31 January 2011

chempaka @ sekolah

kakak1

ini koleksi aksi-aksi chempaka n the gang di sekolah. kredit gambar kpd guru-gurunya. ibu rembat di muka buku cikgunya. :p


kakak2

ops, masa ni chempaka umur 4 tahun. masih di kelas 4 minnie. tengoklah rambutnya. dalam masa setahun, dua kali buat fesyen rambut yang berbeza. dan sekarang, chempaka di kelas 5 tahun spiderman.

eh, kiutnya nama kelas dia. hihi.

teringat zaman kita-kita tadika dulu ye. tadika di KEMAS. depan rumah mak je. dekat. sepelaung. kalau kita nangis sebab kena marah kat sekolah pun, mak kita boleh dengar tau. ;)



30 January 2011

sedap konon!

tu dia. cekodok jagung. masak tak banyak. ye lah makan berdua je kan. tapi itu pun, tetap berebut dengan chempaka.

berebut, sampai terpelanting belakang sofa. ha, itu tipu
. hihihi

eh, apa pasal org panggil cekodok? ada juga yang panggil cucur. dan apa pasal orang selalu kata makan cekodok sedap bila time hujan-hujan? mentang-mentanglah namanya cekodok, macam kodok lah ye. banyak keluar bila hujan! :p

ting tong jap! :p


26 January 2011

smart mental arithmetic


Chempaka sudah mula belajar mental arithmetic di sekolahnya. apa dia smart mental arithmetic ini? saya juga kurang arif. tapi ada sedikit fact tentangnya yg dipetik dari SINI seperti ini:

Secara asasnya smart mental arithmetic adalah subjek yang membantu pelajar untuk lebih mahir dalam nombor dan pengiraan. Kepentingan dan faedah pembelajaran melalui smart mental arithmetic adalah:
  1. meningkatkan daya tumpuan dan kreativiti;
  2. percepatkan kelajuan membaca dan refleks;
  3. mendidik dan melatih anak-anak untuk sabar, berhati-hati serta bersedia mengikut arahan;
  4. melatih kemahiran motor halus; dan
  5. untuk menarik minat anak-anak terhadap nombor dan matematik.
Pada masa yang sama smart mental arithmetic juga turut mengajar pelajar cara dan kaedah menggunakan abacus atau sempua iaitu alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik.

utk details, boleh singgah ke SINI atau SANA

chempaka dgn comel2 abacus @ sempuanya.

oh, ibu pun harus refresh semula sempua ni. sudah ingat-ingat lupa. sekarang semua sibuk menggunakan kalkulator. semua sudah disediakan. mungkin kerana itu mind kita mcm agak perlahan berjalan.

2 + 2 pun mahu juga guna kalkulator ;)


itu dia. hari-hari tergolek bersama dgn botol susunya ;)
ibu sayang awak!


25 January 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

tetiba ada rasa mahu join contest. tak pernah menang pun lagi. join pun jarang, ada hati juga nak menang :p hikhik

so, kali ini contest ni nmpk mcm menarik.


CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni ~http://sitifatimahhh91.blogspot.com/
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011

*oh, kalau saya menang, saya mahukan berhelai-helai tamak sungguh haha pakaian kanak-kanak utk sorang2nya anak saya..Chempaka Batrisyia. tak mahu benda lain, mahu sesuatu utk anak comel-comel, busyuk-busyuk manja saya ni ye ;)

ini dia gambar hitam-hitam putih-putih yang agak2 pd saya sgt cool okeh! :p



so, here we go..saya mahu tag siapa ye utk join contest ni..

1. Kak Ina Mama Jannah & Rizqi
2. Zana Mama Batrice
3. Lieya Mama Mia Mija
4. Su Mama Maryam
5. Kak Mimi Mama Farhan & Emily

ok. selamat mencuba. mana tahu, kot-kot menang kali ni.



24 January 2011

kelas mengaji


amboi. bukan main kan. suka. comel. ;) ini aksi Chem sebelum pergi kelas mengaji. suka sangat dia. Chem mengaji di KAFA Integrasi Nurul Iman. berhampiran dgn taska dan tadika nya tu juga.

Dah byk kali cuba sendiri utk mengajar chem mengaji. tapi chem selalu tak nak dengar tau. hehehe. kita baca muka surat ni, dia buka muka surat lain. kita ajar alif. dia pergi ajar kita balik ba.

camne tu?

mengajar anak kecil ni sememangnya mencabarkan. walau anak kita sendiri. sangat tabik spring toing-toing la dengan teachers di kindergarten @ pre-school tu. terima kasih.

20 January 2011

merapu merapi

owh, tiba-tiba saya mau nyanyi. nyanyi lagu jiwang-jiwang. maafkan saya. kondisi sekarang memang begini. al-maklumlah. sudahlah sedih. rasa bosan pun ada. kan best kalau anak ramai. arghh! mula lah tu. mula dah!

tetiba pulak ada public holiday celah-celah minggu ni. aiyooooo! apa mau bikin dengan Chempaka saya hari ini. Ibu pandang kakak. Kakak pandang ibu. oh! sangat fun juga tu! :p

chempaka sekarang sangat kuat makan. saya suka gila! apa yang dimasak, dia akan makan. cuma part makan sayur tu je kena ada unsur paksaan sikit. jenuh buat cerita dongeng, baru mau makan sayur. hahaha.

kata nak cun macam princess? camne kalau tak makan sayur.. :p

ada satu malam, Chempaka dinner dgn makchunya. mkn mekdi. erkk, dah tua-tua ni tekak susah nak terima mekdi mekda ni. Ibu kena la dinner sorang-sorang. sedih kan. tapi saya sangat kuat. ecehhhhhhh. :p. tekak ni pulak macam teringin sangat megi yang digoreng. plus pulak dengan sayur banyak-banyak. tenyeh pulak dengan cili api.

sekali tergigit cili comel tu. phew! berpeluh mak. elooo, bukan ter okeh. tapi memang dgn niat!


14 January 2011

emosional banyak2

berbulan2 berbintang2 ibu dan kakak, akan rindu kan babah. adoi, tak de geng nak gaduh2 dah.
sedih gila!

aku memiliki sepasang mata, tetapi tidak selalu dapat melihatmu...aku memiliki sepasang tangan, tetapi tidak dapat selalu melindungimu..tapi,

aku mempunyai hati yang pasti akan selalu berdoa untukmu...

*kata2 yg saya cilok dari mana ntah. tak ingat*

10 January 2011

Tolong Ingatkan Aku

Juara AJL25. bila tengok pada liriknya. ermm, nampak cantik bait2nya. patut lah menang.



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita