07 March 2017

Chem dah dewasa


Ini lah Chem yang terkini. besar dah. hehehe. 11 tahun dah. 
kejap masa berlalu. ibu juga semakin tua. 

nanti2 sambung cerita lagi.  


08 September 2014

hai

apa nak cerita pun tak tahu. lama tak update belog ni.

sekian. hehehe

11 June 2013

#Masak. Makan

Aku nak taip tajuk ni pun dah seram. Masak. Kemudian makan. Huh! Kembang tepi kanan kiri atad bawah lah jawabnya.

Sejak tukar 'kerjaya' ni, mmg lama boleh lepak kat dapur. Chem pun dah pandai request macam2. Nak makan itu. Nak makan ini.

Tapi kesian.

Mak nya pula tak terer masak. Haha. Ehhh, dunia dah canggih. Kata ada google. Gunalah! Bersepah resepi kan.

Tapi bagusnya, ha boleh asah skill masak masak. Dari bengap tak tahu, eh boleh cerdik dah. Haaaa! :p

Cuma harapnya, biar anak dgn abahnya je la yg sihat membesar bagai johan. Aku??? Ha, jangan cari pasal!

Kegemaran Chem sekarang. Egg in toast katanya! Nyummm.

#hollaaaaaa

Wiiiiiiiii!!!!

Setelah puas godek sana sini. Akhirnya berjaya juga utk hapdet blog melalui henpon.

Gila lembab kau Yong!

Heeeeee :p

**banyaknya cerita yang dipendam. Harap rajin lah lepas ni. Mihmihmihh.

20 March 2013

#Apa aku buat?



tarik nafas. hembus.

dah lebih kurang sebulan bertapak di tanah pasir dua butir ni. dah sebulan juga lah pegang title suri rumah tangga tapi rumah takde tangga. ambil masa lah juga nak tune aktiviti aku. ni pun masih dalam percubaan lagi.

apa aku buat dalam tempoh sebulan ni?

banyak masa aku mengadap internet. huh! ok meh list kan apa kebenda aktiviti seharian yg aku buat di sini. siangnya abah kerja. maka tinggal berdua dengan Chem.

1. bangun pagi. buat sarapan. itu  klu rajin. hahahaaa. abah bukan jenis makan pagi.

2. Chem belum bangun lagi. maka hadap lah internet. banyak  perkara yg sebelum ni aku cuma tinjau, tapi bila byk masa skrang macam2 dalam internet tu yg aku join. mengomen kat fb org antaranya. hahaha

3.  siap2kan barang nak masak utk lunch. chem masa ni dah mula dah ngadap ipadnya. sambil tu aku mulakan kelas dengan Chem. Chem belum start sekolah lagi. tak boleh dibiarkan dia tanpa apa2 sesi ilmu. sebelum lunch, ambil masa lebih kurang 2 jam utk belajar. hebat ko, sesambil masak, sesambil ajar anak. hahahaaa

4. selesai masak, makan lah. hahahaa. selesai makan. usai solat semua, ngadap internet lagi. kan dah kata, mmg byk ngadap internet je aku. sambil tu sambung semula class dengan Chem. sehari dua subjek aku peruntukkan utk belajar. Buku buku memang dah siap bawak dari Malaya. buku teks sekolah, buku latihan dll. biasanya sampai petang lah class nya.

5. kekadang kalau rajin petang2 tu pusing2 dgn Chem jalan jalan keliling rumah. tapi tgk keadaan. klu ada sand storm takde gilanya nak keluar. hehehee. ribut pasir.

6. bila mlm abah balik. dinner sama-sama. pastu borak2, tgk movie, main game bla bla bla. pastu tido.

ha. gitu lah aktivitinya klu hari bekerja. bila hujung mggu je la boleh jalan-jalan pun. macam agak bosan. tapi bila difikirkan semula, aku rasa bertuah jugak sbb boleh membesarkan anak dgn cara sendiri, tgk anak besar depan mata, ajar dia, masak kan utk keluarga. kalau sebelum ni anak byk masa kat taska. jumpa abah pun beberapa kali setahun. tu semua yang buat kan aku perlu bersyukur dan perlu menerimanya dengan hati yg sgt2 terbuka!


p/s: doakan supaya Chem cepat2 dpt adk ye. ibunya tak sabor nak mengandung lagi ni. :p


28 February 2013

#Salam dari padang pasir

Salam siaran dari negara pasir berdengung.

Syukur. Syukur. Tiba2 mood datang untuk update blog. Sikit je la pon mood nya datang. Kejap lagi balik lah tu. Apo kau merepek ni labu oi!

