak.

ye lah, membesar dengan masakan mak sendiri. mak lah idolanya kan.




buat makan dengan nasi lemak. lagi lah ngam kan. cicah dengan ubi rebus, lagi tak terkata. atau lempeng tepung pun boleh.
meh la nak share resepi. mudah. ini ikut versi mak lah kan. lain orang lain caranya.
  • bawang besar yang dipotong hiris
  • cili kering yang dikisar dengan bawang besar dan ikan bilis
  • ikan bilis
  • petai
  • sedikit gula, garam
  • sedikt air asam
Goreng bawang hirisan tu. dah naik wangi masukkan bahan yang dikisar tu. masak cili sampai betul2 masak. kalau cili tak masak, nanti sakit perut. heeeee. masukkan pula ikan bilis dan petai. tambah sedikit air. masak lagi sampai lah betul2 agak pekat sedikit (ini terpulang lah. kalau suka sambal cair2 atau pekat sikit). letak garam, gula sedikit dan air asam sedikit.
dah siap. cer cicah dengan roti canai segera tu. sedap! :p

22 January 2012

# Hafalan Shalat Delisa



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu
mengalir di setiap nafasku


ibu..

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu
mengalir di setiap nafasku
ibu..





ini lagu OST dari filem Indonesia Hafalan Shalat Delisa. best sangat cerita ni. tonton bersama Chempaka. tak beranjak dia nonton. filem ini berkisar tentang peristiwa tsunami yg terjadi di Acheh suatu ketika dahulu. cuba lah tonton. filem yang sgt baik mesej dan panduannya.

pasti mengalir air mata menontonnya.

19 January 2012

# Makan lagi

tak ada cerita lain kan? makan je lah. heeeee :p.

Chem pula semenjak ni kalau makan, berselera habis. seronok pula kalau masak untuk dia. ini antara menu kami berdua kalau lapar. mudah. ringkas. senang. dan yg penting cepat.


roti gulung sosej bersalut nestum


bihun sup

ok dah. kenyang. Alhamdulillah.



17 January 2012

# jalan-jalan cari makan @Kuching

kali ini entri adalah berkisar tentang jalan-jalan cari makan sepanjang di Kuching. kalau jalan-jalan,makan mesti sedap. baru syok nak jalan-jalan. :p *makan je lah kerja kau ibu Chem.

nak buat mcm mana. dah memang pencinta makanan. teeheee

nasi ikan talapia bakar di kedai Kopi O'Corner. antara kedai makan yang selalu dicanang2 makan jika berkunjung ke sana. sedap sangat2 ikan bakar talapia nya tu. kedai ni dibuka dari pagi hingga petang sahaja. di belah pagi, menu-menu makan paginya sgt lah sedap. ada mee kolok, laksa sarawak, bubur ayam dan roti daging lapis mayonis. terbaik!


nasi goreng ikan terubuk masin. juga makan di Kopi O' Corner. fresh sungguh rasa ikan masinnya tu. tak masin sangat rasanya ikan tu. ada setengah ikan terubuk masin, terasa sgt kemasinannya.


itu dia, roti daging lapis mayonis. rotinya tu roti canai sebenarnya. diletak inti daging dan mayonis. sedap gile okeh! dua kali kami ke sini makan, setiap kali itu lah order dua pinggan! heeeeee





ini pula menu yang dicari-cari. Laksa Sarawak. aduhai, apa lagi nak ckp? juga sedap. teeheeee. cubalah.


yang ini pula Nasi Ayam Penyet Bakar di RJ Ayam Bakar. juga nantara kedai makan yang selalu dicanangkan pergi. sambalnya, walawehhhhhhh. mantap. pedas. tapi sedap! serius.


Nasi Goreng Daging Rendang juga di RJ Ayam Bakar. yang ini adik ipar yang makan. menurut dia, sedap! hahahaaa habis semua sedap kan? :p


oh, satu lagi nasi ayam penyet bakar yg kami cuba di Kopi O'Corner. ayam bakarnya not bad lah rasa. tapi talapia bakar ya lagi best la. teeheee. kalau nak bandingkan, nasi ayam penyet bakar di RJ lagi sedap!





ini Pisang Cheese. masa order tu teringat pisang cheese yang dimakan masa ke Bandung dulu. cuma ini bezanya pisang tu digoreng terlebih dahulu. hmmm, rasa? sedap!





yang ini nasi goreng Dabai. ops, bukan Dubai eh. ini adik ipar yag order. kami makan di Benteng Satok, area Pasar Satok. tp gerai ni buka di waktu malam sahaja. rasanya? adik kata, kureng sket lah rasanya. mungkin tak biasa kot makan buah Dabai. heeeee








aduhai. kenapa kecil pula gmbr nya ni? ini Mee Kolok. juga makan di Kopi O'Corner. utk menu spt mee kolok, laksa sarawak, hanya dijual di waktu pagi sahaja. klu pergi tgh hari atau petang, tak jual dah. aku suka kan mee yang digunakan dlm mee kolok ni. mcm mee maggi pun ada. hehehee. kuahnya? sedap!

habis semua aku kata sedap kan? tapi percayalah. memang sedap. tiada unsur propa pun. teheeheee.