28 February 2009

Cinta hanya berdua..


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.

Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya
(hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang
selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda
19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin …..


Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah punya beberapa anak….

Pada waktu itu situasi berkenaan tidak dapat diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua…..Untuk menghindari hinaan dan celaan dari masyarakat, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.

Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak punya apa-apa, tidak ada sebarang kemudahan atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akar yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahawa ia seolah telah menyusahkan Liu dan is berulang-kali bertanya,”Apakah kau menyesal?” Liu sentiasa menjawab, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”.

Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terkejut apabila bertemu dengan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.

(Xu dengan salah seorang anaknya)

“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai akan meninggal, sekarang kau telah mendahului ku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?” Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk mengabadikan “anak tangga cinta” itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

{dipetik dari i-cinta.com}


...adakah cinta kita juga begitu...

27 February 2009

aku yang tak suka....

tiap tahun, bulan 3, bulan 4, bulan-bulan yang paling banyak aktivitinya. bulan 3 dengan sukannya. bulan 4 dengan konvo nya. sukan wilayah selangor kali ni @ kk sabak bernam. macam biasa..untuk staff..apa lagi, aku join bowling le! udah itu ajo yang aku minat. bola the jaring tu aku tak minat da..

dari zaman sekolah rendah sampai la tua ni..ya ampunnnn aku tak minat bola jaring. sekolah dulu aku suka acara padang, lari bagai esp. 200m. kalau tak pun main bola boling baling.

tapi jangan lah suruh aku main bola jaring. ramai paksa aku main, tapi hatiku ini memang tak terbuka untuk itu. ecehhh.. aku tak reti oiiiiii! lagi pulak, banyak nau peraturannya. kena kaku sokmo. haip!

so, ahad, rabu..ahad, rabu..kerjanya training gitu! nampak gayanya muka kami je le kat bowling metro point kajang tu. bila gamenya?? nun 21 mac ni.. utk game bowling buat @ alamanda. training ajo lebih, menang kalah gua tarak kisah!

ops! sila tolong sambung ayat tajuk di atas tu ------> aku yang tak suka..bola the jaring!

chow!

25 February 2009

siapakah ini?

siapakah dia si bam bam ini?

hehehehehehehe

" i'm Chempaka Batrisyia "



23 February 2009

apa ntah?


apesal ntah anak dara ku sorang ni. chem in action! ishh chem, kasi kaber sikit idung tu yeah. ni gambar lama. dah berminggu gak kami tak shoot gambar baru chem. malas lah tu namanya! nak buat apa sahaja mesti ada mood. kalau tak kena gaya, apa-apa tah hasilnya.

kecoh semula. students buat hal lagi! bikin blood pressure aku naik. another mc palsu lagi! hebat..hebat..hebat..! kelebihan Allah berikan..disia-siakan. kepintaran yang Allah kurniakan tu..tidak digunakan pada cara yang betul. esok-esok diambil semula kurniaan tu, ha baru tau, langit tu tinggi rendah!

buat students semua. tak serik-serik ye? ingat dia cerdik. tak tak tau ada lagi yang lebih cerdik darinya.

betul lah kan..sepandai-pandai tupai melompat, ishh lama tak tengok tupai lompat-lompat lah! dan akhirnya, tupai-tupai yang duk sakan melompat tu jatuh. dan jatuh tu, memang jatuh yang terjelupuk! aduh..sakit kan????? rasakan!

checkmate! muahahahaha




urus wang!

adik aku perkenalkan buku ni pada aku. buku ni untuk kita 'conteng=conteng' perihal hal kewangan keluarga kita dan perbelanjaan kita. diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia.



ada 4 bahagian..bahagian pertama; menentukan matlamat kewangan
bahagian kedua; catatan pendapatan, hutang, simpanan, pelaburan, dan insurans.
bahagian ketiga; berkaitan perbelanjaan
bahagian keempat; penilaian kedudukan kewangan kita

murah dan murah..hanya RM1.50 sahaja. boleh dapatkannya di mana-mana MPH..tempat lain aku tak pasti ada ke tidak.

psst..korang suka tak simpan resit-resit belanja korang?? aku sukeeeee!

21 February 2009

tag pegnen!

kerja rumah lagi. ni baru bayar 1 hutang. ado 2 lagi menunggu!
tag ni datangnya dari mama eda


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
** semestinya dirancang okehh. bukan eksiden!