Pada rakan FB mungkin ramai yg dah tahu aku sekarang menetap sementara di negara pasir berdengung ni; Dubai. Setelah tolak tambah darab bahagi, baru berani ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji ikut cik abang yg kerja di sini. Haih. Satu keputusan yg sangat berat. Tau tempat isteri di sisi suami. Tapi ada perkara2 kadang2 menjadi kekangannya. Takpe lah. Mungkin ini cara rezeki kami. Dia Maha Mengetahui. Nak meninggalkan mak abah di Malaya tu juga satu keputusan yang sangat berat.

Dua tahun lah juga aku bebas sementara dari kerja. Dua thn kejap je tu. Pejam celik. Pejam nganga. Haha. Oh. Chem pon terpaksa lah sekolah sini juga. Tapi buat masa sekarang belum lagi mula sekolah. Lps cuti summer nanti baru mula. Dua bulan sebelum sekolah mula, chem akan hadir utk kelas persediaan. Ye lah. Kang terkejut pulak kan. Elok lah ada persediaan.

Orang selalu tanya nak buat apa nganga2 je ke sini. Haha. Yang ni aku pun tak tahu nak jawab lagi. Chem pun belum mula sekolah. Dah sekolah nanti aku lah jadi supirnya. Tapi sebelum tu kena ambil lesen dulu. Ohh semoga berjaya.

Meh tunjuk sikit gambar masa nak bertolak hari tu. KL - Dubai. Perjalanan makan masa 7 jam tanpa henti. nank tidur, tapi mata tak boleh lelap. Macam tu juga dengan Chem. sesaat pun tak tido. Ralit melayan game, movie. Tambah lagi, asyik makan sepanjang perjalanan. Fuh, memang kenyang kali ni. Alhamdulillah.


 Terbang bersama Emirates.


 Makan time. Kids meal

 Mak pak punya menu. Makan dua kali.



 Seperti biasa, souvenirs dari Emirates memang melimpah ruah.

 Memang dah jangka. Chem takkan tidur punya.

 

 
Orang sebelah dah berdengkur. Tapi Chem...haih, rajin seperti ibunya. hahaha


  
 
 Alhamdulillah. Setelah montot kematu, akhirnya sampai. Dubai International Airport.


Insyaallah, dipanjangkan umur..murah lagi rezeki, akan tinggal di negara pasir berdengung ni selama dua tahun. Dan moga Chem juga dapat adik!!! hahahahahahahaaa.

Ok lah. Setakat ni dulu kita cerita. Aku dah mula rindu Malaya. Rindu mak abah aku. Adik adik aku. Semuanya. Kadang bila termenung sorang memang mengalir je la air mata. Chem mula mula hairan juga. Tapi lama2 dia buat derkkkk jek. Haha. Ibunya memang emo. Apa nak buat.

Nak masak for lunch. Inilah kerjaya utama aku kat sini. Terima seadanyaaaaa.

23 January 2013

#Fi Hagat

antara lagu mak arab yang best. Nancy Ajram. tak kenal? sila lah google. heheheeeee.



22 January 2013

# Reminder!


Although we have heard the advice many times before, it is a good reminder to all parents and caretakers to be extra careful.

1. Keep an eye on your child. Always know where they are and whom they are with.
2. Teach your children their full names, address, and home telephone number.
3. Carry an up-to-date picture of your child to help the police or security guards look for them.
4. Accompany and supervise young children when they use the restroom.
5. Determine a central, easy-to-locate spot to meet in case you are separated.
6. Teach children to look for people who can help, such as a uniformed security guard, or mother with children.
7. Remind children not to go looking for you and to remain where they are if you get separated.
8. Have a special code word known only to family members. Tell your child not to follow any stranger who claims he was sent by you, but does not know this code word.
9. Teach your child that although he should be respectful to adults, he can refuse to talk to strangers.


Experts say the first 25 minutes is a critical period when a child goes missing as the child may not be far from the previous location. Quick action must be taken within this time to spread information about the missing child.

Never:
1. Send a young child out alone at night to run an errand.
2. Leave your child in a toy store or elsewhere while you go shopping.
3. Leave your child alone in the car, especially with the engine running, while you attend to some business.
4. Dress children in clothing that has their name on it as it can attract strangers waiting to start up a conversation with your child.
5. Leave your child in a public area in the mall expecting supervision from security personnel.
6. Attend public events with a child if you are going to be distracted. Make other arrangements for the child ahead of time.
7. Allow young children to go shopping on their own without adult supervision.
8. Be on time to fetch your child from school or other public places.



Please...

#dpetik dari laman sosial fb