25 October 2010

berkata-kata


if you want to change your life, change your thoughts!


23 October 2010

wooot! wooot!

wooot! wooot!

hi. lama betul tak bercerita. saya cukup tabik spring toing, toing pada blogger yg boleh update secara tegar. hihi. saya belum cukup tegar lagi nih.. ;)

syoknyeee. hujung minggu yang boleh bikin saya melunjurkan kaki di atas sofa, dan merehatkan segala apa yg boleh direhatkan pd bdn saya ni. no outing! yeah. cukuplah 4 minggu lepas berturut2 yg cukup buat saya bersilat tiap minggu.

phewwww! acik legaaaaa.. ;)

06 October 2010

tahniah


alhamdulillah. selesai sudah majlis kahwin adik bongsu. si tecik manja abah mama tu ha. hahaha. gambar masih dlm kamera gedabak tu. tunggu je la gambar dari official photogh. lagi cun tu. cik chempaka jadi gadis munga @ flower girl.

tapi flower girl yang penuh dgn angin. ikut mood dia je tu.

tahniah buat adik dan pidot.

05 October 2010

filem MAGIKA

saya sudah tonton filem Magika. berbintang2 saya beri.

ye. musical film tempatan yang sangat best. serius, tak tipu! enjoy sungguh nonton. filem musikal, sarat dgn lagu2 yang gile punya best! ha..puji tinggi sungguh kan. sbb betul best, saya berani lah puji lebih2. ngeeeee ;)

chempaka sikit punya tak sabar nak tengok mawi rambut panjang katanya. mawi jadi abang bad..abang badang! hahaha

so, ini official trailer nya. sila lah tonton sebentar..dan anda pasti akan terus kejar ke panggung untuk menontonnya.

ewahhhh! bros. KRU, komisyen 30% pls...ngeeee :)



27 September 2010

nak lunjur..

eh, pengurus projek berseluar pink sedang pening kepala risau akan majlis yg akan diuruskannya. hakhakhakhak!

oh. rasa tak cukup hari nak duduk melepak di rumah. nak menggoyangkan kaki sambil melunjur di atas sofa yg sgt2 empuk sambil nonton movie berformat HD. minggu ni mama abah nak bakal terima menantu baru lagi. ye, chem bakal ada paksu lah. yang dipanggil apak. semakin bertambah geng atuk ek? haha. opahnya chem dah jerit2 dah tu, sila balik awal. tolong dia merendang apa yang patut.

oh, nampaknya saya masih belum berpeluang utk melunjur atas sofa seperti angan2 saya tadi. ermmm ;)

05 September 2010

Eid Mubarak

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan,
pengunjung blog secara rahsia a.k.a silent reader
(ewahh! ada ke?ada kan..hehe),
peminat2 chempaka (hahahaha)
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.

Maaf zahir dan batin.

a shoulder to cry on

kenal siapa ni? ha..dulu lain, sekarang lain kan. Ini la Tommy Page. dulu muka dia kiut miut comel. sukanyaaaa! hahahaha

sekarang macho. :p


antara lagu yang sangat-sangat saya suka. A shoulder to cry on..
ye. boleh saya pinjam bahu awak??? :p



scrap#1


lama dah tinggakan hobi ni. scrapping. dulu-dulu rajin juga lah download segala mak nenek freebies, kits yang sangat2 kiut miut. tapi sekarang, tidak serajin dulu. ye. dah semakin malas.

hanya download QP (quick page) saja. oh, yang di atas ni saya gunakan QP di http://handpickedfreebies.blogspot.com/. dan selitkan gambar anak saya yg sgt comel ni. ok.ok. mestilah ibu sendiri yg puji anak kan!!! :p

dan, saya menggunakan perisian suku sakat adobe lah. Adobe Photoshop. juga lama dah tak main dgn segala trick mr. photoshop ni.

ermmm, adakah minat tu hampir-hampir nak kembali???? :p