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
** masa pegnan kan chem..naluri hati aku ni mengatakan kuat yg baby dlm perut tu..boboy..siap ada nama dah..siap panggil lagi tau..Amirul Haziq! even doktor scan masa tu..gegirl! tapi rupanya..naluriku telah menipuku...!hahahahhaha

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
** seronok + vangga + takut = semua ado! masa dapat tau tu..aku jadi cam takut2 je. baring pun tegak semacam je! hahahaha

4. HOW OLD WERE YOU?
** masa tu umur ku 25 tahun.. sebulan pas kawin..terus jadi!

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
** memula memang tak perasan. sbb aku ni jenis yg irregular punya. tah nape datang penyakit senak + angin. berhari-hari. last2 dah makan ubat bagai..tak jugak elok2..akhirnya baru aku tergerak nak ngetest. rupanya pegnen! patutlah...time tu aku dah duk risau giler, pasal dah byk ubat angin aku telan da...

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
** babah chem le...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
** excited beb!

8. DUE DATE?
** sepatut 7/3/2006. tapi overdue ...6 hari!

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
** kurang lah..segar bugar aku!

10. WHAT DID YOU CRAVE?
** kalau teringin tu..macam-macam lah..ikan kembung goreng + bawang pun aku teringin nak makan!

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
** gegirl @ princess gitu..


12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

** yg aku tau..almost 20kg gak..selera makan tak pernah putus beb! tu pasal lah..

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

** clean n clear! sihat + kuat..alhamdulillah

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

** hospital seremban..tompek omak den kojo dulu..


15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

** kena paksa masuk labor room kul 9.30pg..time tu tak sakit lagi. lebih kurang 10.45pg dah start sakit..kul 11.13pg gitu..dah selamat!


16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

** babah chem + omak den


17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
** ala, part ni sedih..yg duk tgk aku..hanya doktor-doktor aje...


18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
** normal

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

** aku tak amik epidural..tapi apa tah nama ubat yg dia masukkan tu..cucuk kat tangan aku.


20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
** 3.3 kg


21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

** 13 Mac 2006. Jam 11.13 pagi


22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

** Chempaka Batrisyia


23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

** 2 tahun 11 bulan


24. WOULD YOU DO IT AGAIN?

** sudah semestinya... yang dinanti..tunggggguuuuu!


ha..konpom korang akan tanya kan..'bila yang 2nd yong????????"


aduh, ponek acik! soklan panjang!
meh..aku nak tag:

kak aimi
kak mimi
lieya
sue
zana
lily

have fun!


20 February 2009

makan + panas + game !

tiba-tiba perut rasa lapar. nasi lemak daun pisang cik kiah! hahahahha cik kiah tu saja je aku letak. tak pasal-pasal cik kiah lak glamersss! kitorang prefer nasi lemak daun pisang cenggini. Rm1 ajo sebungkus. tapi biasanya..kitorang kalau beli tak pernah dua bungkusnya..mesti lebih! aip! babah yang makan banyak okeh!

bila tengok nasi lemak ni, teringat zaman-zaman sekolah dulu. dulu-dulu punya nasi lemak, jarang ada yg jual dalam bekas putih plus pulak dengan lauk ayam rendang, sotong bagai macam sekarang ni. cuma alas dengan daun pisang..tepek sepotong telur dadar..ikan bilis..kacang. tapi tu yang sodap kan?


sekarang cuaca panas kan. rasa kering sangat kulit-kulit ni. air bergelen gelen dah minum. chem pulak, diserang batuk. suara pun dah macam suara rockers gitu. ohh, sekarang tak buleh duk ngadap pc lama-lama. ni ada orang duk tunggu turn ni. cik puan chem kan dah pulang. harus diutamakan dia dulu le.

dia bz nak main game Dora The Explorer. terpaksa le den ngalahhhhh...disebabkan dek galak bonar dia main game kat pc ni, setakat ni dah macam-macam dah dia ketahuan. tutup window..maximize kan window la.. bukak folder.. kalau bab pegang2 mouse tu, makin laju dah ha.

dulu 1 pc = 2 orang, tapi sekarang ni 1pc = 3 orang! hehehehehe


guestbook