Salam semua. minggu ni aku balik seremban.
memang dah plan nak balik.
lama pulak Chem tak jumpa atuk & opahnya kan.
sebelum tu, ptg jumaat lepas, aku dapat call dari mama.
dia kata, dia jatuh @ dapur rumah, dan patah 1 jari kakinya..
bersimen sampai ke betis. :(
sedihnya aku rasa!!
perkara-perkara yg begini yang aku takut.
bila dpt panggilan dari mereka, bukan waktu yang biasa.
maksudnya, kebiasaannya family aku kalau call
tanya khabar anak cucu menantu, waktu malam-malam.
jarang sgt kalau call waktu siang-siang time bekerja.
tu yang setiap kali kalau aku dpt panggilan dari mereka waktu siang,
aku mmg seriau!
takut sangat ada perkara yang tak baik berlaku.. :(
aku sayang diorang....
balik hujung minggu tu, mmg 100% kerja rumah aku yang uruskan.
tak sampai hati aku.
Angah study hujung minggu nun kat UiTM. Ulang alik.
Adik yang bongsu, sabtu biasanya dia kena kerja.
Hanya yang ada abah dgn mama je.
Mama, yong kena balik. esok kan kerja.
ini pun berat rasa hati nak balik..2 hari..
rasa macam nak cuti, dan duduk dgn mama, sampai dia betul-betul sembuh!
tapi,
walau 2 hari, aku puas!
sekurang-kurangnya aku dah menjalankan kewajipan aku sebagai anak..
ohhhh..esok, Isnin & Selasa..ada ISO internal audit! sangat semak kepala aku!!!!!! harap berjaya lagi kali ni! pray for us!!!